WANITA DAN KECANTKAN

WANITA DAN KECANTKAN
Wanita dan kecantikan tidak dapat dipisahkan. KLIK gambar

Friday, 31 October 2014

Kebaikan Papermint Ginger Plus




Papermint Ginger Plus dihasikan daripada 4 tumbuhan herba iaitu  daun pudina,halia,jintan hitam dan jintan manis serta cekur.Kesemua herba yang digunakan terbukti dapat melegakan ketidakselesaan badan.Papermint Ginger Plus Shaklee terbukti secara klinikal dapat melegakan masalah kembung perut,gastrik,angin dan masalah pencernaan.Ia juga dapat mengurangkan dan melegakan masalah morning sickness dan tekak meloya bagi ibu yang mengandung.Selain itu,digunakan juga untuk melegakan mabuk laut dan mabuk darat bagi pengembara dan sesiapa yang melalui perjalanan jauh.

Jom kita ketahui serba sedikit tentang kebaikan kesemua herba yang digunakan dalam Papermint Ginger Plus ini !
Pudina ( papermint )
  • melegakan otot perut dan masalah penghadaman.
  • melegakan ketidakselesaan perut.
  • melegakan pedih ulu hati dan cirit - birit.
  • menambahkan selera makan dan melegakan muntah.
  • meransang peluh untuk menyekat demam.
  • memberikan rasa segar dan nyaman.
  • membantu meningkatkan fokus.
Halia ( ginger )
  • membantu pencernaan makanan.
  • melegakan ketidakselesaan perut.
  • menghalang muntah
Jintan ( fennal )
  • melegakan kembung perut.
  • mengurangkan gejala flu dan sakit perut.
  • mengurangkan alergi dalam usus.
Cekur manis ( anise )
  • menyelesaikan masalah pencernaan,kesakitan haid,batuk dan kahak.
  • meransang rembesan jus gastrik untuk pencernaan dan tahan kulat bagi penyakit kulit.
  • membuang haba badan pada musim panas.
  • memberi tenaga dan melancarkan peredaran tenaga.
Papermint Ginger Plus boleh diambil secara tablet dan boleh juga dicampurkan dengan minuman. Rasanya memang best,sejuk je tekak dan perut bila telan tu.. saya juga  ambil Papermint Ginger plus kadang2 bila rasa badan pedih2 angin.Ye la letih buat keja rumah kan. Angin masuk urat.. ishk ! ishk ! ishk ! macam2.. hihihi.

Untuk info selanjutnya boleh hubungi saya. Saya juga akan memberi konsultansi secara percuma kepada pelanggan saya sahaja.

Pn. Shamila bt. Ahmad
Id : 891480
No. Tel : 012 4473904
Cod : Tanjong Malim, Slim River, Kalumpang dan sekitarnya.
Seluruh Malaysia juga..(Pos Malaysia)
















Kenapa Perlu Pilih Shaklee Untuk Kurus?

Hai korang..

Kali ini saya nak cerita kenapa korang yang nak langsing kena pilih Set Kurus Shaklee. Banyak produk pelangsingan di pasaran,tetapi Set Kurus Shaklee adalah yang Terbaik.

Kenapa? Kerana Set Kurus Shaklee terdiri daripada bahan2 semulajadi 100% tanpa bahan sintetik. Lebih bagus lagi, korang bukan takat kurus je,malah dapat faedah lain juga. Badan lebih sihat bertenaga,kulit makin cantik,resdung hilang,bau badan hilang dan macam2 lagi la.



Rugi kalau korang tak cuba Set Kurus Shaklee ni! Dengan pengambilan Shaklee ni korang tak perlu nak pantang makan minum pon,cuma perlu disiplin jadual pengambilan supplement ni je. Korang juga tak perlu risau badan korang akan panas ke pe sebab Set Kurus ni takda herba okey..

Ibu menyusu pon boleh ambil Set Kurus Shaklee ni..Selain itu, dalam set ini terdapat protein untuk membina semula otot korang supaya lebih kejap. Badan pona nampak kemas tidak lembik. Sesetengah produk pelangsingan lain tidak menyediakan protein utk tujuan pembinaan otot. ESP dan Cinch Shaklee juga akan membuatkan korang rasa kenyang dengan lebih lama.

