WANITA DAN KECANTKAN

WANITA DAN KECANTKAN
Wanita dan kecantikan tidak dapat dipisahkan. KLIK gambar

Saturday, 2 January 2016

Cara Atasi Masalah Kulit Bibir Hitam Dan Kering .

Assalamualaikum dan selamat sejahtera !

Ramai antara kita yang mengidamkan bibir yang cantik,lembap,kemerah- merahan,munggil... ala - ala Kila Fairy..eh.. Emma Maembong..hihihi. Tahukah korang bahawa impian korang tu boleh dicapai..tanpa sebarang pembedahan..tanpa bahan2 merbahaya dan cara2 yang menyakitkan ? Okeylah... meh saya kongsikan cara2 atau tips untuk memiliki bibir yang cantik dan sihat !





Anda runsing kerana bibir anda gelap? kering? kusam? Jangan risau saya sedia membantu. Saya akan kongsikan cara2 untuk mengatasi masalah kulit bibir gelap,kering dan kusam. Harap2 dapat membantu anda sedang mencari penyelesaian..Ada antara kita yg sememangnya mempunyai bibir yg gelap..ada juga yang bibir menjadi gelap kerana penggunaan produk pada bibir seperti lipstick,lip gloss dan sebagainya. Mengapa perkara begini boleh terjadi? ini kerana orang kita ni tidak mengambil tahu akan kandungan bahan yang terdapat dalam produk yg akan digunakan ! apa yang penting ..asalkan nampak cantik,asalkan murah! betol tak?! Tersilap tulis boleh di padam,tersilap produk kita sendiri yang merana! haa..kan dah keluar peribahasa saya sendiri.. Oleh sebab itu penting untuk kita mengetahui kandungan produk sebelum menggunakannya..

Dalam rangkaian produk Mary Kay,kami mempunyai produk yang mampu mengatasi masalah kulit bibir gelap, kering dan kusam. Saya kenalkan Mary Kay Satin Lips set. Dalam set untuk bibir ni terdapat 2 benda utama iaitu Satin Lip Mask dan Satin Lip Balm. Saya akan terangkan fungsi kedua2 nya dibawah.

1) Satin Lip Mask

  •  menganjalkan bibir,memperbaiki tekstur bibir dan mengelakkan kedutan.
  •  merupakan scrub untuk menanggalkan sel kulit mati di bibir dengan manik2 halus yang terdapat dalam mask tersebut.
  •  menampakkan bibir anda lebih segar,kemerahan  (pink2 gitu..) dan licin setelah kulit mati / daki ditanggalkan ketika scrub.


2) Satin Lip Balm
  • melindungi bibir daripada kerosakan akibat persekitaran (cuaca kering..bibir terdedah kpada panas matahari) dan penggunaan  lipstick.
  • menjadikan bibir lebih cantik dan melembapkan bibir sekurang-kurangnya 6 jam.
  • amat sesuai digunakan untuk mereka yang bekerja atau berada dalam bilik berhawa dingin.

nak lagi cantik? guna ketiga - tiga ni.. + lip gloss


Itulah sedikit sebanyak kebaikan Mary Kay Satin Lips set ni.. Jadi korang yang mempunyai masalah bibir kering,kusam,gelap.. Jangan melengah-lengah lagi.. cepat2 order.. lagi cepat lagi bagus sebab set ini hot seller product dari Mary Kay tau! Tak rugi korang beli ni..boleh guna seisi keluarga.. kalau korang sorang diri je guna..setahun pon belum tentu habis..  tengok je kecik bekas dia..kecik2 cili api okey!

Bagi yang berada berhampiran Tanjong Malim,Perak. ..boleh le hubungi saya kalau2 nak cuba dulu produk ni.. sebarang pertanyaan dan tempahan boleh hubungi saya. 

Pn. Shamila
Ind. Beauty Consultant
012 4473904

Saturday, 11 April 2015

Ubah Imej Anda Sekarang!!! Impak Lipstick Boleh Jadikan Bibir Korang Seseksi Anjelina Jolie !

Apa khabar koranggg? ..aku tanya apa khabar..? aku tanya apa khabarrr semua?

Percayakah korang bahawa pemakaian lipstick akan memberi impak pada penampilan korang? Dan.. Korang sedar tak yang pemilihan warna lipstick juga penting bagi menentukan perwatakan korang? bagi orang yang berada di sekitar kita..mereka akan membuat andaian tentang personaliti kita pada pandangan pertama diorang! Betul tak?! ce korang fikir,ce korang bayangkannnnn...




Okey lah...taknak lah merapu panjang - panjang..saya hanya nak kongsi pendapat saya mengenai pemilihan lipstick dengan korang je...Ada beberapa tips dan cara utk memilih warna lipstick yang patut kita tahu sebenarnya..jangan main hentam je..satu warna jee...setiap hari,setiap masa.. Boring kot... sampai kawan seopis pon boleh teka warna bibir korang.. Hihihihi.


