WANITA DAN KECANTKAN

WANITA DAN KECANTKAN
Wanita dan kecantikan tidak dapat dipisahkan. KLIK gambar

Saturday, 11 October 2014

Day 6 ~ Restoran Yang Ceq Suka

Salam semua..harap sihat no..

Hari ni nak crita pasai restoran kegemaran ceq.. sebenaqnya..tak dak restoran yg betoi2 ceq suka.. Bergantung pada benda apa yg ceq nak makan.

Kalau rasa nk makan tomyam sedap..p restoran nu..kalau nk makan bakso mai restoran ni..kalau nak makan westenfud p tangtu..hihihi. Macam tu la umpamanya. Tapi ceq pilih Restoran Briani Gam Prima Tanjong Malim sebagai febret ceq.

Ceq suka sangat p situ sebab depan umah ceq ja.hihihi.. ceq suka makan bakso ngan char kueteow dia.. sedap hingga menjilat sudu..(sb makan ngn sudu kan...) Nasi briani gam dia pon, perrghhh.. sedap..menangkap. Harga berpatutan..  ha lagi satu..dia punya pekerja pon ramah tamah.. hihi.. ceq kan suka sembang2.

Jadi..hampa kalau mai tanjong malim..singgah la no..senang ja lokasi dia..Taman Wangsa Setia..dekat pasaraya Billion.. ceq kalau nak COD Shaklee pon kat sini la.. hihi. Pendek kata kalau nak order shaklee ngan saya boleh ja..nk p hantaq di umah pon bolehh.. tu diaaaa!!..punya baguih nya ceq ni.

Ha..ni dia info pasai ceq.
Pn. Shamila bt. Ahmad
Id : 891480
COD : Tanjong malim. Slim river. Kalumpang dan sekitarnya.
No.tel : 012 4473904.

#sori..gambaq restoran x dak.. ceq boh gmbaq mkanan dia la no... biaq hampa semua meleleh.. hihi..

Friday, 10 October 2014

Day 5 ~ resepi ku.. Daging masak cincai je...

Hai korang...

Cabaran entri hari ni..resepi homemade.. Sedap nihhh..simple je..cepat dan pantas. Daging masak cincai jewww.. Resepi ni tak pedas ye sebab si bambam alif pon nak makan jugak. hihihi.

Hari ni sebab en.hubby nak balik lunch, dalam kelam kabut nak melayan si alif bambam..nak berdukung je..nak kuar amik si adib ngan si afiqah lagi balik skolah..jadi lah resepi daging masak cincai je..  sonang jo bahan2nyo..

Bahan tumisan.. bawang merah,bawang besar,bawang putih,halia,serai,kunyit hidup ( kalau xde guna serbuk pon hokey),cili hidup..(kalau nk pedas boh le cili api)

Bahan perap daging.. garam,lada hitam,lada putih,sos tiram,jus limau nipis,kicap lemak manis.

Bahan tambah lain(sayur)..lobak merah,sederi,kacang panjang,kentang.

Cara masak cincai jew... hihi.. #itu pasal lah nama resepi ni cenggitu. Okey..
Mula2.. tumis bahan tumisan..dah naik bau..masukkan daging.. goreng sampai kering..tambah air sedikit dan masukkan sayur2 yg ada..goreng smpai kering.(kalau nk basah pon boleh je)

Tadaaaaaa... siap.. rasa pandai2 le korang ikut citarasa sendiri ye. Hihi.

#psstt..resepi orang malas dan kejar masa.
# jangan lupa lepas makan amik omega guard ngn alfalfa k... lecithin jugak.

Kalau takde boleh je order ngan saya .hihi. Saya kan pengedar sah shaklee.

Pn.Shamila bt. Ahmad
Id : 891480
Cod : Tanjong Malim. Slim River. Kalumpang
No.tel : 012 4473904

Thursday, 9 October 2014

Day 4 ~ Vitamin Shaklee Pertama Yang Saya Makan

Salam semua..