Set Kurus Shaklee juga terdapat pelbagai pilihan. Mengikut bajet korang. Boleh dibeli secara berasingan. Dan setiap satu produknya tahan lama dan berbaloi sangat. Contoh alfalfa tahan sehingga 2 bulan penggunaan. ESP juga tahan sehingga 40 ke 50 hari. Berbaloi bukan?


pilihan produk langsing

Okey..sekarang korang tahu kenapa kena pilih Set Kurus Shaklee kan? Sebab Set Kurus Shaklee SENTIASA SELAMAT,SENTIASA BERKESAN DAN SENTIASA MESRA ALAM.

Untuk info hubungi saya.. Konsultansi percuma akan diberikan kepada pelanggan saya sahaja.

Pn. Shamila bt. Ahmad
Id : 891480
No.tel : 012 4473904
Cod : Tanjong Malim, Slim River, Kalumpang dan kawasan sekitarnya.
Penghantaran ke seluruh Malaysia diuruskan melalui Pos Malaysia.

Wednesday, 29 October 2014

Gastrik Dan Shaklee

Siapa yang pernah kena serangan gastrik ? Cubalah Set Gastrik Shaklee.Gastrik ni kalau dah kena memang seksa,dia suka nak berulang..Asal lambat makan je jadi,asal salah makan je jadi.. Saya juga pernah diserang gastrik. Gastrik sebenarnye adalah luka yang berlaku dalam perut..lebih kepada ulser.Rasa macam  terbakar je dalam perut tu,nak makn tak lalu,muntah,sakit kepala bagai..Tapi..jangan bimbang lagi, Set Gastrik Shaklee dapat membantu !

rasa macam terbakar je dalam perut tu

Terdapat 4 item yang disarankan dalam Set Gastrik Shaklee. Antaranya ialah ESP, ostematrix, papermint ginger plus,dan b kompleks.  Setiap satunya dengan peranan masing - masing. Pengambilan ESP sangat di galakkan kerana ESP mengandungi protein yang sangat tinggi sifat alkalinya yang bertindak meneutralkan keasidan dalam perut. 

Selain itu,ESP  juga berperanan membina sel - sel baru untuk menggantikan sel - sel lama yang telah rosak akibat dihakis oleh asid hidroklorik dalam proses pencernaan makanan disamping memberi tenaga dalam kadar segera kepada tubuh badan.Perut juga akan rasa lebih kenyang dan selesa.

Ostematrix  adalah lebih kepada kalsium. Jika kita ke klinik doktor juga akan menyarankan untuk minum susu untuk kalsium kerana sifat alkalinya yang meneutralkan asid. Lebih kurang je dengan pengambilan ESP.tetapi Kalsium tidak memberi rasa kenyang. 

Papermint Ginger Plus pula diambil untuk memberi rasa nyaman dan melegakan ketidakselesaan perut. Membantu membuang angin dalam badan.Boleh diambil sebagai tablet atau dicampur kedalam air sebagai minuman..Antara kandungannya ialah halia,herba asli pudina,jintan hitam dan jintan manis. Nafas juga terasa segar dengannya.

Akhir sekali,vitamin B kompleks dimana ia lebih kepada agen penenang bagi pesakit. B kompleks sesuai diambil bagi mengurangkan tekanan dan membuatkan kita berasa lebih tenang. Tak perlu lagi ambil ubat tahan sakit yang mana jika di ambil berlebihan akan memudaratkan tubuh badan.

Jadi,sekiranya korang nak tahu lebih lanjut tentang Set Gastrik Shaklee ni,boleh hubungi saya. Konsultansi percuma hanya untuk pelanggan saya je. 

Pn. Shamila bt. Ahmad
Id : 891480
No tel : 012 4473904
Cod : Tanjung Malim, Slim River, Kalumpang dan sekitarnya.
Penghantaran seluruh Malaysia di uruskan dengan Pos Malaysia.