True Dimension Sheer Lipstick

Antara tips pemilihan warna lipstick :

  • Tona kulit = cerah ,sederhana (petih gebu,kuning langsat).. semua warna lipstick masok ngn korang.. 
  • Tona kulit = gelap (sawa matang).. pilihan warna yang lembut kurang sesuai ..pilihan warna yang agak terang ndan ceria.
  • Situasi = nk ke opis,nak santai..pilih warna yg lembut ( jadi orang tgok korang pon rasa sejuk ,tenang je,rasa senang untuk didampingi)
  • Situasi = nak g knuri ke,jalan2 ke..pilih warna yang agak terang ( bila orang meandang rasa ceria,soronok)
  • Situasi = nak nampak tegas..pilih warna yang terang (bagi saya orang yg berani je boleh kenakan warna ni) nampak berani sekaligus seksiiiiii...orang pon rasa teragak nak main2 ngn korang..hahahaa >> cikgu kna pakai kaler ni..tapi cikgu disiplin je la..hihihi..
Creme Lipstick


Itu sajalah yang dapat saya kongsikan dengan korang..jika ada salah silap harap di maafkan.. hihihi.. macam hari raya plak.. Korang agak2 la kan..kalau hari raya saya pakai warna merah terang..nampak garang sikit.. budak2 takot tak nak minta duit raya? hihihi..

wauuu! seksiiiiii

Jadiiii.. bagi korang yang tak pernah ber'lipstick' ..JOM TUKAR IMEJ korang.. Kasi ceria sikit wajah tu.. Encik suami pon makin sayang sebab tengok korang makin cantik kan? Korang tak terfikir ke..? korang tak takut ke? Korang tak jaga penampilan korang.. INGAT ! kalau korang cantik macamana pon,kalau korang tak jaga. KECANTIKAN TU AKAN HILANG TAU!

Auuumm... menggodaaa

Haaa! tunggu apalagi..cepat2 amik hanphone tu..MESEJ saya,dapatkan KONSULTANSI PERCUMA dari saya untuk perbaiki diri korang.. JANGAN TAKOT UNTUK CANTIK ! 

Hubungi saya : Pn. Shamila bt. Ahmad
mesej/ whatsapp : 012 4473904
BC no : 098356




Friday, 10 April 2015

Beza Timewise Liquid Foundation Mary Kay Dengan Foundation Jenama Lain

Ketemu lagi korangggg !

Dalam entri yang sebelum ni saya hanya ceritakan kebaikan Timewise Liquid foundation Mary Kay je kan. Jadi..dalam episod ni..saya nak bagitahu korang kenapa korang patut pilih  Timewise Liquid Foundation ni. Apa bezanya foundation Mary Kay ni dengan jenama lain?

Saya tak kata foundation lain tak bagus ye..Cuma saya nak bagitahu korang kelebihan Timewise Liquid Foundation Mary Kay.Dari namanya sahaja sudah ada perbezaan disitu... korang perasan tak?! TIMEWISE ! TIMEWISE hokeyyyy !dalam cetek2 pengetahuan bahasa inggeris saya... ' PUTAR MASA' ..hihihi..  Foundation ni memang ada kuasa awet muda tau! korang jangan tak tahu.. Ini betol2 ni.. Jika korang tengok kotaknya pon,korang akan tertanya2 kenapa ada tanda warna yg berlainan. Ada pink,ada purple.. Pink untuk jenis kulit yang normal dan berminyak..Manakala purple untuk jenis kulit kering dan kombinasi.

nampak tak ada garisan warna yg berbeza pada setiap kotak?

Foundation Mary Kay lain dari yang lain kerana ianya di rumus khas mengikut kesesuaian jenis kulit kita. Samada kulit kering, normal,  berminyak atau kombinasi semuanya boleh gunakan..Haaa... kalau foundation lain manada yang mengikut keserasian kulit.. Semua untuk satu! Satu untuk semua! tak gitu? Selain itu, liquid foundation Mary Kay juga mempunyai tekstur yang sangat ringan,cair dan tidak tebal ye.. tetapi tahan lama,tidak cair bila terkena panas,tidak kelihatan bertampuk2 apabila terkena panas..dan tidak mengering malah membantu melembap dan mencantikan kulit korang. makin lama korang pakai,makin cantik kulit korang.

kebaikan liquid foundation


Dirumus khas dari buah mentimun dan buah lemon.Dimana ianya bersifat sejuk dan antioksidan.. Yang bestnya.. bila kita pakai foundation ni..ianya membantu korang menyembunyikan kesan cela yang terdapat pada wajah korang..parut2 jerawat,jeragat contohnya.. Ia juga tidak merekah pada kulit dan tidak nampak 'melepong' bak kata orang kedah.. macam terjun dalam tepong..pendek kata..

Nasihat saya sebagai Perunding Kecantikan Bebas Mary Kay.. gunalah foundation yang korang pasti ianya selamat dan tidak mengandungi bahan2 yang boleh merosakkan kulit korang. Pemakaian foundation sangat penting ye pada kulit wajah untuk menapis segala jenis pencemaran habuk,debu dan hama..

Jadi kepada korang yang sayangkan kulit wajah korang...cepat2 lah hubungi saya. 

Pn. Shamila bt. Ahmad
Call/ mesej/whatsapp : 012 4473904
BC no : 098356


Timewise Liquid Foundation Mary Kay Bantu Atasi Kedutan Pada Wajah Dengan Segera !

Hai uolss.. dah lama saya tak mencoret kat blog ni.. Agak busy kebelakangan ni.. Foundation..saya pasti kebayakan wanita memakai foundation pada wajah.Foundation ? Okey...ada yang cakap krim muka,alas bedak. Kali ni saya nak cerita sikit pasal Timewise Liquid foundation Mary Kay..Yang PASTINYA penggunaan foundation mary kay akan menjadikan wajah korang awet muda sekali oles sahaja.Kenapa?! kerana foundation Mary kay di rumus khas sebagai produk anti penuaan. Korang sapu je kat muka ..kompem2 berseri - seri..muda 10 tahun.. Hihihi..



ini la rupanya Timewise Liquid Foundation Mary Kay


Lebih dikenali sebagai TIMEWISE LIQUID FOUNDATION...Ia dirumus khas mengikut kesesuaian jenis kulit anda dalam memberi keyakinan diri. Antara kelebihan TIMEWISE LIQUID FOUNDATION ialah :

  • mengandungi sebatian peptida iaitu pembina kolagen berpaten untuk membantu memperkuat serta menyokong kulit.
  • Vitamin E - sebagai antioksidan untuk membantu meneutralkan kerosakan pesekitaran yg menyebabkan tanda penuaan sekaligus sebagai perapi dan penenang kulit.
  • menentang garis halus dan kedutan dengan ramuan penentang usia.
  • menjadikan kulit kelihatan lebih tegang,lebih muda dan lebih sihat.
  • mengurangkan ketidaksempurnaan secara ketara.
  • FORMULA KEMASAN BERKILAU = melembap dan mencerahkan wajah.
  • FORMULA KEMASAN MATTE = mengawal minyak dan kilatan sepanjang hari.