Hari ni saya nak ceritakan mengenai vitamin shaklee yg pertama saya makan. Seingat saya..saya amik GLA Complex. Sebabnya period saya tak teratur lepas berhenti makan pil perancang.

Selalunya saya berenti amik pil perancang selepas anak saya putus susu.. ye la kira dia dh bersedia utk terima adik baru la kan. Hihi.. anak2 saya hanya menyusu badan selama 2 tahun 6 bulan bgi perempuan dan 2 tahun bgi lelaki.

Selepas saya berenti amik pil tu..boleh kata tiap2 bulan  la saya buat pregnancy test.. excited oo..ye lakan dah dok berharap..period lewat 2 minggu je saya cek ..selepas 7 bulan baru saya mula amik GLA complex atas rekemen kawan yg jual shaklee ni la..

Selepas separuh botol pertama tu..period lmbat jgak tpi lancar la.. dah habis..lambat jugak 3 minggu tak datang datang jugak..saya pon cek sekali lagi. Alhamdulillah  mengandung anak ke 3.

Feadah lain yg saya perasan masa amik GLA complex muka saya jadi kemerah merahan..hihi.. lawa habih la konon..berseri2 u. Eh..tak tipu tau.. betol ni sebab dalam GLA tu ada jgak vit E yg memang bagus utk kulit.

Bila saya mengandung tu saya teruskan amik shaklee dan jadi ahli sekali.. jadi korang kalau nak order dengan saya pon boleh.

Pn. Shamila bt. Ahmad.
Id : 891480
No.tel : 012 4473904 (wassap/ sms/ call )
Cod : Tanjong Malim . Slim River . Kalumpang dab sekitarnya..

Wednesday, 8 October 2014

Day 3 ~ Apa Yang Ada Dalam Handbag Saya

Haloooooo... episod hari ini... APA ADA DALAM HANDBAG SAYA..

Dalam handbag.... rasanya bukan di panggil handbag lagi ni.. lebih kepada mini stor.. hihihi.. Saya rasa kebanyakan wanita yg bergelar ibu akan mengalami situasi yg sama mcm saya.

Benda yg wajib ada mesti dompet,bedak,lipstik,tisu,.yg tu memang sentiasa ada dlm handbag.. orang pompuan mesti la ada menda2 tu kan..

Selain tu..ada pampes anak..wet tisue..utk lap tangan mulut anak2 lepas diorang makan dlm keta biasanya.. Handphone, power bank pon ada je dlm tu..kalau nk kuar mesti bawa.kadang x guna pon.. (buat berat beg je kan)

Gula2 pon hade...kadang plastik kosong je,isi xde.. spek saya..ofkoss..brooch ade jgak..spare kot2 yg dipakai tercabut boleh ganti. Topi si bambam Alif..kasut dia.. yg tu mmg dok dlm beg..nk kuaq umah pakai..balik simpan semula dlm beg..kalau letak tmpat lain..nanti kalut2 nak keluar rumah tertinggal.. hihihi.. (macam busy sgt je bunyinye..ye x?..)

Kadang2 botol air pon sumbat jugak dalam handbag tu.. haha.. dah macam dalam mini market plak rasanya.. Tapi kan..saya rasa la.. lagi besar beg lagi banyak benda yg di isinye.. hihi.. Dulu handbag saya besar skit dari yg ni..telekung pon saya masokkan skali kalau saya kuar pergi jalan jauh skit.

Benda yang tak patut ada pon ada jugak.. sampah je.. kertas2 resit beli barang..hmm..tu je la..Itu bagi saya seorang surirumah sepenuh masa.. klu wanita2 yg bekerja macamana la agaknya isi beg tu kan? Entah2 lagi banyak menda..

Tuesday, 7 October 2014

Day 2 ~ Percutian Idaman Saya

Hai olzzsssssssss... entri hari ni tentang percutian idaman saya.. hmmmm.. menarik..

Dalam angan2 saya..saya nak sangat g tempat macam Moors dalam citer Maleficent tu..sleeping beauty.. hehehe.. i memang kuat verangan k...😎  tenang..cantik ooo..ada cahaya sana..ada cahaya sini..pastu ada fairy lagi u.. Tapi... malangnye tak betol2 wujud pon..

