WANITA DAN KECANTKAN

WANITA DAN KECANTKAN
Wanita dan kecantikan tidak dapat dipisahkan. KLIK gambar

Thursday 6 February 2014

Pekan Tanjung Malim Akan Meriah 2018

As salam dan salam sejahtera semua pembaca blog saya. Ada terbaca dalam akhbar yang Proton akan beroperasi sepenuhnya di Tanjung Malim bermula 2018.
Sekiranya menjadi kenyataan, bertampah pesat dan melambung la harga rumah dan tanah kat sini. Kos sara hidup pun akan sama dengan Bandar Shah Alam. Di sini pun kita ada Universiti Pendidikan Sultan Idris yang baru sahaja siap di Proton City. Beberapa lot kedai pun dah mula nampak dibangunkan di hadapan UPSI Proton City.

Dengan perpindahan ini diharap penduduk di sini akan dapat mendapat manfaat yang besar. Cuma prasarana sahaja yang belum sedia sekiranya pekerja-pekerja yang terlibat secara langsung dengan Proton akan berpindah ke sini umpamanya sekolah-sekolah dan kemudahan asas yang lain seperti pasaraya dan pasar yang menjual barang harian kering dan basah.
Di sini juga ingin dimaklumkan, saya merupakan pengedar sah Shaklee bagi kawasan Tanjung Malim, Slim River, Kalumpang, Behrang, Ulu Bernam dan kawasan sekitarnya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...