WANITA DAN KECANTKAN

WANITA DAN KECANTKAN
Wanita dan kecantikan tidak dapat dipisahkan. KLIK gambar

Wednesday, 26 November 2014

Rawat Resdung Segera Sebelum Hidung Korang Melopong !

Resdung ! Ramai yang memandang remeh bila sebut pasal resdung.korang jangan taktahu ye,resdung ni kalau dibiarkan bahaya kepada kesihatan korang. Rawat segera sebelum resdung melopongkan hidung korang ! Oppss.. sebelum tu,ada tak kat sini yang tak tahu apa itu resdung? Resdung  ialah gambaran pelbagai penyakit hidung. Resdung berpunca daripada jangkitan bakteria keatas hidung dan rongga sekelilingnya.Terdapat banyak kaedah untuk merawat resdung. Ada yang menggunakan asap iaitu melalui rokok resdung.. Tapi kalau nak senang lagi amalkan set resdung Shaklee.. memang berbaloi. 



jangan sampai melopong !

TANDA RESDUNG:

Ade tak sape2 kat sini, bangun pagi je bersin..'hashim..hashim..hashim....' tak sudah-sudah panggil si hashim tu..ha..kalau korang nak tahu tu tandanya korang mengalami resdung lah.. Muka gatal-gatal dan berminyak tahap boleh goreng ikan tu..badan berbau teruk sangat sampai orang lintas bilik korang pon boleh bau ! ha..memang teruklah korang punya resdung tu.. Okey...korang cakap dalam hati..manada...aku tak macam tupon.. cuma hidung aku selalu tersumbat je,tu pon sebab aku selsema,batok jadi kahak ade la kat tekak aku.. Cuba korang kira tengok brapa kali sebulan korang jadi macam tu? ha... kalau dah kerap sangat tu..resdung le namanyeeeee..

Ade juga orang yang mengalami resdung akan rasa sakit dan berat pada muka terutama dibahagian antara mata. Pernah tak korang rasa badan  macam demam je..rasa tak sedap badan berpanjangan..mungkin juga korang letih ye dak...? tapi,itu salah satu gejala resdung.Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang tu pon ye jugak.. Jadi korang kalau ade tanda2 yang saya sebutkan tadi, cepat-cepat lah cari ubatnye.. Set Resdung Shaklee adalah salah satu penyelesaiannya. 


antara sinus yg sihat dan tidak sihat

JIKA DIBIARKAN,BOLEH AKIBATKAN...

Resdung jika tidak dirawat sangat berat kesannya..Antaranya..jangkitan nanah dikawasan sekeliling mata,jangkitan pada otak sakit tekak yang kronik dan jangkitan pada tulang muka malah boleh menyebabkan penyakit lelah menjadi bertambah teruk. Selain itu, resdung juga menyebabkan jangkitan telinga dan tonsil kerana rongga muka kita ni bersambung dengan hidung. Lagi satu..ha...yang ni mesti ramai yang tak sangka nih !  Berdengkur secara kronik ! Korang mungkin tak sedar,tapi cuba tanya orang yang tidor sebelah korang tu. Takpon,pegi tanya jiran sebelah..hihihi.. Eh..melampau la tu kan..


sering sakit dibahagian antara mata..

Set Resdung Shaklee bukanlah untuk merawat sepenuhnya resdung,tetapi membantu mengurangkan gejala resdung dan insshaaAllah akan memberi kebaikan kepada korang dari segi kesihatan juga. Terdapat 3 item yang membantu korang menangani resdung iaitu alfalfa,b kompleks dan vitamin C. 


Antara fungsi supplement shaklee dalam menangani resdung ..

Alfalfa membantu mengurangkan alahan yang disebabkan resdung kerana kandungan klorofilnya yang tinggi. Tetapi,di ingatkan..pesakit SLE tidak boleh mengambil alfalfa.