Jadi saya tukar tempat la ye.. hehehe.. Saya nak pergi koreaaaa.... Korea! Running man ! Wah...hahaha.. suke3.. (mood gediks) pasaipa korea?! Ha... ni mai ni ceq nk habaq bagi.

Sebenaqnya..ceq ni terpengaruh ngan cite variasi running man tu la..depa dok tunjuk tempat lawa2..sejuk mata tengok.. makanan dia pon menarik..cantekkkk... tingin  nk p tgok bunga sakura. Nak main salji..(kt tmpat lain pon hade 😤)..Nak jumpa running man..hikhikhik..Walaupon ceq tak tau nama2 tempat dia..tapi memang  ceq tingin sangat nak p sana..tu kalau untuk bercuti.

Ada satu tempat yg betoi2 ceq nk p kt dunia ni..bawa makpak..anak2.. mesti la..tanah suci Makkah al Mukarramah. Nak berkunjung ke rumah Allah S.W.T.. menziarahi pusara Rasullullah s.a.w.. dan para sahabat.. Merenung ..bersujud..berdoa  di hadapan Kaabah. Bayangkan dengan hanya melihat di kaca tv..di facebook, hati dah terasa tenang..Apatah lagi jika mampu pergi melihat dan berhadapan dengan Kaabah.. Mengucup Hajarul Aswad itu sendiri.. MasyaAllah.. Allahhuakhbar..pastinya hati ni penuh dengan rasa syukur,tenang, dan gembira sangat.Ins shaa Allah dengan izinNya.. Amin..

##pssttt.... semenanjung Malaysia pon x habis pusing lagi.. hihi.

Monday, 6 October 2014

Day 1 ~ 3 Fakta Menarik Tentang Saya & Gambar

Assalamualaikum ..salam sejahtera..

Fuhh! Fuhh! Banyak betol habuk kt blog i ni..dh lama tak update..hihi. Rindu sebenarnya nk menulis menaip ni..tp bila dh tinggal lama, jadi gen2 pemalas dlm diri ni pon mula menonjolkan diri. Ins shaa Allah lepas ni akan aktif semula.Amin.

Untuk minggu ni.. saya menyahut cabaran dari seorang master saya utk berblog selama 7 hari. Ada tajuk yg telah ditetapkan utk tempoh ini.. Jadi sudi2 kan diri anda utk menjengah blog saya ni setiap hari ye..

Okey..fakta tentang saya dan gambar.. u ollzz tengok gambar saya betol2 tau.. hihi.. taraf artis ni..jgan main2. Sebenarnya saya ni seorang yg sangat sangat sangat tidak fotogenik.. keras semacam je bila nk bergambar. Malu nak senyum2..rasa mcm ada je orang dok perati bila nk senyum tu..(perasan mcm aku ni artis..wekkk..) masa nak amik gambar ni..berangan nk buat macam gambar pegantin manja2 kt blakang pokok tu..tapi.. macam dok kata la.. Tak Fotogenik..jadi la mcm tu ha..kena la..en.hubby pon sama je ngan saya.

Melalui gambar ni...korang agak2 saya ni orang yg macamana ? Serius ke manja ke.. (sebab tu korang kena tenung lama2 gambar tu..hihi) Penat saya senyum bajet cute tau! Saya ni sebenarnya seorang yg sangat peramah..kalau dah bercakap tak boleh benti.. dah la tu keloloh plak..mmg tak reti nak serius2 ni. Payah gilerrrrr... sebabnya secara automatik saya akan gelak bila bercakap. Dah keturunan...mmg keluarga saya semua macam tu.

Selalunya..kalau orang yg tak kenal..diorang akan ingat saya ni sombong dan garang.. Okey..memang saya garang..saya jenis orang yg kasar..tak reti nak berlemah lembut ni..agaknya sebab orang utara kottttt.. Saya kurang penyabar..cepat marah dan cepat sejuk.. kalau pagi saya marah..nnt tengahari sejuk la..hihi.. tak baik kan marah lama2.. 

