WANITA DAN KECANTKAN

WANITA DAN KECANTKAN
Wanita dan kecantikan tidak dapat dipisahkan. KLIK gambar

Saturday 14 December 2013

OMEGA GUARD SHAKLEE.

Assalamualaikum semua..
Jom pakat2 beli minyak ikan Omega guard shaklee ni. Berbaloi kalau beli..sebotol tahan 3 bulan.

Kenapa plak nak kena pilih shaklee kan? Kan banyak g minyak ikan lain.. macam saya kata la.. ianya minyak ikan TERRRBAIKK !! Terdiri daripada 7 asid lemak omega 3 semulajadi iaitu EPA  (Eicosa Pentaenoic Acid), DHA ( Docosa Hexaenoic Acid), ALA dan macam2 g lah.

Omega guard shaklee 50% lebih pekat berbanding jenama2 lain. Ianya juga telah melalui proses penyulingan proprietari 3 molekul utk menghilangkan pencemaran dlm ikan.

Minyak ikan jenama lain kebanyakannya diperbust drpda hati ikan.. Sungguh tidak bagus..ye la..hati kan tempat berkumpulnya segala toksin..jadi. .sebab tu la korang kena ..wajib ..mesti.. pilih jenama shaklee ni.

Korang pernah tak rasa cepat letih & penat. .cepat lupa. .senang demam, pening..kulit korang kering..bersisik..rambut gugur banyak..ha...biaq la lama2..kang botak baru tau!.. hehehe.  Semua yg korang rasa tu sebab badan korang kurang omega 3 la.Ada lagi tanda dia..ni ha...hambik korang  baca ni..untuk kesihatan dan pengetahuan korang jugak kan.Kurang omega 3 boleh membawa kpda masalah jantung, masalah kesuburan, masalah peredaran darah yg tak lancar dan ekzema.

Jadi..kalau korang nak rasa kebaikan omega guard shaklee ni..boleh la hubungi saya memandang kan saya ni pengedar sah shaklee di kawasan Tanjung Malim. Ni no tepon saya..0124473904.  Sapa beli ngan saya dapat konsultansi percuma seumur hidup..hanya untuk pelanggan saya je tau..orang lain tak dapat..hehe. Siap dapat hadiah free g..ha.. tak caya try le beli ngan saya.

Tuesday 26 November 2013

GLA Complex Shaklee

Hai semua.. entri kali ni saya nak sembang2 pasal GLA Complex Shaklee pulak..GLA ni boleh diambil oleh lalaki dan wanita k..

Apa tu GLA ? Bagus sangat ke? Memang la bagussss.. hehe.  GLA diformulasikan daripada minyak borage yg mengandungi asid gamma lenolenik (gla), asid lenolenik (la),biji bunga matahari dan vitamin E.

Antara kebaikan GLA Complex ni ialah..
mengawal dan mengatur kitaran haid
♡ meningkatkan kesuburan
♥ mengurangkan simtom pra haid (pms)
♡ membantu menangani menopous
♥ menjadikan kulit sihat berseri - seri
♡ Awet muda~ melambatkan penuaan
♥ mengurangkan simtom artritis     reumatoid
♡ menguatkan kuku dan akar rambut
♥ menguatkan dinding arteri
♡ menangani ekzema
♥ meningkatkan imunisasi tubuh
♡ mengawal darah tinggi dan kencing manis
♥ mengawal dan mengurangkan kolestrol
♡ mengelakkan blood cod ~ serangan jantung
♥ untuk saraf

GLA kerap diambil bagi golongan wanita untuk ikhtiar hamil..Ramai yang berjaya dengan izin Allah s.w.t.. Sekiranya korang beli dari saya..korang akan mendapat konsultansi percuma dari saya seumur hidup k..saya juga akan membantu anda dari segi pengambilan GLA bg yg berikhtiar utk hamil.Ada hadiah percuma jugak..boleh pilih lagi.. hehe. Hanya untuk customer saya je..

Seperti biasa..untuk info yg selanjutnya boleh hubungi saya.. ★★ SHAMILA AHMAD... SMS/WHATSAPP : 0124473904 ★★ID NO: 891480.. COD di kawasan Tanjung Malim dan kawasan sekitarnya.

Wednesday 20 November 2013

Set Gout Shaklee

Hai...
Kali ni saya nk share pasai set gout dengan u oll. Dengan testimoni dari en.hubby sendiri tau!★ sebab tu saya ble jadi pengedar sah shaklee..bole dikatakan banyak jugalah famili saya cuba produk ni.★
En.hubby sebelum ni mengalami simtom gout dan asid urik ngan kolestrol yg tinggi..mungkin ada yg tak tahu antara simtom gout ialah sakit tumit kaki bila bangun dari tidur..jari tangan terasa ketat..berjalan pon rasa tak sedap je kat sendi.. Lepas amik set ni..Alhamdulillah..semua tanda2 tu dah hilang..badan pon dah makin segar dan cergas..bangun pagi pon ringan je rasa badan..
Dalam set ni ada Performance drink..ha..fungsinya..untuk mengawal kandungan air dan gula dlm badan supaya tidak mengalami dehidrasi. Disamping tu, rasa dia pon sedap tau..orennn..kalau bulan puasa amik ni memang besss..badan tak rasa letih sampai ke petang.sangat sesuai diambil oleh orang yg kuat bersukan. canister boleh tahan 2 bulan.
Ada juga omega guard..tugas dia dalam set ini untuk mengawal inflimasi sendi.ianya sangat penting supaya sendi tidak bengkak.omega ni pon boleh membakar lemak yg degil tu..sekaligus sangatlahhh bagus utk perkembangan minda.banyak lagi la kebaikan dia..
Alfalfa pula berperanan menyingkirkan toksin dan menurunkan paras asid urik secara lembut dari badan.Alfalfa ni formula special lah kiranya dari shaklee..orang lain takda benda ni..hehehe.  Alfalfa ni 1001 kebaikannya..tapi..taknak gitau sini..nanti saya crita dlm entri lain ye..
Tu lah aje.. jadi korang kalau rasa nak buat tempahan ke nak jadi membership shaklee ke...boleh contact saya.. SHAMILA AHMAD mesej..wasap.. atau tepon ..0124473904. .Saya juga buat COD di kawasan Tanjung Malim dan kawasan sekitarnya.

Friday 15 November 2013

Ostematrix Shaklee bukan sekadar Kalsium.

Hai u ollzzz....

Hari ni saya nak crita kt korang pasai ostematrix dari shaklee ni.. ostematrix ni nama manja dia...oste. hehehehe. Apa tu oste ?! Oste ni sebenarnya kalsium dalam bentuk tablet..selalu dengar kalsium je mesti kita ter bayangkan susu...betul tak?

Ostematrix ni yang bagusnya..bukan tablet kalsium semata - mata tau.. Terdapat juga tambahan lain dalam formulasinya seperti mangan,magnesium, zink, vitamin D dan juga tembaga.. Haaa..hebatkan?!

