WANITA DAN KECANTKAN

WANITA DAN KECANTKAN
Wanita dan kecantikan tidak dapat dipisahkan. KLIK gambar

Friday, 30 November 2012

Balik kampung..OOO...balik kampung...

YEAA... malam ni nak balik kampung....En.hubby kena dok sorang2 kat rumah le..jadi orang bujang 2 minggu..Nampaknya lepas ni 2 minggu la saya tak muncul kat blog ni..hehehe..tapi takpe...takde orang nak rindu  pun...Oleh kerana malam ni nak 'gerak',hari ni busy la skit.. nak kena prepare baju kerja en.hubby utk 2 minggu..(iron siap2.).nak kemas dan cuci dapur..(en.hubby bukannya memasak pun nanti.dia makan kat kedai je..hehehe.)nak paking beg ngan barang..(jangan ada yang tertinggal sudah...).last sekali petang nanti basuh baju.. Ooppsss...sebelum terlupa...anak pokok pulasan..tak beli lagi..Alamak..hehehe.nak bawa balik kampung,mak2 pesan.Kejab lagi lah kuar pi beli,habiskan kerja dalam rumah dulu..Ha...lepas tu siap la...tunggu en.hubby balik kerja,angkat beg..gerak le...pe lagi?Doakan selamat sampai...Amin..

7 Golongan Mulia..

Saya nak kongsi ngan kawan2 pasal 7 golongan mulia disisi Allah S.W.T.. dari majalah Gen-Q..Generasi Al-Quran Kreatif..Hanya untuk berkongsi ilmu dan renungan bersama ke arah kebaikan...

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Ada tujuh golongan yg akan Allah naungi di bawah 'Arasy-Nya pada hari yg tidak ada tempat bernaung,kecuali naungan-Nya,aitu:

  1. Pemimpin yang adil.Tidak dipedulikan pemimpin yang zalim dan yang suka mengaut keuntungan utk peribadinya.
  2. Pemuda yang beribadah kepada Allah.Tiada dipedulikan pemuda yang malas dan leka.
  3. Orang yg berzikir kepada Allah di tempat yg sunyi sampai air matanya mengalir kerana rasa takutnya kepada Allah.
  4. Orang yang hatinya selalu terkait dengan masjid saat mereka keluar sampai kembali lagi masuk ke masjid.
  5. Orang yg bersedekah dengan sembunyi2 sehingga orang lain yg ada di kanan dan kirinya tidak mengetahuinya.
  6. Dua orang yang saling mencintai kerana Allah maka mereka berkumpul dan berpisah semata-mata kerana Allah.
  7. Lelaki yang diajak membuat cemar oleh wanita cantik,tetapi dia menolaknya dengan berkata:"Aku takut kepada Allah."
*sedekah yg sembunyi2 adalah sedekah yg sifatnya sunnah,bukan wajib seperti zakat..

Thursday, 29 November 2012

Meriahnya Musim Buah Di Tg.Malim..

Musim buah datang lagi...Macam2 ada..durian,rambutan,langsat,manggis....semua ada,pilih je..Kat Tg.Malim ni boleh dikatakan musim *lelong buah*..sapa jual mahal tak laku la jawabnya...Walaupun takada dusun,tetapi kita boleh makan buah yang fresh..Kalau masuk kawasan kampung,memang tak nampak lain dah.. pokok buah yang *sarat* ngan buah je sepanjang jalan.Orang jual buah depan rumah je,kalau nak yang atas pokok pun boleh..Hehehe.. Murah rezeki sungguh la tahun ni...nampak gaya macam lebih banyak dari tahun lepas.. Kepada penggemar buah2an tempatan...KITA SERBU!!!
 
Geram tengok pokok buah orang kat tepi jalan..buah dok bergayut je..Kalau depan rumah saya ada pokok rambutan,alamatnya dok bawah pokok tu la sepanjang petang..hehehe.Ada pokok durian tepi jalan tu,dongak tengok,belambak(banyaknya) buah dia..Itu..kalau sapa2 lalu ngan motor,buah durian luruh timpa kepala ...NAYA OOO!!! hehehe.. Harap2  tak jadi lah macam tu.. Haihh...pecah liur sebut pasal buah ni.. Pepepun...selamat menikmati buah2an kepada semua orang.... 

  

Wednesday, 28 November 2012

Sayangi Keluarga Mertua Kita...

Salam semua..Hari ni saya rasa macam nak merapu pasal isu ibu mertua ni..bagi pandangan saya ramai yang takut dengan mak mertua terutamanya menantu pompuan.Setakat yang saya kenal,kebanyakannya tak berani nak balik kampung mertua sendirian.Kenapa diorang takut ye? Pada pendapat saya ada beberapa faktor yang boleh mengakrabkan hubungan kita dengan mertua...Korang saya taktau lah...