Itu je la serba sedikit tentang diri saya.. jadi kalau dah baca ni..lepas ni..boleh le jadi kawan kan? Jangan takot2 nk tegur klu terjumpa kt pasar malam ke pe.. hahaha..  ( ingat aku ni femes sgt ke orang nk perasan dlm ramai2 tu..)

Pe2 pon..bye.. jumpa lagi esok dengan entry seterusnya.. PERCUTIAN IDAMAN SAYA.

Sunday, 18 May 2014

40an... Bermulalah kehidupan sebenar bagi lelaki??

ANGKA 40 membawa persepsi yang berbeza terhadap lelaki dan wanita. Bagi lelaki usia 40 dianggap sebagai permulaan hidup baru, semangat baru, semakin matang. Bagi wanita usia 40 dikaitkan dengan perkara-perkara negatif, dan selalu dikaitkan dengan musim saham mula menurun.

Bukan berniat merendahkan orang perempuan, jauh sekali untuk memperlekeh kaum wanita. Cuma saya ingin bercakap perkara yang betul di depan mata. Satu hakikat perihal Adam dan Hawa.
Macam mana pun golongan pejuang wanita menegaskan tidak ada beza antara lelaki can perempuan, saya tetap berasa ada perbezaan yang jelas. Ini bukan soal fizikal - yang memang jelas ada bezanya - tetapi ciri-ciri lain yang menyebabkan Leha dan Leman tidak serupa.

Sebenarnya, awal-awal sudah berbeza. Dari segi tahap kematangan semua orang mengakui perempuan lebih cepat dewasa berbanding lelaki. Anak perempuan baligh lebih awal dari lelaki. Ada gadis yang mula haid seawal sembilan tahun. Sebaliknya, ada lelaki yang sudah masuk usia 17 belum ada apa-apa.

Mereka yang mempunyai anak-anak lelaki dan perempuan boleh melihat hal yang sama. Baru darjah enam anak perempuan sudah boleh diharap mengemas bilik tidur, mencuci pinggan mangkuk, membancuh susu adik. Anak lelaki sudah tingkatan tiga pun masih tidak tahu apa-apa.

Sebab itu orang putih kata, kehidupan seorang lelaki bermula pada usia 40 tahun. Konon, pada usia ini lelaki menjadi lebih matang, tepat membuat keputusan, bijak memberi cadangan, lebih penyayang, lebih prihatin, lebih itu, lebih ini.

Hanya satu yang tidak sedap, malah tidak adil: konon pada usia 40 inilah degree kemiangan lelaki dikatakan semakin meningkat!

Miang, gatal, merenyam, gelenyar...banyak lagi istilah-istilah (maaf, sesetengahnya tidak sesuai disiarkan sebab kedengaran kurang sopan) yang seerti dengannya untuk menggambarkan perangai lelaki setelah melewati usia empat puluhan.

Orang perempuan selalu memberi alasan yang serupa untuk menguatkan andaian bahawa lelaki memang miang. Antaranya, yang paling biasa: suami mula menjeling wanita lain, suami mula main kayu tiga, suami kahwin baru.

Bukanlah hendak menyebelah lelaki, tetapi pada hemat saya andaian seperti itu adalah rambang, dan sekali gus tidak adil. Sebab, bilangan suami yang main kayu tiga, atau membuka 'cawangan' baru adalah kecil, terlalu kecil. Mungkin yang jeling-jeling wanita lain ramai, tetapi percayalah jelingan itu tidak membawa apa-apa mudarat. Lagi pun ada sebab suami menjeling wanita lain.

Maaf cakap, ketika suami mula 'meriah habis' pada usia 40, wanita pada usia tersebut dikatakan mula mengendur dan 'dingin' dalam banyak hal. Sebenarnya, ini diakui sendiri oleh ramai wanita, sebab itu mereka tidak suka usia empat puluhan disebut.