Antara kebaikan oste ni..dapat mengurangkan simtom bengkak air, kembung, baran !..ye betol baran.. ada kajian menunjukkan kalau bafan kita kurang kalsium..kita akan jadi cepat marah. Selain tu..ia juga dapat mengurangkan masalah2 seperti migrain, senggugut, lenguh2 badan, gastrik disamping menguatkan tulang.. baguskan ? Telan pil tu je macam2 sakit boleh kurang..hehehe.

Ianya juga sangat sesuai diambil oleh orang2 yang tak minum susu..ibu2 yang mengandung, ibu yang menyusu. Sesuai juga bagi yg sedang menjalani fisioterapi.. Dapat membantu pengecutan otot dan saraf serta menolong badan kita mengekalkan tekanan darah yang normal.

Mengikut pengalaman saya sendiri..bila nak tidur lenguh2 badan..maklumlah anak kecik, , dengan kerja rumah lagi..menyusukan anak lagi..memang terasa lah letihnya tu..pantang nampak bantal je nak terlelap..tapi bila ambil oste ni, bangun pagi je hilang semua sakit badan tu..hilang stress..badan pon rasa ringan je..susu pon meriah dan pekat.
Alhamdulillah..rezeki anak.

Jadi..korang kalau nak rasa macam yang saya rasa..boleh contact saya..012
4473904.. Pn.Shamila bt.Ahmad..harga nya memang berbaloi dengan kesannya.

Jom serbu VIVIX SHAKLEE !!

Assalamualaikum ..salam sejahtera. 
Apa khabaq semua.. ? Diharapkan kawan2 kt alam maya ni sihat2 belaka..aminn..

Kalau tak sihat..meh cari saya dan shaklee.hehe..u ollzz. ..bulan ni promosi vivix tau..time ni lah ! Bulan ni lah ! Ini lah masanya..Korang dapat beli vivix ni dengan harga yg berbaloi - baloi...bukan senang tau nk dapat harga murah macam bulan ni..tinggal bopa hari je lagi ni..cepat2 contact saya kalau nak beli ye.

Apa bendanya vivix ni ye?Apa yang bagusnya vivix ni?!.  Vivix ni dia pati ..jus..buah anggur..bukan calang2 anggur tau..anggur muscadine.anggur ni ada 20 pasang kromosom berbanding anggur biasa yg hanya ada 19 kromosom. Hebat betul ciptaan Allah s.w.t. ni..buah anggur ni sebesar bola golf..dengar cita..harga dia rm100 sebiji dekat isetan KLCC. Kalau tak percaya korang pergi la tengok sendiri. Hehe.

Vivik ni telah terbukti kebaikannya dalam menyembuhkan..merencatkan penyakit2 kronik. Antaranya..ia dapat merencatkan pertumbuhan sel2 kanser, penyakit jantung , strok , diabetes ..macam2 la.. kalau korang tak nak percaya terpulang la..ini salah satu ikhtiar kita sebagai manusia untuk sembuhkan penyakit..yang menyembuhkan tetap Allah s.w.t.

Sesiapa yang mengamalkan vivix ni tak makan tua tau ..awet muda gitu..kalau muka berkedut boleh jadi tegang..bukan muka je...yg lain pon lah..★aipp.. jgan pikiaq bukan2 ye★ Selain tu..ia juga dapat mengurangkan gejala2 arthritis dengan menjaga sendi2 kita. .gout..Terbukti dapat mengurang simtom2 nyanyok.menajamkan penglihatan..menguatkan daya ketahanan badan..sistem imunisasi kita la kan

Banyak testimoni yang sangat mengejutkan dari customer yg mengamalkan vivix ni.. ada yang cakap mak dia dh berbulan - bulan terlantar atas katil..tak boleh gerak..bila bagi mnum vivix ni..seminggu je dah boleh bangun dari katil..sebulan minum dah boleh berjalan semula.. Alhamdulillah. Hasil beginilah yg kita harapkan bila kita beli sesuatu yg mahal kan.

Sempena promosi bulan ni..saya ngan en.hubby pon tak lepaskan peluang untuk dapatkan vivix ni.korang tunggu apa lagi.. cepat2 la PM saya.. ingat.. prevention is better than cure.

Monday 11 November 2013

Love...shaklee

Assalamualaikum ... salam sejahtera..

Saya rasa semua yg menjengah ke blog saya ni tahu yg saya ni pengedar sah shaklee kannn? Tapi saya tak pernah buat entri mengenai produk Shaklee ni secara bersahaja dan santai.cuma ada beberapa "iklan" je kt laman ni.korang nak tau tak kenapa?

Sebabnya...saya nak le kenal dulu dengan si Shaklee ni..hehe.dah kenal baru boleh jual..Tak gitu? Saya dah rasa sendiri produk ni.. Memang TERR....BAIK.

Shaklee ni memang ternyata bagus dan berkesan..lagi pulak ianya dihasilkan dengan bahan2 semulajadi sahaja.. BUKAN BAHAN KIMIA DAN SINTETIK macam sesetengah jenama lain di dalam pasaran. Ianya juga ada sijil HALAL tau.. diluluskan oleh Jakim dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Selain tu..harga barang2 dia juga sangat2 lah berpatutan dan mampu milik.. Kebanyakannya sebotol boleh bertahan 3 ke 4 bulan. ★ha!! Jangan terkejut pulak★

Kalau korang nak tahu lagi.. Shaklee ni macam2 pakej ada.korang sebut je.. Ins shaa Allah.. tapi jangan cari pakej pelancongan ke honeymoon plak.. Haa.. yang tu tak da ye.

Korang2 yang nak cantikkk.kulit gebuss..licin..berseri -seri..nak kurus..nak gemok.Ehhh! Ada ke orang nk gemok? Hehe. Lagi..ikhtiar utk sembuhkan buasir..gastrik..kencing manis.. nak lebatkan rambut.. nak botak..oppss.. hehe..★jangan maraaa aaa★

Ada jugak set vitamin utk ibu2 hamil..yang nak hamil..utk banyakkan susu.♥bagi ibu yang nyusu lahhhh♥utk anak2..utk sakit sendi.senggugut.batok kering.batok basah.demam selsema..mari beli obat ini..gerenti..puad hati.★ehh... melalut pulak..lagu p.ramlee..hehehe.★pendek kata macam2 lagi lah.. bukan astro je macam2 ada..Shaklee pon sama tau !

Okey lah.. kalau u ollzz  nak tau yang selanjutnya..boleh le cari saya.. PM saya k... komen kt blog pon bolehh.. hehehehe.  Saya COD barang kat kawasan Tanjung Malim dan kawasan sekitarnya aje. Kalau jauh penghantaran boleh di atur..selalunya guna pos laju lah.. K lah.takat ni je..nanti saya crita lagi ye pasai my lovely shaklee ni..

Monday 30 September 2013

Ooohhh !! Jatuh cinta lagi...

Sejak dalam tempoh berpantang ni...saya dah jatuh cinta dengannnnnn... biskut 4 segi Hup Seng cap pingpong.. hehe.. Nasib la kan,dah yang lain tak boleh makan..nak tak nak kenalah telan jugak. Selama sebulan pantang,dah 4 tin biskut tu saya makan.kena plak berpantang kat rumah sendiri.tak da sapa yang boleh tolong belikan kuih ke pe..mertua saya datang tunggu pon dia tak boleh bawa kereta. Jadinya..tunggu hujung minggu je la,masa en.hubby cuti dia pergi pasar belikan bekalan makanan untuk seminggu.huhuhu..