B kompleks membantu memulihara selaput dan lendir agar kekal sihat dan membantu menghasilkan antibodi dengan kandungan vitamin B6 didalamnya. Selain bersifat anti-stress,ia juga bertindak sebagai penstabil hormon dan penenang semulajadi bagi mengurangkan sakit dibahagian muka serta membantu membina protein dalam tubuh.

Vitamin C pula bersifat antioksidan yang unggul diman membantu meningkatkan antibodi dan daya tahan badan (imuniti ) bagi menghadapi serangan penyakit. Ia juga memastikan proses pemuliharaan  metabolisme dalam tubuh berfungsi dengan baik dan sempurna.

Jadi korang kalau sayang isteri korang,sayang suami korang..Cepat-cepat la dapatkan Set Resdung Shaklee ni ye.. Takkan la nak biar hidung korang melopong baru nak rawat..dah terlambat la masa tu..Bagi yang bujang..Manala tahu,dalam pagi-pagi dok bagus punya bersin tu,tiba2 ada orang datang nak merisik nak mengendap nak buat menantu..terus takjadi sebab terkejut korang bersin punya kuat..hahahaha.

Tunggu apa lagi tu ! cepat call saya,mesej pon takpe.. Konsultansi PERCUMA khas kepada korang yang menjadi customer saya sahaja.

Pn. Shamila bt. Ahmad
Id : 891480
No.tel : 012 4473904
Cod :Tanjong Malim,Slim River, Kalumpang dan kawasan sekitarnya.
Tempahan dari seluruh Malaysia juga diterima dandiuruskan melalui Pos Malaysia.








Sunday, 23 November 2014

Cara Kempiskan Perut Buncit Supaya Jadi Macam Shah Rukh Khan

Masalah perut buncit sering dialami oleh orang lelaki yang dah berkahwin. Betol kan? Jarang kita jumpa orang bujang perut buncit. Suami buncit tanda isteri rajin masak,sedap kan masakan isteri tu. Tapi korang jangan sonok sangat perut buncit..kalau takat buncit 3 4 bulan mengandung takpa jugak..Ini perut buncit mengalah orang ngandung 9 bulan..macamana tu ? Hihihi. Jangan bimbang..ada cara untuk kempiskan perut dan jadikan perut korang berketol2 macam Shah Rukh Khan. Ha...nak tau baca sampai habis..

TAK NAK ke badan macam ni ?

Tip untuk mengelakkan perut membuncitkan dirinya ialah :

# Jangan makan diselang selikan dengan air. Seeloknya minum sebelum makan dan selepas makan..**Ayah saya tak pernah makan bersulam air,minum pon sambil duduk..dan dia tak buncit.

# Banyakkan minum air suam,elakkan pengambilan air bergas. Kalau kurang air pon tak elok untuk penghadaman..usus tak sihat jd buncit la.** ayah saya tak minum ais.

# Lakukan senaman sekurangnya 3x seminggu. Lakukan aktiviti luar dengan anak2..misalnya berbasikal,berjongging.**ayah saya berkebun.

# Lakukan senaman 'push-up' dalam rumah kalau malas nak keluar.

# Sapukan campuran kapur sirih,air limau nipis,minyak kayu putih ke perut dan pakai bengkung.

# Bancuh air asam jawa dengan sedikit garam..embunkan (biar semalaman) ..minum keesokan paginya. Yang selebihnya simpan dlm petisejuk minum lain kali. **ayah saya amalkan. Sekarang umur 65 pon masih kuat.sihat. Alhamdulillah.

Okey..dah bagi petua kempiskan perut buncit..Tapi kalau korang malas nak buat semua tu,ada lagi 1 cara dia.. Amalkan Set Perut Buncit Shaklee . Ada Omega Guard untuk bakar lemak yang degil,dah melekat kejab kat perut, Lecithin untuk bakar lemak yang baru masok perut, dan Herbalax utk kosongkan usus. Kalau nak boleh tambah Alfalfa untuk buang kolestrol.