Antara pilihan tona warna yg ada

Jadi korang..yang mana nak nampak cantik..berseri... Yang nak mekap tahan lama, tak cair bila kena panas, yang nak nampak muda sentiasa tu..cepat2 la PM saya.. Kalau korang tak pandai nak sesuaikan..tak tahu nak pilih tona warnanya..InsshaaAllah saya akan menbantu..

Bagi korang yang ingin menyertai Kelas @ Bengkel Kecantikan saya..pon boleh hubungi saya untuk info.

Untuk tempahan dan konsultansi percuma :

Hubungi saya : Pn. Shamila bt. Ahmad
Call/ whatsapp: 012 4473904
BC no. : 098356




Sunday, 5 April 2015

Kelas Solekan Di Tanjung Malim Perak

Kelas kecantikan utk hari ini...

Posted by Jom Cantik on Saturday, April 4, 2015

Sunday, 22 February 2015

Bengkel Kecantikan Di Tanjung Malim Perak 21 March 2015 (Sabtu)

A salam semua.

Untuk yang inginkan kecantikan dan memperbaiki keyakinan dan keterampilan diri. Jom sertai bengkel kecantikan kami.

Penyertaan terbuka samada wanita ataupun lelaki.


Saturday, 21 February 2015

Bengkel Kecantikan Mary Kay Di Felda Trolak Selatan Perak


Bengkel Kecantikan Mary May Di Tanjung Malim Perak


Friday, 6 February 2015

Untuk Kekalkan Kecantikan Di Mana Saja Anda Berada. Comel Dan Versatile


Sunday, 18 January 2015

Bengkel Kecantikan Mary Kay Pada 17 Jan 2015 di Tanjung Malim Perak

Wednesday, 7 January 2015

Kelas Kecantikan Di Tanjung Malim dan Kawasan Sekitarnya

Sunday, 4 January 2015

Skinvigorate Cleansing Brush Bagaikan Spa Di Rumah

Friday, 5 December 2014

Cara Pikat Suami Luar Dan Dalam Supaya Suami Tak Pandang Wanita Lain !

Hai korang..Kali ni saya tetiba rasa nak menulis dan berkongsi dengan korang tentang cara-cara utk memikat suami dari luar dan dalam diri mereka..Kenapa? supaya suami kita tak pandang wanita lain lah..Ape yang dari dalam tu? ape plak yang dari dalam tu kan? Luar tu kita jaga makan pakai diorang.. Dalam tu..hati diorang ..supaya tetap kepada kita.. Orang pompuan ni paham2 je la..masa baru kahwin boleh le lagi nak melawa,mantap..Masuk anak 3 4 orang..longgar sana sani..Jadi korang paham2 je la kan.



Suami ni kadang2 ego diorang tinggi,diorang pendam je. Tub2 kita dengar dah ada AWEK BARU ! ha..kita taknak la jadi camtu kan..Kita taknak le tiba2 terima surat layang macam Mak Jemah tu..hihi..Kalau boleh biarlah kita yang mengalah dan buat yang terbaik untuk suami dan anak2..Saya tak kata saya betol 100%.. hanya berdasarkan pengetahuan dan pengalaman mak2 kite dulu je.

BAGAIMANA CARANYA MEMIKAT LUARAN LELAKI ?

# Kita pikat dulu perut diorang, masak bagi diorang makan hasil air tangan kita.Itu salah satu yang paling penting.Teman suami makan,jangan biar dia makan sendiri !  Tengok nenek kita dulu,pagi2 buta dah buat sarapan,pastu turun sawah skali suami buat kerja sama2. Tok wan tak cari lain dah..sampai kerepot pon masih lagi romantik. Ye ! air tangan kita adalah pengerat kasih sayang.

# Penampilan kita terutamanya  surirumah..Yang berkerjaya mungkin kita tak nampak sangat masalah penampilan tu..sebab pergi kerja mesti dah pakai cantik2 kan? Ape yang korang pikir ada dalam fikiran suami korang bila diorang balik kerja? Dia balik sampai depan pintu,kita sambut,bancuh air,sembang ngan dia..gelak2.. Whattttt?! pleeaseeeee la.... kita hidup dalam realiti hokey..bukan drama! wakeup la ! Sekurang2nya pakaian kita kemas,bersih,rambut disikat rapi,pakai wangian sikit..Kalau yepon tak sempat mandi jangan le berserabai macam Hantu Kak Limah tu.. Kalau kita kemas pon sisuami dah hargai dah..Sejuk mata memandang kan..

# Pastikan rumah kemas..kalau yang ada anak kecil tu,kemas secara ada anak la kan.. Seeloknya sediakan satu tempat khas untuk anak2 sepahkan mainan diorang.Maksud kemas tadi tu..takde la kemas bersilau2 mata tu. Ye la korang mop rumah pakai Basic H2 organic super Cleansing Concentrate kan... Hihihi. Bersih bagi kita tu supaya ada ruang untuk suami merehatkan diri lepas balik kerja. Ye la,dia balik kerja penat,otak berserabut..tenang sikit rasa..Kalau sana sini bersepah dia pon naik menyampah. Jangan main2..lelaki ni diorang takkan cakap punya..nak jaga hati kita la sangatttt !