Bihun Goreng Ala Ibu Mertuaku

Mesti korang hairan kenapa bihun goreng ala ibu mertuaku?kenapa tak bihun goreng tersedap ke ape? Ha..sebabnya.. resepi ni saya amik mak mertua saya punya la. Tapi di ubah sedikit resepinya..sebab ada si bam2 Alif nak makan jugak.hihihi

Ape yang spesialnye? Takda la spesial sangat pon..cuma ditambahkan dengan kacang tanah goreng. Jadi bila kita makan tu..dalam lembut2 ada la kerangupannya.. cruncy..omputeh kata.

Bahan - bahan :

1. Bihun yg di rendam lembut.
2. Kacang tanah yg digoreng dan ditumbuk kasar.
3. Bahan untuk menumis ( bawang merah,bawang putih )
4.Bahan kisar ( cili kering,bawang besar dan halia )
5. Gula dan garam secukup rasa
6. Kicap lemak manis dan sos tiram
7. Boleh tambah sos cili dan tomato jika mahu. (Sesudu besar setiap satunya) # saya tak letak sebab taknak pedas.
8. Lobak merah( dihiris halus )
9. Kucai dan tauge.
10. Daging (boleh guna ayam juga)
11. Telur ayam (utk di taburkan )

Cara - cara memasaknye :

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumisan sehingga naik bau.
2. Masukkan bahan kisar(ikut lah tahap kepedasan masing2) , kemudian masukkan daging.
3. Tunggu sehingga pecah minyak, masukkan sos tiram,kicap,garam dan gula. Perasakan ikut citarasa masing2 nak lebih masin atau manis. (Mertua saya suka lebihkan manis,saya suka sekata manis masin)
4. Tambahkan lobak merah , tunggu lembut dan masukkan bihun.
5. Apabila sudah sebati,taburkan kucai dan tauge ..selepas itu gaulkan sebati.
6. Dalam kuali lain.goreng telur dan hancurkan. Taburkan di atas bihun yg sudah siap di goreng.

## utk yang saya buat tak pedas,saya makan dengan cili jeruk.
Selamat mencuba!

Tip Kekalkan Kesihatan Gigi

Kesihatan oral sangat penting kepada kita,begitu juga kesihatan gigi. Betol tak? cuba kalau takda gigi,mesti korang malu nak senyum. hihihi. baby takpa la,comel.. Disini saya akan berkonsi dengan korang tip penjagaan bagi mengekalkan kesihatan gigi. Jom baca ni!



Teknik memberus gigi yang berkesan.
# Teknik memberus gigi dengan betul adalah dengan mencondongkan kedudukan berus gigi 45 darjah kearah leher gigi.
# Memberus dengan teknik yang salah boleh menyebabkan paras gusi mungkin surut dan permukaan akar gigi yang terdedah terhakis dengan mudah.

Pemilihan berus gigi yang betul.
# Pilih saiz berus gigi yang sesuai dengan saiz mulut,bulu berus yang tidak terlalu kasar dan bentuk kepala yang lebih kecil.
# Sekurang-kurangnya berus gigi 2 kali sehari.Itu sudah memadai..Berus pada sebelah pagi dan malam sebelum tidur.

Keperluan memflos gigi.
# Penggunaan flos sangat penting untuk membuang plak dan bakteria yang melekat di celah - celah gigi.
# Ianya untuk mengelak berlakunya karies gigi.
# ramai yang menggunakan flos dengan cara yang salah. ( saya akan kongsikan teknik guna flos dihujung entri )

Pengambilan makanan yang seimbang.
# Disarankan mengurangkan pengambilan gula kepada 10 hingga 12 sudu teh setiap hari.
# lebihkan sajian sayuran,buah dan makanan dari sumber tanaman serta jauhkan minuman berkarbonat.
# Ini bertujuan untuk mengelakkan permukaan gigi dari terhakis.

Berkumur dengan ubat kumur.
# Berkumur penting untuk mencapai kawasan yang sukar dicapai oleh flos ataupun berus gigi yang paling kecil.

TEKNIK MENGGUNAKAN FLOS DENGAN BETUL. 