Walaupun perut buncit itu seksi, sebolehnya elakkan la jadi gitu. Takkan korang tak bangga bila orang tengok badan korang yang anak berderet ni masih tegap dan perkasa macam Shah Rukh Khan..macam  Aaron Aziz tu kan.. Wife korang mesti jeles la kalau orang pandang korang! Bangga k kalau suami menten macho!

Jadi,tunggu apa lagi.. cepat amik handphone tu telefon,mesej saya..

Pn. Shamila bt. Ahmad
Id : 891480
No.tel : 012 4473904
Cod : Tanjong Malim, Slim River,Kalumpang dan sekitarnya.
Tempahan dari seluruh Malaysia juga diterima. Pemghantaran melalui Pos Malaysia.(pos laju)

# saya akan berikan panduan pengambilan yg berkesan secara PERCUMA kepada pelanggan saya sahaja.

Sunday, 16 November 2014

Seksanya....sembelit ! Penyelesaiannya?!

Seksanya kalau kena sembelit kan? Tambah pulak kalau anak-anak kecil yang kena. Kesian tengok..meneran sampai menggeletar badan. Pergi tandas berulang kali tapi tak boleh berak. Sembelit ni kalau dibiarkan bahaya tau ! Najis tu dah terkumpul dalam usus jadi racun dalam tu,toksin.Perut pon mula mengeras..Selera makan pon hilang.

kesiannyeeeeee...tak bermaya !

Macamana saya tau semua tu ? Saya tau la sebab Afiqah mengalami sembelit dari kecil.. Afiqah ni dia kurang sangat minum air masak. Buah pon dia tak berapa suka makan,kalau makan pon main-main je. Jadi selalu jugak lah sembelit. Kesian tengok dia. Asyik baring je. Main pon taknak,makan pon taknak.muka pon jadi pucat je. Memang kesian...

Alaaahhhh.... sembelit,masok ubat bontot tu okey la..selesai masalah.. Haaa...Korang jangan tak tahu,ubat bontot tu kalau guna kerap2 bahaya tau! Silap hari bulan terkeluar dubur tu..terpaksa plak pergi potong..Lagi la banyak masalah. Bukan rekaan ye ! anak jiran saya sendiri yang kena ni.

Jadi apa saya buat ?

Saya paksa dia makan buah,minum air..tetap tak berhasil.. last saya bagi dia mealshakes.. Lepas seminggu memang nampak perubahan dia. jadi semakin ceria,selera makan pon bertambah,dan lepas tu dah tak sembelit lagi.

Kenapa ambil mealshakes ,sembelit hilang ?

Sebabnya..senang.. mealshakes ni kaya dengan serat larut yang membantu proses pembuangan. Selain itu,mealshakes juga mengandungi 24 jenis vitamin,mineral dan kaya protein. segala nutrisi yang terdapat dalam mealshakes sangat mudah diserap oleh sistem tubuh untuk kegunaan harian.Jangan risau, mealshakes ni diperbuat daripada bahan semulajadi je seperti buah-buahan,sayuran,kacang soya,lactalbumin (sejenis susu) dan lain-lain.

Jadi.jika korang ada anak yang kerap mengalami sembelit tu,cepat-cepat lah order mealshakes ni..takkan nak tunggu sampai anak nak kena tahan wad baru nak cari penawar kan? Kesian anak..
Tapi, Awas! anak yang berusia 1 tahun kebawah tak elok juga ambil mealshakes ni.. Jangan risau,saya akan beri tunjuk ajar secara percuma kepada korang yang mejadi pelanggan saya.

Hubungi saya :
Pn. Shamila bt. Ahmad
Id : 891480
No.Tel : 012 4473904
Cod : Tanjung Malim,Slim River, Kalumpang dan kawasan sekitarnya.
Menerima tempahan dari seluruh Malaysia juga..penghantaran melalui Pos Malaysia.