# Belailah suami korang dengan kasih sayang,seikhlas hati.. Jangan nak minta apa2 baru pi tolong urut2,picit2 dia. Apa salahnya, kita tengok suami dok pegang je kepala tu.kita pergi dekat tanya..nak ayang picitkan kepala ke..? Tak jatuhnya maruah kita. Syurga kita kan dibawah tapak kaki suami.. Walaupon kita tak pandai urut,tapi dia akan tahu betapa kita mengambil berat tentang dia.


BAGAIMANA PULA NAK MEMIKAT DALAMAN SUAMI ?



# Rasanya semua orang tahu ni.. orang lelaki ni amat pentingkan seks ye..walaupon diorang tak mengaku ! Ada pendapat yang saya pernah baca.. diorang ni kalau stress pon ubatnye 'itu' le. ce korang tengok, kalau diorang letih macamana pon,kalau diorang nak,'nak' juga kan.. hihi. jadi.. layan lah mereka dengan baik ditempat tidur.. Kalau nak menolak pon biarlah dengan lembut..dan pastikan korang ganti balik.. Hahahaha. ni betol ye..mak saya pon cakap macam tu.

# Kalau yang baru kahwin takde anak lagi,mungkin waktu bersama suami lebih banyak! tapi kalau dah beranak pinak  ni..kadang baru nak layan suami..anak dah panggil..Ye dak? jadi pastikan setiap masa bersama suami adalah berkualiti.Kalau takde kerja nak buat jangan la masing2 sibuk main hanphone,smart phone,main game,tengok facebook.. Manfaatkan masa itu sebaiknya. Suami pon sama jugak ye,orang perempuan pon ada hati dan perasaan juga.Jangan la bila isteri bercerita korang sibuk dengan handphone.. Kecik hati..Kita taknak suami kita keluar cari teman bercerita diluarkan?

# Jaga dalaman kita sebagai isteri,ikhtiar untuk menambat hati dia supaya dok ingat je kat kita. Apa tu dalaman kita. Kita sihat,bertenaga,ceria..tu dia! Nenek kita dulu sampai umur 50 lebih pon boleh mengandung lagi tau.. Ha..diorang jaga betol pemakanan diorang.Makan akar kayu la,kacip fatimah la..macam2. Cuba tengok kita sekarang.. baru nak masok 30-an dah sakit2 badan.angin sana sini.lenguh sana sini..skru pon dah longgar. Rahim pon dah tak mantap. Macamana tu?!

# Biasakan juga solat berjemaah dirumah. sama2 solat dengan anak2,sama2 berdoa,sama2 mengaminkn doa..Bukan kah lebih bagus? pahala berganda,hati pon sejuk je. Ye la suami yang mengimamkan kita kan.. Bahagianya la.. Tak percaya ? korang boleh cuba buat.Jangan bagi alasan anak kecik lagi la ape..mungkin pada permulaan anak akan ganggu sikit,tapi bila dah biasa mereka akan ikut dengan betul dan tidak lagi mengganggu. InsshaaAllah.

Okey setakat itu sahaja.. sekarang saya nak cerita macamana kita orang perempuan nak jaga dalaman kita supaya sentiasa mantap macam baru2 kahwin dulu..Haa..sapa taknak kan? Senang je Shaklee ada penyelasaiannya..


testimoni alfalfa

Korang boleh cuba alfalfa. Apa yang bagusnya alfalfa ni..? korang tak perlu nak rebus,nak tunggu berejam kat dapur.Cuma telan je tablet tu sehari 6 biji. sekali makan 3 biji.dah cukup untuk mengembalikan kemantapan korang sepertimana kacip fatimah. Bukan tu je. segala masalah lenguh2 badan korang,resdung korang,jeragat korang semua hilang.. multipropose alfalfa ni. Banyak manfaat alfalfa ni.. kalau nak tahu baca  SINI .

testimoni ESP

Boleh juga mengamalkan susu soya ESP iaitu Soy Protein Isolate Powder.Dimana ia membantu untuk menjadikan korang lebih gebu,awet muda,bertenaga sepanjang hari,sekaligu wajah korang akan berseri-seri.. Haa..pastinya suami korang pandang korang je la..

Nak bagus lagi, boleh ambil Vitamin C Plus Sr..Vitamin untuk cantik ni memang penting untuk melindungi badan kita dari radikal2 tercemar supaya badan kita sentiasa sihat dan ceria. Tak rugi kalau korang makan ni..wajah korang akan menjadi cerah dan lembap. Tompok2 di wajah yang ada diwajah pon pudar.. Dan yang pasti..korang akan menjadi lebih cantik dan mempersonakan bagi suami korang.

Itu sajalah serba sedikit yang dapat saya kongsikan.. Jadi korang yang rasa diri korang makin lemau dan makin jauh dengan suami.Cepat2 lah ikthiar supaya masalah tak berlarutan. Jangan sampai dah jadi bubur baru nak menyesal..dah takda gunanya.. Jangan bimbang..korang boleh hubungi saya bila2 masa untuk konsultansi. Ia adalah PERCUMA! Hubungi saya segera.. jika korang taknak suami korang tengok dan tersangkot dengan wanita lain.. Nanti menangis air mata darah pon dah takguna !