Pagi2 mertua saya buat sarapan untuk dia ngan afiqah je..tapi yang pastinya..saya tak boleh makan la..Susah plak berpantang kali ni..Terus terang cakap,saya tak tau cane nk pantang lepas operation..dulu normal biasa je pantang..kali ni semuanya saya tak brani nak makan..ye la..luka kat dalam kan banyak. Oleh kerana dah tak tau nak makan pe...pagi,petang,siang,malam asyik makan biskut 4 segi hup seng tu..hmmmk.. sedihnya la.. kiranya..dah jadi best friend la ngan biskut tu.. hehehe. La ni lagi kerap la jumpa dengan biskut hup seng  tu,mertua saya dah balik kampung..pantang sendiri la..nak masak pon kelam kabut je..gamak tak sempat siap,perut dah nyanyi lagu hindustan..telan la biskut 4 segi tu dulu.. hehe..

★tima kasehhh la biskut oiii...★

Thursday 26 September 2013

Fuyooo !! Adib dan Afiqah jadi model !!

Assalamualaikum semua...salam 1 Malaysia...

Tentu korang tak percaya kan? Ye la..Adib ngan Afiqah jadi model.. Ehhhh.... Betul ni..!!  Bukan cobaan tau.. BETUL2 ni... diorang jadi model minyak wangi kasturi ayah diorang.. hehehe.. Yang ni je model yang boleh berkhidmat free dan dengan segera apabila khidmat diperlukan.. hehehe.# jangan marah korang ye..#

Sambil2 tulis blog,sambil2 promot minyak wangi kasturi..bagus tau minyak wangi ni..tahan lama..murah plak tu..minyak kasturi ni jugak sunnah Rasulullah tau.ia juga telah di bacakan ayat2 ruqyah..Sesuai digunakan oleh semua lapisan umur..untuk baby boleh jugak di buat minyak celak. Untuk orang dewasa boleh di gunakan sebagai penenang fikiran..penaik seri..penghindar sihir dan macam2 lagi lah..

Terdapat 6 jenis bauan kasturi.. Kasturi zafran,kasturi susu,kasturi merah,kasturi putih,kasturi hitam,kasturi kijang dan yang terbaru kasturi gaharu.. semuanya di jual dengan harga rm10 je sebotol..kalau beli 5 dapat percuma 1.. bagi kasturi gaharu plak harga dia mahal sikit.. rm25 sebotol. Saiz botol ada la sebesar ibu jari lelaki dewasa.. hehehe.. 

Okey..berbalik kepada budak berdua tu jadi model ye.. bukan main seronok lagi diorang nak jadi model..posing habis comelllll la.. Adib senang sikit nak suruh senyum ke pe..Afiqah susah sebab diakan tak suka bergambar..tapi beriya nak jadi model..nak senyum pon susah de...malu dia kata. Hehehe.. # malu la sangat # Afiqah tak malu bila posing ngan abang dia je..bila main note ibu..bukan main lagi bergaya time abang dia nak amik gambar dia..tapi sorok2 la tak nak bagi ibu nampak. Hhmmm...macam2 kerenah diorang ni.. tapi takpa..asalkan anak2 seronok sudah kan.. bahagia tengok diorang gumbira...hehehe.

###kalau nak tempah minyak wangi boleh je...jangan malu2,jangan segan2...###

Wednesday 25 September 2013

Kesiannnn Adib...

Hai u oolllzzz... kesian kan kalau tengok budak berbalut,berbungkus kaki tangan..selama ni tengok anak orang je,kali ni anak sendiri.

Kesian Adib..hari jumaat lepas dia jatuh gelongsor masa main kat taman permainan depan rumah.lengan dia terseliuh..bengkak sampai hari ni.dh 3 hari dia tak pergi sekolah.Masa dia jatuh tu..tiba2 je dengar suara dia nangis..kuat plak tu..slalunya kalau main..dia jatuh ke pe nangis2 manja je.terkejut jugak saya ngan tok dia.

Ye la..dia pergi main kat taman tu tak ada orang tengokkan.tok nya cuma tengok dari jauh je.Harapkan kengkawan saya yang ada kat taman je tolong tengokkan sambil2 tengokkan anak diorang.

Bila dia nangis tu..toknya tengok dia dh terduduk sebelah gelongsor tu.panggil dia balik..sambil lari balik tu dia meraung.." maktok...! Tangan abang dah patah..! Tangan abang dah patah..! Dah tak leh gerak..! " katanya..kita yang dengar ni pon kelam kabut je.ye la..tak pernah tengok dia nangis sampai camtu skali. Menggeletar badan dia menahan sakit..Kesian tengok.

En.hubby bawa g klinik..doktor x-ray tgok kot2 tulang patah ke retak ke..Alhamdulillah tak.. cuma doktor cakap urat masuk angin..bawa p jumpa tukang urut..orang pon tak sampai hati nak urut..mana taknya..baru pegang dah meraung..las2 makcik urut tu buatkan penawar je la..skarang ni berbalut lah lengan Adib.guna daun pe ntah..

Harap Adib cepat sembuh..minggu depan dah kena ke sekolah..dah nak exam. Haihhh...! Risaunye la..

Puteraku... Muhammad Alif Najmi

Assalamualaikum.. salam sejahtera..

Entri kali ni hanya untik memperkenalkan putera baru saya.. Muhammad Alif Najmi B. Nor Hafizan.. dah 24 hari pon hari ni usia si manja ni..  Di lahirkan pada tanggal 1 September 2013..hari ahad..lebih kurang pada pukul 3 petang secara pembedahan..Hhmm..

Alhamdulillah ..sekarang Alif dah sihat..minggu pertama dan ke 2..Alif ada kena jaundis sikit. Yang kesiannya hari2 kena pergi klinik cucuk untuk tes darah. Bila nurse panggil je..kita pon berdebar sama..walaupon kita tak tengok diorang cucuk anak kita tu.. Bila dengar tangisan bayi je.lagi la..sayu je rasa.walaupon tangisan anak orang lain..ye la kan .baby bukan nye tau ape2 lagi.tengah sedap tidor,tiba2 nurse cucuk nangis la dia.Tapi bila nurse dh selesai.bedung semula.diorang pon diam balik...Hmm.. kuasa Allah..

Kelebihan bila ada baby ni..walaupon ibu letih sangat,tapi bila tengok muka Alif..wajah yang tenang,suci dari dosa,wajah penghuni syurga la katakan..hilang semua rasa letih ibu.senang sangat hati bila tengok dia tidor..Adib dengan Afiqah pon tak ganggu adik yang tidor.boleh le ibu rehat sekejap.Terima kasih Ya Allah kerana memberikan  3 permata hati ini kepadaku untuk jadi peneman dan penghibur hatiku dikala suka dan duka.. Semoga anak2 ibu membesar dan menjadi anak yang soleh dan solehah..berjasa kepada ibuayah,agama dan negara.. Aminn..