Pendek kata, angka 40 membawa persepsi yang berbeza kepada lelaki dan wanita. Bagi lelaki, usia tersebut dikaitkan dengan kematangan can kehebatan, bagi perempuan, usia tersebut sering digambarkan sebagai peringkat saham menurun.

Kalau ada suami yang mula menunjukkan tanda-tanda 'keriangan' luar biasa, saya ada panduan untuk isteri menyekat suami main mata dengan orang lain. Kaedah ini tidak ada dalam buku motivasi suami-isteri, tetapi boleh dicuba.

Pertama, layan suami seperti biasa. Hangatkan suasana dengan kata-kata yang memberangsangkan. Contoh: "Fuhhh, misai abang sekarang tebal semacam, kita tengok pun geram!" Atau: "Abang sejak minum kopi herba tu, kita rasa luar biasa!"

Kata-kata seperti ini boleh membangkitkan semangat, dan suami merasa dihargai. Tetapi jangan cakap sahaja, isteri patut buktikan dengan perbuatan. Jika hanya pandai memuji misai, tetapi di bilik tidur isteri rebah dan tidur macam tunggul, pujian tentang misai itu tidak bererti langsung.

Tidak guna menyiapkan kopi dengan tujuh ramuan herba, sekiranya di katil isteri berdengkur kuat seperti bom, tanpa sedikit pun menghiraukan perasaan suami yang seperti gelora tsunami.

Masalahnya ialah wanita pada usia 40, lebih-lebih lagi yang sudah beranak ramai, sudah mula dingin seks. Bukan putus haid, tetapi mula tidak berapa minat mengadakan hubungan kelamin. Mungkin sebab kesibukan di pejabat, atau letih melayan anak-anak sepanjang hari di rumah, isteri menjadi pasif di katil. Letak sahaja kepala di bantal, terus berdengkur.

Pada hemat saya, tanpa mengira usia, isteri patut bijak melakukan reaksi-reaksi hangat semasa berdua di kamar tidur. Mungkin boleh cuba urutan cakar harimau yang popular itu. Sambil mencakar boleh bergurau senda, dan puji-puji tentang misai.

Kalau cakaran harimau sudah mengena, suami yang letih menjadi segar semula. Pasti suami akan membalas dengan cakaran kucing jantan.

Bayangkan apa akan terjadi apabila cakar berbalas cakar. Tentu harimau akan mengaum.

Amaran: hati-hati sekiranya isteri berkuku panjang dan tajam, takut tersilap cakar luka pula kulit belakang suami. Akibatnya, suami berasa kesakitan dan mungkin menggunakan tendangan kambing gurun hingga isteri terpelanting bawah katil!

Kedua, isteri mesti terus bergaya. Sebenarnya wanita pada usia 40-45, masih cantik dan menawan. Masih anggun dan mempesona. Memanglah tidak 'cun-melecun' seperti gadis belasan tahun lagi ‘trang-tang-tang'. Tetapi sekiranya bijak mendandan diri, suami pasti tidak menjeling pada orang lain.

Masalahnya ialah sesetengah isteri, terutama yang menjadi suri rumah sepenuh masa, tidak menghiraukan soal keterampilan diri. Tidaklah selekeh, tetapi kurang mesra alam. Rambut tidak disisir, menggerbang macam langsuir atau penunggu pohon beringin dalam Misteri Nusantara. Dahi berkerut, bibir berkedut. Tanpa bedak, tanpa gincu. Pipi pun berminyak semacam.

Sudahlah begitu, pakaian pun asyik kain batik lusuh dengan t-shirt Pagoda leher bulat yang ketiaknya terkoyak sedikit. Ini sudah menjadi uniform tidak rasmi suri rumah yang tidak berseni. Sesetengahnya langsung tidak berbaju, hanya berkemban. Sudahlah berkemban, nampak bulu ketiak keriting, betul-betul macam ibu si Tenggang.

Percayalah, kalau rupa seperti ini yang dilihat oleh suami setiap hari, belum masuk usia 40 tahun pun suami sudah menjeling wanita lain. Jika hari-hari melihat puntianak atau ibu si Tenggang, suami pun berasa muak juga. Suami pun hendak melihat benda-benda indah.