Pn. Shamila bt. Ahmad
Id : 891480
No. tel : 012 4473904
Cod : Tanjong Malim, Slim River,Kalumpang dan kawasan sekitarnya..
Menerima TEMPAHAN DARI SELURUH MALAYSIA..



Wednesday, 3 December 2014

Tip Kulit dan Wajah Cantik,Putih Berseri Macam Emma Maembong

Tajuk entri kali ni.. Tip Untuk Menjadikan Kulit dan Wajah Cantik,Putih Berseri macam Emma Maembong. Kalau tanya saya nak ke kulit macam tu? gilerrr taknak ! Rela ku redah lautan air masin!,api taknak la ye..hihihi.


gebunya diaa.....

Menjadi impian semua orang untuk memiliki kulit dan wajah yang sempurna,sihat tanpa sebarang cela..Dan pastinya kita nak seluruh tubuh badan kita juga begitu bukan? kita taknak la nanti ada plak yang cakap.. " eeeee..muka je putih,tapi tangan hitaam..macam dayang senandong.." HA..TAK KE KECIK HATI,TERSENTAP GITU..!.. Tapi korang jangan bimbang,kita ada penyelesaiannya.. Sebelum tu meh saya kongsikan sedikit tip atau petua untuk wajah kembali segar,putih berseri,kemerah-merahan dan gebus - gebas.Harap dapat dimanfaat bersama..

Antara petua orang lama dulu..:

mentimun..

1. MENTIMUN
Mentimun atau sesetengah dari kita sebut timun bukan sahaja dapat menghilangkan lingkaran gelap pada bawah mata,ia juga berkesaan pada seluruh wajah. Mentimun sangat popular sebagai medium untuk mencerahkan wajah dari zaman tok nenek kita dulu lagi ye..Ia juga dapat mencegah blackhead dan whitehead.Saya ingat dulu masa zaman sekolah saya pernah buat ni sebab muka saya ada kesan terbakar yang teruk..

Cara yang boleh digunakan ialah :
# Gosokkan parutan mentimun pada wajah, leher, mata selama 15 -20 minit untuk mendapatkan hasil yang diinginkan.Petua ini sesuai untuk mereka yang mempunyai jenis kulit berminyak dan kulit normal.

2. BERAS PULUT
Serbuk beras pulut berfungsi untuk menanggalkan daki dan sel-sel mati serta menghaluskan kulit.Serbuk beras pulut hitam dapat membantu menanggalkan sel kulit mati, mengurangkan parut, di samping memerah dan memutihkan kulit wajah dan badan.
Cara membuat scrub beras pulut ialah :
# rendam beras pulut sehingga lembut,toskan dan tumbuk sehingga lumat..blender pon boleh..
# lumurkan @ sapu seluruh badan sebelum mandi dengan beras yang ditumbuk tadi.
# setelah kering,gosok perlahan-lahan pada tubuh anda dan bilas dengan air bersih.
# amalkan 2 kali seminggu untuk kesan yang lebih cepat.. Ni cara orang tua2 dulu buat persediaan sebelum jadi bini orang ni.... hihihi
3. LABU 
 Buah labu bertindak membuang sel kulit mati.
Cara membuat masker buah labu..:
# campurkan puri labu,madu,cuka epal,tepung ubi,1 biji telur. Jadikan dulu purinye..jangan terus tarok kat muka plak.
dikenali juga sebagai SET D

4. SET KULIT CANTIK SHAKLEE
Yang ni korang tak perlu nak rebus nak tumbuk bagai..Just telan je hari2..dan hasilnya pasti korang puas..puas..puas hati sangatttt..bukan takat cantik je,badan pon sihat..HA..tak ke bagus macam tu. Ape yang ada dalam set cantik Shaklee ni korang? k..saya bagitahu lah ye.. Dalam set ni ada Vitamin C Plus (SR) sustained release, Vita E kompleks, dan Vitamin B Kompleks.

Apa fungsinya supplement tu semua...Relaks..saya nak cerita la ni..

# Sustained Release Vitamin C Plus.
Vitamin C penting bagi korang yang mempunyai masalah kulit kusam kerana ia dapat membantu mencerahkan kulit,membantu pembentukan kolegan sekaligus menjadikan kulit lebih tegang.Ia juga menghalang pembentukan pigmentasi seperti jeragat dan melambatkan proses penuaan..Awet muda gitu.. Yang istimewanya Vitamin C dari Shaklee ini ialah..ianya akan kekal dalam tubuh sepanjang hari kerana ia diformulasi dalam bentuk ' sustained release'.

# B kompleks.
B kompleks membantu merawat jerawat dan bertindak memperbaharui sel-sel kulit sekaligus menjadikan kulit lebih sihat dan cantik.Ia juga dapat membantu mengurangkan kekusaman kulit dan mengembalikan seri pada wajah korang..

# Vita-E Kompleks.
Vitamin E berfungsi memudarkan parut jerawat dan parut-parut lain yang bukan sahaja pada wajah,tapi juga pada seluruh badan.Ia merupakan agen antioksidan yang kuat dan mampu melindungi kulit dari sinaran UV.Vitamin E mampu mengekalkan kelembapan kulit dan mencegah kulit dari kekeringan.. Jadi kulit korang akan sentiasa lembap dan kemerahan gitu.. haaaaa..kan macam Emma Maembong.. Okey la..macam Adira AF..

sabar membawa kepuasan..

Jadinya...korang tunggu apalagi.. cepat-cepat la buat ape yang patut.. hihihi.. Kalau lambat,lambat la kesannya..! Yang pastinya SET KULIT CANTIK Shaklee memang TERBAIK ! Semulajadi ,Selamat, Halal dan Berbaloi kerana setiap botol tahan sehingga 4 ke 6 bulan penggunaan.Kata nak jadi lawa,cantik,come lote macam Emma Maembong...