Tuesday 24 September 2013

Setelah 5 bulan..!!

Assalamualaikum..
Salam sejahtera..
Apa khabar kawan - kawan.. dah 5 bulan saya mendiamkan diri..kini saya kembali.
Rindu nak menulis tapi keadaan kesihatan kurang mengizinkan..menjadikan mood untuk menulis pudar.. Banyak cerita yang nak dikongsikan,cuma tunggu masa yang sesuai je untuk di luahkan. Harap ada lah kawan2 yang sudi membaca blog saya lagi stelah sekian lama saya menyepikan diri.. huhu. Sekali lagi saya mohon maaf sekiranya ada yang tertunggu - tunggu entri dari saya..(perasan habisss..macam la diri ni popular...hahahaha.) ntah2 tak ada yang perasan pon saya tak ada kat sini.. huhu..sedihnya...tapi takpa..apa yang penting?!  Saya dapat menulis semula.. Yyeeaa!!!

Sebelum ni pon en.hubby ada bagi galakan untuk menulis..tapi memang saya tak ada mood langsung..Asal buka laptop je, buka note je..(ceewahhh ! Dah ada note..) otomatik jadi pening..kalau lama sikit..siap memusing lagi kepala ni ha..jadi..saya pon jadi malas nak tengok lagi..kalau buka pon hanya untuk seketika...beberapa minit je...hendap- hendap tulisan kawan - kawan.. cari resepi yang boleh buka selera makan saya.. dan cek facebook ngan page saya kot2 ada customer yang nak order atau tanya tentang produk shaklee..

Selama saya dalam keadaan 'tak ada mood' tu..en.hubby la yang tolong promot kan iklan2 shaklee saya kat facebook tu..tima kasihhh banyak kepada en.hubby.. ni yang saya cayangggg sangat kt dia ni.. hehehe.. sapaa tak sayanggg suamiii kan..?

Sekarang saya masih lagi berpantang untuk anak ke 3 saya..dah selamat pon lahir  pada tangal 1 september 2013.
Namanya.....Muhammad Alif Najmi..boy... Dalam tempoh berpantang ni banyak perkara yang jadi.. Afiqah demam panas 4 hari..Adib terjatuh kt taman permainan..tangan dia terseliuh,bengkak..Alif kena jaundis.. Hhmmm..dugaan.. hanya yang mampu saya dan en.hubby lakukan.. bersabar dan berdoa agar semuanya pulih dan kembali seperti biasa.harap di permudahkan segala urusan. Aminnn..

InsyaAllah.. lepas ni..korang dapat le tengok semula entri2 saya yang merapu meraban  kat dalam ni.. okey lah ye.. takat ni je entri kali ni..hanya untuk panaskan kembali jari jemari ni je... byeeeeee

Thursday 4 April 2013

Laman Facebook tempat MAKI HAMUN ??

Assalamualaikum..salam sejahtera...

Apa pendapat korang bila keluar kat facebook korang ada status yang kurang manis..kurang enak..kurang gemar..segala yang kurang la..? bagi saya ianya sangat memalukan..Sedih juga bila baca..ye la..maki hamun dalam tu..macam takada agama je..

Lebih teruk lagi..budak sekolah..remaja..yang buat perangai macam tu..Bila tengok gambar muka cantik molek..skali bila komen status orang..segala jenis keluar..maki luar dalam..bukankah benda tu menjatuhkan air muka dia sendiri..juga kawan yang dikomen nya tu...

Apa nak jadi dengan budak zaman sekarang..makin moden..makin lupa diri..makin tak ada adab..makin tak tahu malu.. Terang-terangan menulis di ruangan komen dengan perkataan yang tentu2 mengaibkan..Saya pun tak tahu apa yang diorang fikirkan..Mana perginya rasa hormat..adab..tatasusila kita sebagai orang melayu..orang islam...

Mungkin bila ada yang baca luahan saya ni..ada yang berkata.."ko peduli apa?..tu hak diorang..".."tu bukan anak ko pon..".."lantak diorang lah." dan macam2 lagi..tapi..tidakkah korang semua terfikir bagaimana nasib negara kita di masa hadapan..Memang diorang takda kaitan ngan saya..tapi..kita sesama islam perlu berfikir kenapa benda macam ni boleh berlaku.. Sangat menyedihkan..Sangat merisaukan.. Sangat memalukan..

Di harap..adik2 yang suka ber'facebook'.. fikirlah dulu sebelum menulis status atau komen..jangan lah menulis ikutkan hati..fikir lah perasaan ibu ayah kamu bila baca apa yang kamu tulis tu.. blajar lah hormatkan diri sendiri..baru lah orang lain akan hormat kita.

Fikirkan dulu apa natijahnya bila kita menyakitkan hati orang didalam facebook tu..Semua kawan2 kamu boleh baca dan secara tak langsung membongkar..menunjukkan siapa diri kita yang sebenar..Kamu sendiri yang rugi..

** bila jadi macam ni..siapa yang harus dipersalahkan...??? **

Monday 25 March 2013

Afiqah dapat basikal baru...

Assalamualaikum...Selamat sejahtera...

punya seronok kayuh basikal..malamnk bawa masuk rumah.
Afiqah dah dapat basikal baru...sebelum ni ada basikal..tapi semua dah lama..bekas abang dia punya..Ye la dah adik kan..mesti lah kena guna abang atau kakak punya..kena pulak benda yang masih elok. Kira semualah dia guna Adib punya..baby walker,buai,kereta kecik(yang boleh naik tu),stroller..basikal..kasut.. hehehehe.

Tapi kali ni..en.hubby belikan afiqah basikal baru..warna biru..Tu pun sebab basikal yang dia guna sebelum ni dah rosak..dah tak larat nak baiki..tayar dah herot petot..rantai dah karat..letak minyak pun dah tak dapat nak di selamatkan dah..Sonok la..ye la..dapat yang baru kan..ciwi habis..laju la dia kayuh..hehehehe.

bye..afiqah nak p skolah..
Afiqah cakap dia nak pergi sekolah naik basikal dia..huhu..Adib pon kalut je nak jugak basikal baru..padahal basikal dia baru je bali tahun lepas..Tapi..takpe..ayah bagi jugak yang baru kat Adib..Loceng basikal baru!!!..Hahahaha..kawan2 dia semua ada loceng kat basikal,dia je yang tak ada..Jadi..dapat la loceng..Baru jugak kan?  Bila tengok anak seronok,ceria...kita jadi dua kali seronok..dua kali ceria..tak gitu?..Lepas ni..basikal tu turun kat adik dia plak...InsyaAllah..

**lepas lumba ngan abang dia plak...jenuh ibu nak ligan **

Wednesday 20 March 2013

Ulang Tahun ke-7...?! macam tak caya je.

Selamat sejahtera semua...

dulu sya teringin sangat nak pakai gaun macam tu
Cantik kan..??

Sekejab je masa berlalu..dah 7 tahun pun saya bergelar isteri kepada en.hubby..Rasa macam baru je kenal.. hehehehe..**baru la sangat**. Sebenarnye..minggu lepas ulang tahun perkahwinan kita orang.. Terlupa nak cita..hehehe..Macam la ada orang nak tahu kan?