Probiotik untuk Usus

Apa itu probiotik ? probiotik tu ialah bakteria baik yang tinggal dalam usus kita.. Penting untuk kita menjaga usus kerana ia memberi kesan kepada kekuatan sistem pertahanan tubuh kita. Probiotik diperlukan bagi mengekalkan kesihatan dan menyokong fungsi pencernaan serta mengurangkan kehadiran organisma berbahaya. Pengguanan probiotik terbukti mampu mencegah dan merawat penyakit. Kebiasaannya bakteria Probiotik yang digunakan dalm industri makanan dikenali sebagai lactic acid bakteria.



Antara fungsi probiotik :
  • mengelak masalah radang usus dikalangan dewasa dan kanak-kanak yang mengalami masalah gangguan penghadaman seperti intoleransi laktosa,sembelit,cirit-birit dan kembung perut.
  • meransang dan mengekalkan pertumbuhan bakteria baik dalam saluran usus.
  • mengurangkan pengeluaran toksin dalam badan.
  • membantu mengekalkan imuniti tubuh bagi mengurangkan risiko terkena jangkitan penyakit.
Tips Kekal sihat.

Sistem pertahanan tubuh membuatkan kita mudah jatuh sakit terutamanya kanak-kanak.Jadi,pastikan kita mengambil sumber probiotik yang sihat bagi menolong menguatkan sistem imunisasi badan bagi melawan alahan,tekanan dan penyakit lain.  Contoh yang paling senang... minumlah Yakult sehari sebotol..atau.. minumlah Mealshakes kerana Mealshakes juga membantu menjaga sistem penghadaman kita. Selain itu,mealshakes juga menyediakan pelbagai jenis mineral,vitamin,serat dan lain- lain.


Sistem penghadaman sihat,tubuh badan pon sihat,kita pon ceria...!

Saturday, 15 November 2014

Cara Sihat Nikmati Coklat

Coklat ! sebut saja coklat mesti ramai yang dah menelan air liur,betol tak? hihi.Coklat boleh membawa penyakit jika diambil dengan kadar yang berlebihan. Ye betul tu ! bukan mitos ye.. Tetapi coklat juga mempunyai kebaikannya dimana membantu mengurangkan tekanan darah,melindungi jantung dan otak serta mengawal keinginan kita untuk mengambil makanan manis dan masin. Korang yang suka makan coklat mesti suka bila dengar kebaikan coklat tadi kan ?


aneka coklat...

Dalam entri kali ni saya nak berkongsi dengan korang cara untuk menikmati coklat dengan sihat.

emmmm...yummyyy

# Kisar ke dalam SMOOTHIE

  • tambahkan cip coklat atau beberapa ketul coklat gelap kedalam smoothie.
  • boleh juga tambahkan serbuk koko tanpa gula untuk manfaat kesihatan kita.
  • jadikan smoothie sebagai hidangan sampingan.
# Tambah kedalam BIJIRIN
  • cincang 2 ketul kecil coklat hitam dan campurkan bersama kedalam oat panas.
  • taburkan parutan coklat dengan strawberi atau pisang yang dipotong halus kedalam bijirin sejuk.
  • kaedah ini membantu mengurangkan tahap darah 'ghrelin' yang dipanggil hormon kelaparan. maknanya boleh bantu kurangkan berat badan la kan.. hihihi
sedapnyaaa

# CAMPURKANNYA
  • cairkan  sedikit coklat gelap dengan ai panas(bukan didihkan) dan campurkan sedikit rempah seperti kayu manis serta gaulkannya dengan buah-buahan segar yang dipotong kecil.
  • buah pilihan.. buah zaiton,strawberi,pisang,asparagus,tomato,bawang putih hitam.
# Gaul dalam MENTEGA KACANG
  • gaulkan mentega kacang bersama coklat gelap yang dicincang halus atau diparut,gula tanpa pengawet,buah-buahan kering dan rempah ratus seperti halia yang diparut.
  • lumurkan gabungan bahan tadi keatas buah-buahan segar.
#  Tambah DALAM HIDANGAN
  • gabungkan coklat kedalam makanan tengahari atau makan malam.
  • contohnya,tambah kedalam sambal tumis.. jadinya.. sambal tumis coklat.. hihihi.
Okey..itu lah beberapa cara yang dapat kita praktikkan untuk menikmati coklat. Sesiapa ada cadangan lain boleh kongsi di ruang komen. Selamat mencuba !