Bulan Disember 2014,Shaklee  menawarkan promosi berganda,2 kawan karib iaitu Vitamin C Plus Sr..dan Vita-E complex. LEBIH BERBALOI !  Beli 6 Percuma 1 ! Beli 2 Jimat 5%..! DAPATKAN SEGERA Vitamin untuk cantik,untuk glowing! Untuk bertenaga,untuk kekal awet muda ! untuk Cik Abang,untuk Cik Adik yang sayangkan diri,sayang isteri,sayang abang..boleh la cepat buat tempahan.. amik telefon tu dan mesej saya k...

Pn. Shamila bt. Ahmad
Id : 891480
Cod : Tanjong Malim,Slim River, Kalumpang dan kawasan sekitarnya.
tempahan dari seluruh Malaysia juga diterima dan akn diuruskan melalui Pos Malaysia.


Wednesday, 26 November 2014

Rawat Resdung Segera Sebelum Hidung Korang Melopong !

Resdung ! Ramai yang memandang remeh bila sebut pasal resdung.korang jangan taktahu ye,resdung ni kalau dibiarkan bahaya kepada kesihatan korang. Rawat segera sebelum resdung melopongkan hidung korang ! Oppss.. sebelum tu,ada tak kat sini yang tak tahu apa itu resdung? Resdung  ialah gambaran pelbagai penyakit hidung. Resdung berpunca daripada jangkitan bakteria keatas hidung dan rongga sekelilingnya.Terdapat banyak kaedah untuk merawat resdung. Ada yang menggunakan asap iaitu melalui rokok resdung.. Tapi kalau nak senang lagi amalkan set resdung Shaklee.. memang berbaloi. 



jangan sampai melopong !

TANDA RESDUNG:

Ade tak sape2 kat sini, bangun pagi je bersin..'hashim..hashim..hashim....' tak sudah-sudah panggil si hashim tu..ha..kalau korang nak tahu tu tandanya korang mengalami resdung lah.. Muka gatal-gatal dan berminyak tahap boleh goreng ikan tu..badan berbau teruk sangat sampai orang lintas bilik korang pon boleh bau ! ha..memang teruklah korang punya resdung tu.. Okey...korang cakap dalam hati..manada...aku tak macam tupon.. cuma hidung aku selalu tersumbat je,tu pon sebab aku selsema,batok jadi kahak ade la kat tekak aku.. Cuba korang kira tengok brapa kali sebulan korang jadi macam tu? ha... kalau dah kerap sangat tu..resdung le namanyeeeee..

Ade juga orang yang mengalami resdung akan rasa sakit dan berat pada muka terutama dibahagian antara mata. Pernah tak korang rasa badan  macam demam je..rasa tak sedap badan berpanjangan..mungkin juga korang letih ye dak...? tapi,itu salah satu gejala resdung.Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang tu pon ye jugak.. Jadi korang kalau ade tanda2 yang saya sebutkan tadi, cepat-cepat lah cari ubatnye.. Set Resdung Shaklee adalah salah satu penyelesaiannya. 


antara sinus yg sihat dan tidak sihat

JIKA DIBIARKAN,BOLEH AKIBATKAN...

Resdung jika tidak dirawat sangat berat kesannya..Antaranya..jangkitan nanah dikawasan sekeliling mata,jangkitan pada otak sakit tekak yang kronik dan jangkitan pada tulang muka malah boleh menyebabkan penyakit lelah menjadi bertambah teruk. Selain itu, resdung juga menyebabkan jangkitan telinga dan tonsil kerana rongga muka kita ni bersambung dengan hidung. Lagi satu..ha...yang ni mesti ramai yang tak sangka nih !  Berdengkur secara kronik ! Korang mungkin tak sedar,tapi cuba tanya orang yang tidor sebelah korang tu. Takpon,pegi tanya jiran sebelah..hihihi.. Eh..melampau la tu kan..


sering sakit dibahagian antara mata..

Set Resdung Shaklee bukanlah untuk merawat sepenuhnya resdung,tetapi membantu mengurangkan gejala resdung dan insshaaAllah akan memberi kebaikan kepada korang dari segi kesihatan juga. Terdapat 3 item yang membantu korang menangani resdung iaitu alfalfa,b kompleks dan vitamin C. 


Antara fungsi supplement shaklee dalam menangani resdung ..

Alfalfa membantu mengurangkan alahan yang disebabkan resdung kerana kandungan klorofilnya yang tinggi. Tetapi,di ingatkan..pesakit SLE tidak boleh mengambil alfalfa.

B kompleks membantu memulihara selaput dan lendir agar kekal sihat dan membantu menghasilkan antibodi dengan kandungan vitamin B6 didalamnya. Selain bersifat anti-stress,ia juga bertindak sebagai penstabil hormon dan penenang semulajadi bagi mengurangkan sakit dibahagian muka serta membantu membina protein dalam tubuh.

Vitamin C pula bersifat antioksidan yang unggul diman membantu meningkatkan antibodi dan daya tahan badan (imuniti ) bagi menghadapi serangan penyakit. Ia juga memastikan proses pemuliharaan  metabolisme dalam tubuh berfungsi dengan baik dan sempurna.

Jadi korang kalau sayang isteri korang,sayang suami korang..Cepat-cepat la dapatkan Set Resdung Shaklee ni ye.. Takkan la nak biar hidung korang melopong baru nak rawat..dah terlambat la masa tu..Bagi yang bujang..Manala tahu,dalam pagi-pagi dok bagus punya bersin tu,tiba2 ada orang datang nak merisik nak mengendap nak buat menantu..terus takjadi sebab terkejut korang bersin punya kuat..hahahaha.