Macamana boleh lupa?!...memang la i lupa sebab tak celebrate pun..Cukup lah dengan hanya berdoa supaya hubungan kami berkekalan hingga keakhir hayat..di dunia dan akhirat..Amin..Teringat dulu masa baru kawen..malu2 tau..sebab kitaorang famili yang jodohkan..hehehee..

Masa saya bertunang dengan en.hubby..nama dia pun saya tak tau..sebabnya mak saya asyik lupa je nama dia..dia tanya ngan mak sedara en.hubby bila balik rumah dia lupa..hahahhaa. Tapi tak pe lah..saya terima seadanya..lepas bertunang baru en.hubby telefon saya.Bertunang 6 bulan..pastu nikah..

Macam tak caya kan..?! kitaorang jumpa 3 kali je masa bertunang tu..Raya puasa,raya haji..tahun baru cina.. Ye la..cinta jarak jauh..Saya masih boleh ingat lagi en.huby pakai baju warna ape masa dia datang merisik tu..Kalau tanya kan en.hubby masa tu..nak ke kat saya??..gila taknak..??!! awek cun wei...muda trang tang tang..!!..hehehehe..Puji diri sendiri plak..

kalau en.hubby wat macam ni..mau pengsan saya... hehehehe

Tapi..betul tau..masa tu saya baru je habis sekolah..Cari keja pun tak sempat lagi..Saya sendiri pun tak sangka yang saya akan berkahwin dalam usia yang muda..Ye la kan..jodoh pertemuan,ajal maut semua Allah yang tentukan..Kita hanya mampu merancang..Allah yang menentukan..Walau apapun...Itulah kenangan manis dalam hidup saya yang tak mungkin akan saya lupakan sepanjang hayat saya.

Tuesday 12 March 2013

Barut Bayi Buatan Tangan...

Assalamualaikum..kawan2..

Kali ni saya nak tunjuk kat korang barut bayi buatan tangan ni..saya buat sendiri..hehehe. salah satu hobi saya menjahit..Sebenarnya...saya jual jugak barut ni..

3 saiz...ni bahagian luar

Cantik..ada bunga2 lagi..pilih je nak warna ape..saya guna kain kapas je..selesa dipakai oleh bayi. CEWAHHH !!! promot sakan ni..hehehe. Dulu kan orang buat guna kain kapas putih,kosong.. tapi bila kena minyak ubat habis bercoreng..sebab tu saya buat guna kain yang ada corak.

bahagian dalam

Kalau kawan2 teringin atau berminat untuk tempah pun boleh..hehehe. Saya jual ni dalam bentuk set. Satu set ada 3 saiz yang setiap satunya ada 5 keping.kiranya 1 set ada 15 keping la.. Tapi kalau nak sekeping2 pun boleh..tapi minimum 5 keping la.hehehe.


satu set..

Selamat Hari Lahir Nor Afiqah Syaza !!

Dalam diam tak diam dah 3 tahun pun umur puteri saya ni..tapi bukan hari ni..birthday dia pada hari ahad 10.3.2013 lepas..hehehe. Tak ada la buat majlis yang besar,cuma majlis untuk kawan2 sepermainan Afiqah dan Adib je..

Tak ada gambar Afiqah dengan kek dia pon...dia kan tak suka 'bergambar'..Pepepun didoakan supaya Nor Afiqah Syaza Bt Nor Hafizan... panjang umur..dimurahkan rezeki..menjadi anak yang solehah..cemerlang di dunia dan di akhirat.. Amin..

kek birthday Afiqah..

kawan2 ibunya skali le..hehehe

makan jangan tak makan

Friday 8 March 2013

Angry Bird dan Adib..

Salam sejahtera kawan2...

Angry bird? apa yang korang bayangkan kalau dengar 'angry bird'..hehehe. dulu masa baru2..saya pun taktau apa tu angry bird..anak sedara saya dok cerita dia main angry bird.. saya dok fikir la..'burung yang marah..' apa punya game la tu..heheehe.. Almaklumlah..saya ni bukan ambil tahu sangat benda2 macam tu.

Tahun lepas bila Adib balik cerita kawan2 sekolah dia ada kotak pensil gambar angry bird,beg,pensil...semua la ada gambar angry bird..sebelum tu dia tak tau pun..asal nak beli barang je cari yang ada gambar Ben 10..Hehehe..Lepas tu baru la en.hubby download kan game angry bird kat laptop ni..bagi Adib main..sekali sekala je bagi main..tak boleh selalu..heehehe.

Sekarang Adib pun suka main game angry bird ni..sampai kalau dia main pun..dia akan guna imaginasi untuk jadi macam katun tu jugak..tu yang haru nya..Saya tengok je telatah dia..pastu amik gambar diam2.hehehe.
Ada tak anak2,adik2 korang buat macam Adib?hehehehe


tarikkk.....

lepassss......ciuuuu....bammm!!

** ada ka macam tu main nye..sorang2 pun jadi..**

Sunday 3 March 2013

ber"SAWANG" sudahhhhh !!!

Assalamualaikum....Salam sejahtera kepada semua kawan-kawan alam maya saya ni..

Hampir sebulan saya tidak meng'update' blog saya..Kalau rumah yang di tinggalkan sudah pasti penuh dengan sawang..MUJURLAH..laman ni nama ja laman sesawang..hehehe..ohhhh...i miss u olllzzz so much..! rindu sangat nak berceloreh,berleter dalam ni ha..

Bukan sengaja untuk tidak menjengah blog ini..tetapi keadaan kesihatan diri saya tidak mengizinkan..OPPPSSS !!! jangan salah faham ye kengkawan.. bukan sakit tapi biasalah bila dah mendapat status ibu ni kan.. bila sampai waktunya.. untuk.. menambah ahli keluarga yang baru ni...macam2 lah jadinya kepada diri ini..hehehe.. Alhamdulillah..dan InsyaAllah..saya akan menyambut seorang ahli baru pada penghujung bulan Ogos tahun ini.. Semoga di permudahkan segalanya..Amin.

Banyak cerita yang ingin di kongsikan dengan kawan2.. cuma masa dan keadaan tak mengizinkan.. Selepas ini..InsyaAllah..saya akan kembali menulis.. Apa2 pun..kepada kawan2 bloger..selamat meneruskan penulisan anda semua..

Jumpa lagi !!!

Monday 4 February 2013

Adib nak MAKAN NASI ???!!!

Assalamualaikum..hai kawan2...



Dah 2 minggu Adib cakap dia nak makan nasi..Kan korang tahu dia tak makan nasi..Nak tau napa? SEBAB.. cikgu dia suruh dia makan nasi..Menangis- nangis dia makan nasi.. Satu hari satu suap nasi je pun.. Tu pun nasi kosong..taknak campur benda lain..

Adib kata cikgu suruh makan nasi je..bukan lauk pun...Ada patut..Hari ni saya gitau cikgu dia len kali cikgu suruh Adib makan nasi dengan sup ke...pe ke...Hehehe.. Cikgu kata orait la kan..Mesti lepas ni Adib cakap nak makan nasi dengan sup plak..Hehehe.. Tu baru sedap sikit..Ada rasa..