Sebenarnya, mendandan diri bukan susah sangat. Lagi pun kebanyakan suami tidak cerewet sangat. Suami tidak mengharapkan isteri menyambutnya dengan pakaian berjenama antarabangsa, atau jari lentik dengan kuku berwarna, bibir merah dan basah berkilat, rambut ikal mayang teknik rebonding, alis lentik bagai penari Mak Yong.

Apa yang dikehendaki oleh kebanyakan suami ialah penampilan seorang isteri yang kemas, sopan dan kelihatan manja. Jangan lentuk sangat, suami naik lemas pula. Rambut perlu disisir kemas, pada hari-hari tertentu (petang Khamis umpamanya!) boleh letak bunga ros di kepala. Tetapi, jangan pula terlebih hingga pacak bunga manggar di kepala. Nanti suami ingat isteri sudah sewel.

Pipi patut dihias supaya tidak nampak berminyak macam mamak jual capati. Kalau tidak mampu pakai bedak yang berjenama, bedak biasa pun boleh, asalkan disapu dengan kemas. Jangan asyik lumur dengan bedak beras sejuk sehingga wajah kelihatan seperti wayang China purba!

Tidak salah menyambut kepulangan suami dengan haruman. Semburlah pewangi yang boleh membangkitkan semangat. Kalau tidak ada pewangi pun gunakanlah haruman ash dari bunga cempaka, melur, kenanga atau lain-lain bunga wangi.

Kalau pun teruk memasak di dapur pastikan bau serbuk kari, sambal belacan, budu, atau bau ikan pekasam goreng tidak melekat di tubuh. Amaran: jangan sekali-sekali ada bau semburan ubat lipas atau kapur barus pada tubuh. Mati selera suami.

Ketiga, mesti selalu senyum. Sambutlah suami dengan senyum paling manis. Senyum yang ikhlas, dan bukan dibuat-buat. Ingat, orang lelaki dapat membaca antara senyuman ikhlas dan senyum palsu. Tetapi, jangan tersengih tidak tentu pasal, nanti suami ingat isteri tersampuk puntianak s***** malam.

Tidaklah diharapkan isteri mengurut-urut bahu atau dada suami sebaik masuk ke rumah, lebih-lebih lagi di hadapan anak-anak. Memadailah isteri menegur: "Abang nampak letih, boleh kita ambilkan air? Abang nak air sejuk atau air panas?"

Tetapi, jangan pula memberitahu suami benda-benda yang mungkin mematikan semangatnya, seperti: "Tadi ada orang datang, dia kata abang dah tiga bulan tak bayar ansuran kereta, betul ke?" Atau: "Orang sebelah tu beli TV 29 inci, boleh tak kita beli yang 36 inci?"

Keempat, etika di bilik tidur. Ini paling penting, sebab bilik tidur adalah tempat rehat bagi suami isteri. Tempat tidur mesti selalu kemas dan menarik. Semburkan haruman supaya semerbak sepanjang malam. Sesekali taburkan bunga-bunga wangi di atas tilam. Barulah bersemangat untuk cakaran harimau atau cakaran kucing.

Malangnya, bagi isteri yang sudah melewati empat puluhan, bau haruman di kamar beradu biasanya tidak dihiraukan lagi. Tidak ada bau minyak wangi, seperti zaman baru-baru kahwin dulu. Apa yang memenuhi bilik tidur sekarang hanyalah bau minyak angin.

Bilik tidur penuh dengan beraneka minyak angin. Penjuru katil ada minyak lenguh sendi, tepi bantal ada minyak sengal tulang, atas tilam ada minyak pening kepala, bawah katil pun ada minyak semput.

Walaupun sudah lenguh sana-sini, minyak-minyak itu bukan di kamar tidur tempatnya. Kalau setiap malam hidung suami tersumbat bau minyak angin, matilah seleranya untuk mencakar. Ini yang isteri kena faham.

Selamat mencakar ..... Aummmm !!!! 

Kredit 88

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...