Tunggu apa lagi tu ! cepat call saya,mesej pon takpe.. Konsultansi PERCUMA khas kepada korang yang menjadi customer saya sahaja.

Pn. Shamila bt. Ahmad
Id : 891480
No.tel : 012 4473904
Cod :Tanjong Malim,Slim River, Kalumpang dan kawasan sekitarnya.
Tempahan dari seluruh Malaysia juga diterima dandiuruskan melalui Pos Malaysia.








Sunday, 23 November 2014

Cara Kempiskan Perut Buncit Supaya Jadi Macam Shah Rukh Khan

Masalah perut buncit sering dialami oleh orang lelaki yang dah berkahwin. Betol kan? Jarang kita jumpa orang bujang perut buncit. Suami buncit tanda isteri rajin masak,sedap kan masakan isteri tu. Tapi korang jangan sonok sangat perut buncit..kalau takat buncit 3 4 bulan mengandung takpa jugak..Ini perut buncit mengalah orang ngandung 9 bulan..macamana tu ? Hihihi. Jangan bimbang..ada cara untuk kempiskan perut dan jadikan perut korang berketol2 macam Shah Rukh Khan. Ha...nak tau baca sampai habis..

TAK NAK ke badan macam ni ?

Tip untuk mengelakkan perut membuncitkan dirinya ialah :

# Jangan makan diselang selikan dengan air. Seeloknya minum sebelum makan dan selepas makan..**Ayah saya tak pernah makan bersulam air,minum pon sambil duduk..dan dia tak buncit.

# Banyakkan minum air suam,elakkan pengambilan air bergas. Kalau kurang air pon tak elok untuk penghadaman..usus tak sihat jd buncit la.** ayah saya tak minum ais.

# Lakukan senaman sekurangnya 3x seminggu. Lakukan aktiviti luar dengan anak2..misalnya berbasikal,berjongging.**ayah saya berkebun.

# Lakukan senaman 'push-up' dalam rumah kalau malas nak keluar.

# Sapukan campuran kapur sirih,air limau nipis,minyak kayu putih ke perut dan pakai bengkung.

# Bancuh air asam jawa dengan sedikit garam..embunkan (biar semalaman) ..minum keesokan paginya. Yang selebihnya simpan dlm petisejuk minum lain kali. **ayah saya amalkan. Sekarang umur 65 pon masih kuat.sihat. Alhamdulillah.

Okey..dah bagi petua kempiskan perut buncit..Tapi kalau korang malas nak buat semua tu,ada lagi 1 cara dia.. Amalkan Set Perut Buncit Shaklee . Ada Omega Guard untuk bakar lemak yang degil,dah melekat kejab kat perut, Lecithin untuk bakar lemak yang baru masok perut, dan Herbalax utk kosongkan usus. Kalau nak boleh tambah Alfalfa untuk buang kolestrol.

Walaupun perut buncit itu seksi, sebolehnya elakkan la jadi gitu. Takkan korang tak bangga bila orang tengok badan korang yang anak berderet ni masih tegap dan perkasa macam Shah Rukh Khan..macam  Aaron Aziz tu kan.. Wife korang mesti jeles la kalau orang pandang korang! Bangga k kalau suami menten macho!

Jadi,tunggu apa lagi.. cepat amik handphone tu telefon,mesej saya..

Pn. Shamila bt. Ahmad
Id : 891480
No.tel : 012 4473904
Cod : Tanjong Malim, Slim River,Kalumpang dan sekitarnya.
Tempahan dari seluruh Malaysia juga diterima. Pemghantaran melalui Pos Malaysia.(pos laju)

# saya akan berikan panduan pengambilan yg berkesan secara PERCUMA kepada pelanggan saya sahaja.

Sunday, 16 November 2014

Seksanya....sembelit ! Penyelesaiannya?!

Seksanya kalau kena sembelit kan? Tambah pulak kalau anak-anak kecil yang kena. Kesian tengok..meneran sampai menggeletar badan. Pergi tandas berulang kali tapi tak boleh berak. Sembelit ni kalau dibiarkan bahaya tau ! Najis tu dah terkumpul dalam usus jadi racun dalam tu,toksin.Perut pon mula mengeras..Selera makan pon hilang.

kesiannyeeeeee...tak bermaya !

Macamana saya tau semua tu ? Saya tau la sebab Afiqah mengalami sembelit dari kecil.. Afiqah ni dia kurang sangat minum air masak. Buah pon dia tak berapa suka makan,kalau makan pon main-main je. Jadi selalu jugak lah sembelit. Kesian tengok dia. Asyik baring je. Main pon taknak,makan pon taknak.muka pon jadi pucat je. Memang kesian...

Alaaahhhh.... sembelit,masok ubat bontot tu okey la..selesai masalah.. Haaa...Korang jangan tak tahu,ubat bontot tu kalau guna kerap2 bahaya tau! Silap hari bulan terkeluar dubur tu..terpaksa plak pergi potong..Lagi la banyak masalah. Bukan rekaan ye ! anak jiran saya sendiri yang kena ni.

Jadi apa saya buat ?

Saya paksa dia makan buah,minum air..tetap tak berhasil.. last saya bagi dia mealshakes.. Lepas seminggu memang nampak perubahan dia. jadi semakin ceria,selera makan pon bertambah,dan lepas tu dah tak sembelit lagi.

Kenapa ambil mealshakes ,sembelit hilang ?