Harap2 pujukan cikgu dia suruh makan nasi tu menjadi la..Pelan2 pun takpa dah..janji dia mau rasa.. Sebelum ni macam2 cara saya buat untuk bagi dia makan nasi..tapi satu pun tak pernah menjadi.. HHmmm.. semoga terbuka lah selera adib untuk makan lepas ni.. Amin..

Thursday 31 January 2013

First Time Excident..!!

Selamat pagi semua... Semoga semua sihat dan di murahkan rezeki...Amin..

First time saya excident..pagi tadi..Alhamdulillah tak da yang cedera..hanya kereta en.hubby yang jadi mangsa..kemalangan kecil je..Saya sendiri pun tak pasti keadaan budak yang langgar kereta saya tu..sebabnya tak sempat saya parking kereta dia dah blah..Harap dia pun selamat..tak ada cedera..

Saya on the way balik rumah lepas hantaq adib pergi sekolah.. nak singgah beli kuih kat tepi jalan..saya bagi signal untuk masuk simpang dan ada jentolak follow belakang kereta..dan dia pun nak berenti situ jugak..bila saya masuk je simpang..dah lepas pun..tiba2 je..BBAAMMMM..!! ada moto langgar tepi kereta saya..TERKEJUT beb...terus saya berenti..tengok mat moto tu ok ke tak..Dia takda la tergolek..sebabnya dia sempat lompat masa moto dia langgar kereta saya tu..

Pastu saya pun geraklah ke depan kedai nak parking keta la...turun je kereta..tengok mat moto tu dah tak ada..Ingat nak la tanya dia ok ke tak..Dah dia lari tu..kira dia ok la kan...Nak kata salah siapa pun tak tau lah..awal2 lagi saya dah bagi signal..dia la yang salah kot..sebab tu dia lari..Takpa lah..janji dia selamat..

Kereta tu takda lah teruk tapi duit jugak tu..Hehee.. Side mirror sebelah kiri pecah..pintu depan belah kiri pun bercalar...dalam jugak calar tu!!! dan pintu tu tak boleh nak buka sebab kemek..sikit je kemek tu...tapi sangkut bila nak buka pintu..nak kena g ketuk tu.. Tapi..takpa lah..mungkin ada hikmah benda ni jadi kan... Pepun saya bersyukur sangat sebab takda yang serius..**cedera fizikal..kereta dan moto...**










Tuesday 29 January 2013

Sampainya Hati Kucing....

comei....je.... 

Hai koranggggg.... hari ni saya nak cerita pasai kucing...kucing bila kita tengok cooomeeeeeeeiii je kan... tapi...dalam dia punya comei tu...dia buat saya gerammmm sangattttt...!!! Korang nak tau napa ?? ( kucing dekat kawasan kejiranan saya ni la..bukan semua kucing ye...heheehe)

 SAMPAI HATI diorang...**sebab banyak ekor** sob..sob..sob... sedih... Sampai hati kucing2 tu...diorang "melepaskan hajat besar" diorang kat dalam pasu bunga saya.. dah banyak kali en.hubby tukar tanah dalam pasu..tapi...diorang tetap datang "buat" kat situ... sampai saya pun dah malas nak jaga pokok lagi...

TAK PATUT BETUL...lah... tahap kesabaran saya ni pun dah tinggal sikit je lagi...untuk capai tahap gaban..  **sabo-sabo...** Dah banyak pokok bunga saya mati.. tak larat dah nak ganti pokok baru..last2 tinggal pasu kosong je la..

YANG TAK TAHAN tuu...kali ni diaorang p "buang" dalam pasu pokok daun kari ngan pokok kucai..!!! dah takdak tempat lain ke nak membuang?? Dah la pokok yang kita guna pakai untuk memasak dan dah tentu2nya masuk mulut dan ke perut...TAK SANGGUP rasanya nak guna lagi... TAMATlah sudah bakti pokok2 itu kepada famili saya...sobb..sobb...sobbb...

Wahai kucing....kalau lah ada sedikit rasa keperike"Kucing"an dalam diri kalian..tolonglah!!! janganlah membuang kat dalam pasu bunga orang....heehhee..

**klu manusia..berperikemanusiaan..kucing..???..xnak la kata berperikebinatangan...sebab saya tuju kat kucing je...hahaha..** Ada sapa2 yang punya idea untuk bagi "peristiwa" ni berulang tak????
**nak letak gambaq pokok saya yang telah di malukan oleh kucing tu...x gamak la plak..**


ha..tu dia tengah intai  tempat la tu...sesuai ke tak? hehehe


Monday 28 January 2013

Makanan Kegemaran Rasulullah S.A.W..

Assalamualaikum...harap semua kawan2 sihat ye... kali ni saya nak share ilmu dan maklumat ngan kawan2.. Harap ada lah yang sudi baca...hehehe.. Saya pun share dari blog kawan saya je... dia baru nak mula berblog...jom support dia...

MAKANAN KEGEMARAN RASULULLAH...


1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.




3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang,memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.




11. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.
“Hati yang bersih dapat melahirkan pemikiran yang waras. Maka, ‘suapkanlah’ ia dengan makanan dari sumber yang halal dan berkhasiat.” ~Wallahullam



Friday 25 January 2013

Lawak.."bila ajar anak cakap tak betul.."

gambaq xda kena mengena...hehehe

hai u ollzzzzzz...  korang heran tak tengok tajuk tu? maksud saya..ajar anak cakap dengan betul.. kan orang kita ni kalau ajar anak bercakap suka guna perkataan manja...contoh...makan - mamam.., tidur - bubum..  Tapi tu kira ok lagi la..maksud dia boleh di fahami..Setengah tu lari terus dari maksudnya..macam2 la.. ni ada satu cerita lawak pasai ajaq anak cakap ni la..saya dengaq kat radio...

Ada sorang budak umo dalam 3 ke 4 tahun..ayahnya hantar pergi rumah atok dia sehari dua...bila malam budak ni nak buang air..pastu dia pun cakap ngan atok dia..

Adik : Atok..adik nak nyanyi ni...
Atok : la..nyanyi ape malam2 ni..esok lah nyanyi..
Adik : ala..dah tak tahan nak nyanyi ni...
Atok : neneknya..meh tolong dengar cucu nak nyanyi ni..atoknya bukan reti nak nyanyi..
Nenek : malas lah..atoknya dengar la..
Adik : cepat la atok..
Atok : ha..cepat2..meh sini.. nyanyi kat telinga atok pelan2.. 

Lalu cucunya pun "nyanyi" lah kat telinga atok dia..terkejut atoknya bila cucunya buka seluar dan buang air (kencing) dekat dia punya......**** terus atok menelefon anaknya lalu mengatakan...

Atok : korang ni lain kali kalau ajar anak cakap..biar lah betul2..yang orang faham.. ini nak kencing dikatanya nak nyanyi... di kencingnya telinga aku... 

***hahahaha....lawak,lawak gak..tapi ada pengajarannya..oleh itu kawan2..kalau nak ajar anak bercakap..biarlah betul2...***

Jelessss...nya aku..