P/s : gunakan serbuk koko mentah atau tulen kerana koko proses telah melalui proses kimia yang mengurangkan kandungan antioksidan koko.



Monday, 10 November 2014

Serawa Nangka Bersagu

Serawa atau setengah orang panggil manisan.Ada juga yang panggil bubur nangka.. Di kampung saya..serawa lebih kepada yg isinya buah. Ada yg buat serawa pisang masam. Sedap dimakan ketika suam-suam. Saya suka makan dengan pulut.

Bahan serawa :
- Isi buah nangka (didadukan)
- Sagu
- Santan
- Gula merah
- sesudu kecil garam
- Daun pandan

Bahan pulut :
- Beras pulut
- Garam
- Air utk masak

Cara memasak :
1. Masakkan air,santan bersama gula merah sehingga mendidih.
2. Masukkan isi buah nangka . Tunggu mendidih .
3. Masukkan sagu yang telah dibasuh dan ditoskan.
4. Biarkan mendidih dan tambahkan garam.
5. Biarkan mendidih selama 5 -10 minit sehingga sagu dan nangka masak.

Cara masak pulut :
1. Panaskan air dalam periuk pengukus.
2. Basuh beras pulut,toskan. Masukkam kedalam bekas utk dikukus.
3. Tambahkan air dan garam kedalam pulut. Masak sehingga pulut menjadi lembut.

Siap !

Akhir sekali, ambil mangkuk..isi le serawa dengan pulut..pastu.. makan le !

Sunday, 9 November 2014

Testimoni Omega Guard

Omega Guard adalah minyak ikan terbaik yang mengandungi 7 asid lemak omega-3 iaitu EPA,DHA,ALA dan lain-lain. Omega Guard juga menyediakan 990mg Asid Lemak omega-3 dalam satu hidangan. Ramai pengamalnya berpuas hati dan kami mempunyai bukti. Antaranya testimoni dimana pengguna Omega Guard berjaya mengatasi masalah asthma,ekzema,selsema dan menurunkan berat  badan.

Berikut adalah beberapa testimoni dari pengguna Omega Guard yang berjaya:


masalah elergik

masalah ekzema

masalah selsema dan batok

masalah asthma


Korang yang mengalami masalah dan nak merasai perbezaan dengan Omega Guard boleh hubungi saya. Bukan takat untuk masalah kesihatan je..malah Omega Guard sangat baik untuk otak dan jantung kita ye. Boleh digunakan oleh seisi keluarga mengikut dos yang tertentu.Ibu mengandung dan menyusu juga boleh ambil untuk kebaikan bersama bayi. Yang ni korang kenalah contact saya. Konsultansi saya adalah percuma hanya kepada pelanggan saya saja. Jom kita borong bulan ni, November 2014..dengan harga yang sangat berbaloi..beli 2 denganlebih penjimatan sehingga 5%.

Hubungi saya jika korang nak cepat sembuh dari asthma,selsema dan batuk berkahak,nak kulit cantik,nak otak sentiasa cerdas dan fokus ,nak jantung sihat dan nak baik dari diabetes dan macam2 lagi lah.. okey..jangan malu jangan segan.. hubungi saya k..

Pn. Shamila bt. Ahmad
Id : 891480
No.Tel : 012 4473904
Cod : Tanjong Malim, Slim River, Kalumpang dan sekitarnya.
Tempahan dari seluruh Malaysia juga diterima dan akan diuruskan dengan Pos Malaysia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...