Sebabnya..senang.. mealshakes ni kaya dengan serat larut yang membantu proses pembuangan. Selain itu,mealshakes juga mengandungi 24 jenis vitamin,mineral dan kaya protein. segala nutrisi yang terdapat dalam mealshakes sangat mudah diserap oleh sistem tubuh untuk kegunaan harian.Jangan risau, mealshakes ni diperbuat daripada bahan semulajadi je seperti buah-buahan,sayuran,kacang soya,lactalbumin (sejenis susu) dan lain-lain.

Jadi.jika korang ada anak yang kerap mengalami sembelit tu,cepat-cepat lah order mealshakes ni..takkan nak tunggu sampai anak nak kena tahan wad baru nak cari penawar kan? Kesian anak..
Tapi, Awas! anak yang berusia 1 tahun kebawah tak elok juga ambil mealshakes ni.. Jangan risau,saya akan beri tunjuk ajar secara percuma kepada korang yang mejadi pelanggan saya.

Hubungi saya :
Pn. Shamila bt. Ahmad
Id : 891480
No.Tel : 012 4473904
Cod : Tanjung Malim,Slim River, Kalumpang dan kawasan sekitarnya.
Menerima tempahan dari seluruh Malaysia juga..penghantaran melalui Pos Malaysia.

Probiotik untuk Usus

Apa itu probiotik ? probiotik tu ialah bakteria baik yang tinggal dalam usus kita.. Penting untuk kita menjaga usus kerana ia memberi kesan kepada kekuatan sistem pertahanan tubuh kita. Probiotik diperlukan bagi mengekalkan kesihatan dan menyokong fungsi pencernaan serta mengurangkan kehadiran organisma berbahaya. Pengguanan probiotik terbukti mampu mencegah dan merawat penyakit. Kebiasaannya bakteria Probiotik yang digunakan dalm industri makanan dikenali sebagai lactic acid bakteria.



Antara fungsi probiotik :
  • mengelak masalah radang usus dikalangan dewasa dan kanak-kanak yang mengalami masalah gangguan penghadaman seperti intoleransi laktosa,sembelit,cirit-birit dan kembung perut.
  • meransang dan mengekalkan pertumbuhan bakteria baik dalam saluran usus.
  • mengurangkan pengeluaran toksin dalam badan.
  • membantu mengekalkan imuniti tubuh bagi mengurangkan risiko terkena jangkitan penyakit.
Tips Kekal sihat.

Sistem pertahanan tubuh membuatkan kita mudah jatuh sakit terutamanya kanak-kanak.Jadi,pastikan kita mengambil sumber probiotik yang sihat bagi menolong menguatkan sistem imunisasi badan bagi melawan alahan,tekanan dan penyakit lain.  Contoh yang paling senang... minumlah Yakult sehari sebotol..atau.. minumlah Mealshakes kerana Mealshakes juga membantu menjaga sistem penghadaman kita. Selain itu,mealshakes juga menyediakan pelbagai jenis mineral,vitamin,serat dan lain- lain.


Sistem penghadaman sihat,tubuh badan pon sihat,kita pon ceria...!

Saturday, 15 November 2014

Cara Sihat Nikmati Coklat

Coklat ! sebut saja coklat mesti ramai yang dah menelan air liur,betol tak? hihi.Coklat boleh membawa penyakit jika diambil dengan kadar yang berlebihan. Ye betul tu ! bukan mitos ye.. Tetapi coklat juga mempunyai kebaikannya dimana membantu mengurangkan tekanan darah,melindungi jantung dan otak serta mengawal keinginan kita untuk mengambil makanan manis dan masin. Korang yang suka makan coklat mesti suka bila dengar kebaikan coklat tadi kan ?


aneka coklat...

Dalam entri kali ni saya nak berkongsi dengan korang cara untuk menikmati coklat dengan sihat.

emmmm...yummyyy

# Kisar ke dalam SMOOTHIE

  • tambahkan cip coklat atau beberapa ketul coklat gelap kedalam smoothie.
  • boleh juga tambahkan serbuk koko tanpa gula untuk manfaat kesihatan kita.
  • jadikan smoothie sebagai hidangan sampingan.
# Tambah kedalam BIJIRIN
  • cincang 2 ketul kecil coklat hitam dan campurkan bersama kedalam oat panas.
  • taburkan parutan coklat dengan strawberi atau pisang yang dipotong halus kedalam bijirin sejuk.
  • kaedah ini membantu mengurangkan tahap darah 'ghrelin' yang dipanggil hormon kelaparan. maknanya boleh bantu kurangkan berat badan la kan.. hihihi
sedapnyaaa

# CAMPURKANNYA
  • cairkan  sedikit coklat gelap dengan ai panas(bukan didihkan) dan campurkan sedikit rempah seperti kayu manis serta gaulkannya dengan buah-buahan segar yang dipotong kecil.
  • buah pilihan.. buah zaiton,strawberi,pisang,asparagus,tomato,bawang putih hitam.
# Gaul dalam MENTEGA KACANG
  • gaulkan mentega kacang bersama coklat gelap yang dicincang halus atau diparut,gula tanpa pengawet,buah-buahan kering dan rempah ratus seperti halia yang diparut.
  • lumurkan gabungan bahan tadi keatas buah-buahan segar.
#  Tambah DALAM HIDANGAN
  • gabungkan coklat kedalam makanan tengahari atau makan malam.
  • contohnya,tambah kedalam sambal tumis.. jadinya.. sambal tumis coklat.. hihihi.
Okey..itu lah beberapa cara yang dapat kita praktikkan untuk menikmati coklat. Sesiapa ada cadangan lain boleh kongsi di ruang komen. Selamat mencuba !

P/s : gunakan serbuk koko mentah atau tulen kerana koko proses telah melalui proses kimia yang mengurangkan kandungan antioksidan koko.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...