Assalamualaikum..salam sejahtera... pe khabaq semua...? dah 3 4 hari saya tak jengok blog ni...bukan saje blog..malah facebook pun sama..tak bapa sihat tu yang tak ada selera nak mengadap laptop ni... buat tambah pening je..heheehee.



Ha..kalau korang nak tau apa la yang saya "jeles"kan tu...saya ni jeles bila tengok orang yang mengandung..Heheehe..PELIK KAN??  bila anak bawah 2 tahun saya ok lagi tengok orang pregnant..tapi bila anak dah besar..mulalah rasa jeles tu...MAKANYA......saya pun kenalah "pregnant" jugak... Hahaha..(gelak besaq)..jangan ikut perangai ni...TAPI..tak salahkan???

Tak tau lah kenapa..tapi saya tengok orang pregnant ni..berseri2 je wajah diorang..aura...comel je... Heheehe. mungkin setengah orang fikir..tak comel..ye la..perut besar apa yg comelnye..kan? ha... orang pregnant dapat pahala tau..sebab tu saya suka..bila saya sendiri pregnant,saya akan menjadi lebih penyabar....Rahmat dari Allah S.W.T jugak tu...(betul ke penyabar..? )

Sapa kat sini yang suka tengok orang ngandung?  hehehe...***bukan soalan cepu emas ye..***

Monday 21 January 2013

Kenapa dengan Afiqah..???



Hai kengkawan...kali ni saya nak cita pasai anak dara sorang ni..hah? anak dara dah ka? hehehe..belum lagi..baru nak masuk 3 tahun bulan Mac ni.. Saya ada perasan something yang pelik kat Afiqah 2 3 minggu ni..Ada sapa2 tak boleh teka napa dia jadi macam tu....

Selalunya Afiqah ni kalau ada en.hubby dia mesti nak en.hubby yang buat semua benda kat dia.Pastu melekat je ngan ayah dia.."bontot" je ayah p mana pun.Bancuh susu..pakaikan baju..pe2 je lah yang dia nak suruh buat...wajib en.hubby yang buat kan.Ibu ni macam tak wujud je..Apa lagi...boleh lah ibunya bersenang lenang..hehehe..

Tapi akhir -akhir ni...semua Afiqah nak ibu yang buatkan..ayah nak tolong pun dah tak bagi dah..Macam buli ibu je...ye lakan..selama ni ayah je yang dia suruh..soh ibu plak..biar ibu rasa..dah macam bos dah dia..bagi arahan je..klu tak ikut dia nangis... Napa ye agaknya?

Adib nak SUNAT...!!!!???

Assalamualaikum semua..



Sebut pasal SUNAT mesti budak2 takut kan? Adib ni dah seminggu dah asyik cakap dia nak sunat..ni semua sebab dia banyak sangat tengok Upin Ipin la ni..Ha...Baguih..! baguih..!! ayah dia kata... Hari tu masa cuti sekolah nak bagi dia sunat tak nak..Ni nak sangat pulak..

Nak tau sebabnya....

  • dia kata sunat tak sakit pun macam kena gigit semut je..(kan upin ipin cakap macam tu..) hehehe.. 
  • kalau sunat nanti doktor tu bagi dia lolipop kan..?(upin kan dapat lolipop)
  • kalau sunat nanti boleh main kapal terbang macam upin ipin jugak kan..? so..ayah kenalah belikan adib kapal terbang mainan..***HAAA!!..korang nampak tak...dia punya akal..***
  • kalau dah sunat boleh ikut ayah pergi ronda2 naik moto.***sebab ayah dia cakap dia kecik lagi x boleh naik moto..***
  • nanti boleh bawa basikal laju2 ..***sebab ayah dia kata bila sunat dia jadi tinggi,kaki panjang boleh kayuh basikal laju2..***
  • boleh sembahyang (solat) kat masjid macam upin ipin kan?***hari tu ikut pergi tarawih dia kna dok kat blakang..***
Banyak betul dia punya idea timbul...Jangan nanti bila nak sunat betul2..dia tak nak sudah....Hahhaha..
Ingat dulu kat kampung sunat ramai2..ada yang lari masuk hutan nipah..Kejar la pe lagi....hehehe.

Saturday 19 January 2013

BerKREATIF dengan Galaxy Note 11..



Hai ollzzz... best kan kalau ada samsung galaxy note 2..kalau dapat satu...kelebek tu je la gamaknya..Sebab tu lah saya tak dapat handphone tu...korang tahu...En.hubby ada "benda" tu... Huhu...Berbulu je mata i nengok.....heehee..Jelesssss..muncung pun kena panjang niii..(jangan ikut perangai ni)



Semenjak en.hubby ada galaxy note 2 ni..dia dah tak berebut laptop ni dah ngan saya..sebab dia boleh je guna menda kesayangan dia tu...hehehehe...Boleh dikatakan macam isi ngan kuku lah "hubungan diorang"..hahaha..mana pergi bawa je..kecuali masuk bilik air je tak bawa.. Hhmmm..tu yang buat "sayang" dia ni jeles tu...



Ni lah dia beberapa keping gambaq yang telah di "kreatif" kan oleh anak2 dalam note2 en.hubby..tapi dengan pantauan en.hubby lah.. hehehe.


Friday 18 January 2013

SEKSI tu cantik ke????

Assalamualaikum..pe khabar kawan2 alam maya semua..?harap semua sihat belaka...



Kali ni saya nak meluahkan pendapat saya pasai adab dan cara pemakaian orang kita...bagi korang sume...SEKSI tuu....cantik ke?  Bagi saya..kalau kita orang perempuan nak seksi hanyalah depan suami je..kalau orang lain tengok..berdosa tu..Semua orang tahu hakikat tu..TAPI...yang pelik nya kenapa masih ada yang berpakaian seksi di kalayak ramai..TAK MALU  ka dengan orang? TAK MALU ka dengan ALLAH ?

Di luar ni..bila pergi kedai makan ke pe..tengok anak2 gadis berpakaian..SANGAT MENYEDIHKAN..ye...diorang bukan adik saya atau sedara saya..tapi...sesama kita...orang melayu..umat Islam..Macamana tu..kalau orang bukan islam tengok pun tak bekenan nak mendekati Islam.. Bila pakai ketat2..singkat2.. ada orang tengok..tarik sana..tarik sini nak tutup..TAK PAYAH lah buat macam tu..dah memang pakai macam tu nak tunjuk kat orang kan?? setengah tu bila duduk je nampak habis "spende" kale ape..bila tunduk nampak "lurah2 dendam" tu..Lepas tu bila jadi benda2 "tak elok" nak salahkan orang lain pulak...SALAHKAN DIRI SENDIRI tu...