1. Putuskan antara 15 ke 20cm dan lilitkan sebahagian besar flos pada jari tengah kiri dan kanan.
2. Pegang flos dengan kemas antara jari ibu dan telunjukdengan meninggalkan benang flos antara 2 jari tersebut.
3. Gerakkan flos secara perlahan - lahan antara 2 gigi.
4.Setelah flos sampai kegaris gusi,lengkungkan flos kearah gigi sebelah untuk menjadikan bentuk C. Luncurkan flos perlahan - lahan antara ruang gusi dan gigi.
5. Pegang flos dengan rapat ke gigi,gesek tepi gigi semasa menggerakkan flos keluar dari gusi dengan gerakan ke depan dan ke belakang.

Tuesday, 28 October 2014

Tempat Wajib Alif Sebelum Tidur

Salam ceria semua..

lampu malam bilik Adib

Hari ni saja nak cerita pasal si kecik alif najmi ni.. Semakin hari semakin aktif,tak larat ibu nak mengejarnye.. tu baru merangkak,belum berjalan berlari lagi..

Laju betul budak kecik ni merangkak. Tak boleh lepa sikit.Sebelum tido kalau dah naik atas,letak je atas katil..terus dia melongsor turun...dan dengan pantasnya dia menuju ke bilik abang dia. Sebab nak tengok lampu pooh. Suka sungguh dia..tunggu je depan lampu tu.

Kalau dah besar dah putus susu nak aje saya biar dia tido ngan abangnye tu. Hehe. Yang bestnye tengok alif ni,bila dia berdiri depan lampu tido pooh abg dia tu,mulut tak benti cakap.tapi bahasa jerman dia la.mana la saya tau dia cakap ape.. hihihi. Dia cakap siap dengan gaya ko..tangan merewang sana sini. Alaaa.. come je tengok.

Baby besar ni seronok tengok diorang meneroka.. bak kata orang.. sel-sel otak sedang berhubung. Hihihi. Mesti baby korang pon macam tu kan.. comel.. geram je tengok.nak peluk je tak mo lepas. Hihihi.
K lah.. takat ni je untuk citer malam alif.. bye oll

tunggu dalam 10 minit baru dia pergi tempat lain tu...

Mengusik Je Kerjanye!

Hai..

Nak bergambar pon dia usik ..hai la Adib

Dah lama tak cerita pasal Adib ngan Afiqah. Dah besar dah..sorang darjah 1,sorang lagi tadika. Masing - masing sihat,aktif,cerdik ,cergas,cerdas.. Alhamdulillah. Akal pon dah bertambah. Hihi..
Sekarang ni Adib suka sangat mengusik Afiqah. Slalu sangat..letih nengoknye! Nak bersaing..nak menang je..habih tu mengusik je la kerjanye! Yang Afiqah plak asyik nangis. Sejak pergi sekolah ni, Afiqah dah tak pukul abang dia dah..berdosa katanye.. hmm..

Setiap hari benda yang sama je..macam ulang tayang cerita kat tv plak. Hihi. Benda pertama Adib akan buat lepas turun kereta.. jom kita tengok sapa sampai dulu depan pintu,lepastu sapa masuk rumah dulu,pastu..sapa simpan beg dulu.. Kalau Afiqah yang menang,dia cakap..abang saja je bagi menang sebab Afiqah tak penah menang.Kalau Adib plak yang menang, dia cakap.. abang menang sebab abg kuat..superhero.. hahaha.  Dan yang pastinya Afiqah akan menangis la.

Boleh dikatakan..kalau Adib ada dalam rumah memang tak sunyi. Sampai nak masok tido pon dia boleh usik adik lagi..Dia akan panggil pastu nyorok la mana2 pastu gempar la..bila Afiqah terkejut kompem la menjerit,pastu gadoh lagi.. Dah masok supermom ni diam la kejab,pastu dia usik lain plak.. Dah salam nak tido,Adib cakap.. Fiqah takda bilik,abang ada bilik..best..ada lampu pooh..  jadinya..korang paham2 la sendiri.

Apepon..ini lah masa yang akan kita ingat2 nanti bila anak2 dah besar,buat hal diorang masing-masing.. dah takda la bunyi riuh rendah ni. Huhuhu.. Jadi nikmati dan hayati je la kan.. Alhamdulillah diorang dapat hidup sihat dan ceria.

Ini budak 2 orang dah terlebih omega guard agaknya... hahaha.

ada masa baik jugak..hihi.. air di ccincang xkan putus

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...