  • Masa balik kampung kenalah bahagikan masa antara rumah mak kita dengan rumah mertua dengan adil,sama banyak..baru lah takada yang kecil hati..(kalau kita fikir mak kita rindukan kita,begitu juga mertua kita)
  • Jangan cepat terasa hati bila kena tegur dengan mertua..Anggaplah macam mak kita yang tegur kita.. Untuk kebaikan jugak..
  • Bersyukurlah kerana masih ada mereka..boleh kita menumpang kasih..kan best ada 2 mak..2 ayah..
  • Ringan2 kan tulang untuk menolong di dapur..walaupun ramai yang menolong..sekurang-kurangnya ipar duai yang lain berasa adil.
  • Berterus terang dengan mertua kalau kita tak pandai memasak..kurang2 pun kita tolong potong sayur ke pe.. boleh le sambil2 tu minta resepi.Mesti mertua kita seronok..
  • Selalulah telefon bertanya khabar.walaupun takada benda nak cakap..Lama2 kita akan jadi mesra dengan mertua..Mertua pasti rasa disayangi dan kita pun seronok bila mertua sayang kita..
  • Anggaplah ipar duai kita macam sedara kandung kita sendiri..saya bersyukur sangat kerana adik-adik ipar saya tidak pernah membuatkan saya rasa keseorangan bila berada di sana...TERBAIKLAH..!!
  • Luangkan masa balik kekampung dengan anak2 sendirian tinggal dengan mertua selama beberapa hari.Janganlah balik rumah mak kita je...mesti mertua rasa kecil hati bila dapat tahu walaupun diorang tak nyatakan.

Pepepun anggaplah mertua seperti ibubapa kita sendiri..kerana tanpa mereka takadalah suami kita..Sayangilah mereka sebagai peringatan suatu hari nanti kita juga akan menjadi "mertua".. dan sudah tentu kita akan berkecil hati sekiranya anak menantu kita membanding-bandingkan kita dengan keluarga besan kita..TAK GITU????  Renung-renungkan...


Tuesday, 27 November 2012

CHE' TI datang melawat...!!!??

Jangan terkejut kawan - kawan...Che Ti datang melawat rumah saya minggu lepas...Haaa..tapi bukanlah bagus kalau dia datang..habis semua dia nak gigit..dah la tu buang air merata..Saya pun taktau pada mulanya,  tetiba je da bau hancing,selama 3 tahun kat rumah ni tak pernah pula terserempak ngan che' ti ni walaupun belakang rumah saya tu ladang kelapa sawit..Memang tempat dia la tu.

Sebelum ni pernah la jiran saya bertanya tentang che' ti ni,ada ke tak dia datang melawat dan berkubu di rumah.Dengan yakin saya jawab tak adalah..Tiba2 je minggu lepas,bila tengok plastik uncang beras berlubang baru tau ada che' ti..Apa lagi..satu rumah le kena basuh dengan encik hubby. Habis semua mainan anak saya di basuhnya..takut kuman,manalah tahu kot2 che' ti lalu kt bekas simpan mainan tu..Lepas dah basuh satu rumah,pergi cari perangkap tikus plak.

Tiap2 malam encik hubby pasang perangkap tikus tapi yang peliknya tak satu pun mengena..memang terer la che' ti ni.Saya pun hairan la..Samada che' ti dah tak datang rumah saya ataupun dia pandai mengelak dari kena jerat..Professional la katakan...Tapi..dalam hati ni berharap sangat che' ti dah tak datang rumah la.. Che' ti...pergi cari makan kat tempat lain pulak ye...(kan orang tua2 cakap tak boleh marah che' ti...)



Sedapnyerrrr...Bubur Kacang + Durian +Pulut....


Fuhhh!!!! tak tertahan rasanya nak makan bubur kacang hijau ngan durian ni... Yang lagi best tu sebab makan dengan pulut..Si kecil Afiqah pun suka ni..favourite dia la ni..Tiap2 minggu saya buat bubur kacang kat dia.Tapi dia belum pernah rasa lagi yang ada durian..Hehee.. mesti semangkuk tak cukup ni...Kena sekali nak lagi..



Barang - barang dah sedia,tinggal nak masuk periuk je ni.... sekejab lagi jadi bubur lah kau...


Dah siap bubur kacang hijau dengan durian.

MMmmmmm.....Yummmyyyy...

Senang je nak buat ni,tinggal rajin dengan malas je..dah ready untuk di makan..Kenalah chef nya rasa dulu sebelum encik hubby balik makan petang nanti...hehehehe... Tak sampai 45minit pun masak bubur kacang ni.tapi dengan syarat rendam dulu kacang hijau dalam air ais selama 2 jam..Ha..tu la petua untuk bagi kacang cepat empuk.. Selamat menjamu selera....




Monday, 26 November 2012

Pagi,Tengahari,Petang,Malam...duriannnnn..

Minat sungguh Afiqah dengan durian.. Bangun pagi-pagi tadi belum pun sempat mandi dia dah tanya pasal buah durian...sebabnya dia dah nampak ayah dia kopek buah durian masukkan dalam tupperware semalam. Afiqah tanya "ibu...nak makan durian boleh....?" gaya cakap ala-ala macam upin ipin.. ada patut bangun tidur cari durian,selalu bangun tidur cari ayah dia... hehehe...nampaknya ayah dah kalah dengan durian...

Lepas mandi,breakfast durian..pastu sebelum lunch pun minta durian..petang tadi lepas bangun tidur pun makan durian..tub-tub tengok dok makan durian pulak..kali ni makan dengan ayahnye.....hehehe.dah nak pukul 10 malam.. Sudah.... Jangan mengadu panas  pulak lepas ni sudah le ye...

Yang si adik ni pantang nampak benda makan..asyik nak makan je..yang si abang jenuh di suruh makan.. kadang2 bila suruh dia makan,dia boleh tanya.."buat apa makan?" tak ke haru tu... macam - macam hal.. Ni baru 2 orang anak..belum 4 5 orang lagi....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...