Bukan diluar ni je..malah dalam filem dan drama2 tv pun macam tu..Kalau pelakon lelaki boleh pulak berpakaian kemas...kiranya tutup aurat habis..KENAPA pelakon perempuan di bagi nya pakai baju yang TAK CUKUP KAIN..? Kadang2 tu saya tengok pakai baju ala2 baju singlet yang tali halus tu....Menyampah betoi..Bila tengok nama rupanya..orang Islam..Bagi saya SANGAT MEMALUKAN.. saya taktau lah korang kan?  Tapi cuba fikir balik..Dia pelakon..ramai orang tengok..jadi ikon remaja plak tu...lepas ni budak2 ikut..Nak jadi apa la kan? bila ramai tengok..banyak la dosa dia..dengan kita2 sekali berdosa pulak tu..pakat2 p jadi ahli neraka..MINTA SIMPANG... Nau'zubillah... AstaqhfirullahalAzim...

Bilalah agaknya..pembikin2 filem di negara kita ni nak berhenti menggunakan tektik2 yang menjatuhkan maruah kaum wanita untuk melariskan jualan filem diorang..???? KENAPA..?? kalau pelakon perempuan pakai elok2 takut tak laku ke filem tu??? ***sama - samalah kita RENUNGKAN..!!!..***

Wednesday 16 January 2013

Afiqah dapat "kata soal" baru.....

Assalamualaikum...selamat sejahtera.... senyum selalu...hehehe



Semenjak dua menjak ni...Afiqah dapat satu "kata soal" dalam percakapan dia..bila dia cakap je..mesti ada perkataan ni..."macamana?" Nak jadi macam abang dia gak dah ni...jenuh la ibu ngan ayah nak menjawab lepas ni...

Antara ayat2 dia bila saya soh dia buat sesuatu...
**bila soh tolong amik barang..**
- Ala..Afiqah penat la ibu..nanti Afiqah tak larat macamana?
- takut la nak p kat situ..(walaupun tempat tu dekat je ngan kita)..gelap..nanti Afiqah tak nampak macamana?
- tinggi la nak amik...tangan Afiqah tak sampai..macamana?

**bila soh mandi..**
- tak nak la mandi lagi...sejuk la ibu..nanti Afiqah sejuk (ketaq) macamana?
- Afiqah nak mandi pun tak boleh...tak larat...nanti Afiqah nangis macamana?

**bila kita panggil dan dia tengah tengok tv..**
- sat la..nanti Afiqah tak boleh tengok katon ni macamana?
- nanti katon ni habis macamana?...sian Afiqah..

**bila kita soh dia jadi doktor bila besar nanti..**
- tak boleh la..nanti kena cucuk..Afiqah nangis macamana?  (patut dia cucuk orang)
- kalau Afiqah sakit macamana?

Haaaa...korang nampak tak berapa banyak dia punya "macamana" tu....kira sikit la tu..ada macam2 lagi..bila kita tanya dia atau cakap apa2 kat dia..mesti dia akan jawab balik dengan soalan kat kita......budak2 baru nak blajaq kan..memang macam tu.. kita ni la yang kadang2 poning memikio nye..hehehe

Tuesday 15 January 2013

Habis dah...MERLIN...





Hai semua...dah 2 hari saya tak update blog..sibuk sangat!!!**tangan atas bahu mata putih naik atas***....heehheee... Sapa antara korang yang suka tengok cerita Merlin..?? Saya takda la suka sangat tapi kalau en.hubby tengok saya pun layan jugak...



Saya tak puas hati betul la tengok ending dia...mana best Arthur mati..Hhmmm..patut dia pun selamat la sebab Merlin dah usaha bawa dia p kat tasik Avalon tu...(betoi ka nama tasik tu..)kihkihkih....Bila dua2 ada baru happy..kan ke sebelum ni ahli sihir lain cakap raja camelot tu nak terima kehadiran ahli2 sihir di negara dia.. hehehehe...(korang!!!! kalau saya salah tulis nama karektor2 dalam Merlin..jangan marah ekk..) Ini tidak..last2 tinggal queen tu sorang..apa nama dia..??? haa...Gwen...Guinevere..



Ada satu g..nak tanya korang ni... dia pregnant ka ha..?! Bukan apa masa kat tasik tu..kan si dragon tu kata akan lahir Arthur satu lagi pada masa akan datang... hehehehe... Pepepun...memang best jugak layan cerita Merlin ni...En.hubby tak pernah miss tau..minat giler.. Antara cerita yang dia suka..Harry Potter...Lord Of The Ring...siap ada novel lagi..Ishk..! ishk..!! ishk..!!!

Saturday 12 January 2013

Sambal Istimewa Siput Lala..




MMMMMmmmmmm...sedapnyaa...kalau korang tak caya..korang try la sendiri.. First skali...semua jenis siput boleh guna dalam masakan ni ye...Di sini orang panggil siput lala..kat kampung saya orang panggil siput retak seribu..lala lain...Apa2 pun yang orang panggil...dia tetap spesis tu jugak..hehehe.. Selamat mencuba ye kawan2...

Bahan...
  • cili kering..(dlam 10 tangkai)
  • bawang besar sebiji
  • bawang putih 1 ulas
  • lengkuas 1cm
  • halia 1cm
  • serai 2 batang di ketuk
Semua bahan2 ni blender je...kecuali serai.. 
  • siput
  • gula 
  • garam
  • santan pekat setengah cawan
  • daun kesum
Cara...
  • Panaskan minyak masak...tumiskan bahan yang di blender tadi sampai pecah minyak.
  • goreng sampai garing
  • masukkan santan,gula dan garam..kacau sampai pekat..
  • masukkan daun kesum untuk aroma..
  • masukkan siput... masak sampai siput tu terbuka...
***tak payah tambah air..siput dah ada sir sendiri..***
***seimbangkan rasa gula dan garam..***

Friday 11 January 2013

Rindunya...kat semua orang..

Hhhmmmm..rindunya lah rasa hati ni kat semua orang..tambah2 bilatengok ramai orang kat sebelah rumah..rumah sebelah tu nak kenduri ahad ni..yu yg ramai tu.... Kalau nak tunggu balik kampung lambat lagi..dalam telefon dengar suara je..hilang kejab je pastu rindu balik..

 mak dan bapak tersayang..kak ipar baru ngn anak kak saya..An-Nur Ain Aqila

Hari tu balik kampung 2 minggu kejab je rasa..tu ada yang tak sempat jumpa pun..Especially anak nakan (sedara) baru...tengok dalam facebook je..Sedihnya...Nasib baik ada gambar..boleh gak tengok2..Rindu mak pak,anak2 nakan..yang kecik2 tu yang tak tahan rindu tu,,kadang2 meleleh air mata teringat kat diorang..nak cakap dalam tepon pun tak reti..tu yang sedih tu..kalau yang besar2 boleh cakap pun jadi la..

anak sedara baru...Nur Alya Syazana.
**anak pengantin tadi tu..kejab je dah setahun diorang kawen..**

Mesti korang pun sama kan? tambah2 yang dok jauh dari keluarga besar..sekarang kita ada keluarga kecik je...hheheheehe.

Famili besar sebelah suami..satu famili kecik lagi xda ...
** M. Amirul Hanif,M. Harith Mursyidi,M.Izz Danish - M.Adib Azimi,Nor Afiqah Syaza **
famili kecik abang sulung saya
** Nurul Amirah,Nurul Athirah,Nurul Ayuni,Nurul Aina **
****rindu dan sayang semua....****

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...