WANITA DAN KECANTKAN

WANITA DAN KECANTKAN
Wanita dan kecantikan tidak dapat dipisahkan. KLIK gambar

Friday 30 November 2012

Balik kampung..OOO...balik kampung...

YEAA... malam ni nak balik kampung....En.hubby kena dok sorang2 kat rumah le..jadi orang bujang 2 minggu..Nampaknya lepas ni 2 minggu la saya tak muncul kat blog ni..hehehe..tapi takpe...takde orang nak rindu  pun...Oleh kerana malam ni nak 'gerak',hari ni busy la skit.. nak kena prepare baju kerja en.hubby utk 2 minggu..(iron siap2.).nak kemas dan cuci dapur..(en.hubby bukannya memasak pun nanti.dia makan kat kedai je..hehehe.)nak paking beg ngan barang..(jangan ada yang tertinggal sudah...).last sekali petang nanti basuh baju.. Ooppsss...sebelum terlupa...anak pokok pulasan..tak beli lagi..Alamak..hehehe.nak bawa balik kampung,mak2 pesan.Kejab lagi lah kuar pi beli,habiskan kerja dalam rumah dulu..Ha...lepas tu siap la...tunggu en.hubby balik kerja,angkat beg..gerak le...pe lagi?Doakan selamat sampai...Amin..

7 Golongan Mulia..

Saya nak kongsi ngan kawan2 pasal 7 golongan mulia disisi Allah S.W.T.. dari majalah Gen-Q..Generasi Al-Quran Kreatif..Hanya untuk berkongsi ilmu dan renungan bersama ke arah kebaikan...

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Ada tujuh golongan yg akan Allah naungi di bawah 'Arasy-Nya pada hari yg tidak ada tempat bernaung,kecuali naungan-Nya,aitu:

  1. Pemimpin yang adil.Tidak dipedulikan pemimpin yang zalim dan yang suka mengaut keuntungan utk peribadinya.
  2. Pemuda yang beribadah kepada Allah.Tiada dipedulikan pemuda yang malas dan leka.
  3. Orang yg berzikir kepada Allah di tempat yg sunyi sampai air matanya mengalir kerana rasa takutnya kepada Allah.
  4. Orang yang hatinya selalu terkait dengan masjid saat mereka keluar sampai kembali lagi masuk ke masjid.
  5. Orang yg bersedekah dengan sembunyi2 sehingga orang lain yg ada di kanan dan kirinya tidak mengetahuinya.
  6. Dua orang yang saling mencintai kerana Allah maka mereka berkumpul dan berpisah semata-mata kerana Allah.
  7. Lelaki yang diajak membuat cemar oleh wanita cantik,tetapi dia menolaknya dengan berkata:"Aku takut kepada Allah."
*sedekah yg sembunyi2 adalah sedekah yg sifatnya sunnah,bukan wajib seperti zakat..

Thursday 29 November 2012

Meriahnya Musim Buah Di Tg.Malim..

Musim buah datang lagi...Macam2 ada..durian,rambutan,langsat,manggis....semua ada,pilih je..Kat Tg.Malim ni boleh dikatakan musim *lelong buah*..sapa jual mahal tak laku la jawabnya...Walaupun takada dusun,tetapi kita boleh makan buah yang fresh..Kalau masuk kawasan kampung,memang tak nampak lain dah.. pokok buah yang *sarat* ngan buah je sepanjang jalan.Orang jual buah depan rumah je,kalau nak yang atas pokok pun boleh..Hehehe.. Murah rezeki sungguh la tahun ni...nampak gaya macam lebih banyak dari tahun lepas.. Kepada penggemar buah2an tempatan...KITA SERBU!!!
 
Geram tengok pokok buah orang kat tepi jalan..buah dok bergayut je..Kalau depan rumah saya ada pokok rambutan,alamatnya dok bawah pokok tu la sepanjang petang..hehehe.Ada pokok durian tepi jalan tu,dongak tengok,belambak(banyaknya) buah dia..Itu..kalau sapa2 lalu ngan motor,buah durian luruh timpa kepala ...NAYA OOO!!! hehehe.. Harap2  tak jadi lah macam tu.. Haihh...pecah liur sebut pasal buah ni.. Pepepun...selamat menikmati buah2an kepada semua orang.... 

  

Wednesday 28 November 2012

Sayangi Keluarga Mertua Kita...

Salam semua..Hari ni saya rasa macam nak merapu pasal isu ibu mertua ni..bagi pandangan saya ramai yang takut dengan mak mertua terutamanya menantu pompuan.Setakat yang saya kenal,kebanyakannya tak berani nak balik kampung mertua sendirian.Kenapa diorang takut ye? Pada pendapat saya ada beberapa faktor yang boleh mengakrabkan hubungan kita dengan mertua...Korang saya taktau lah...

  • Masa balik kampung kenalah bahagikan masa antara rumah mak kita dengan rumah mertua dengan adil,sama banyak..baru lah takada yang kecil hati..(kalau kita fikir mak kita rindukan kita,begitu juga mertua kita)
  • Jangan cepat terasa hati bila kena tegur dengan mertua..Anggaplah macam mak kita yang tegur kita.. Untuk kebaikan jugak..
  • Bersyukurlah kerana masih ada mereka..boleh kita menumpang kasih..kan best ada 2 mak..2 ayah..
  • Ringan2 kan tulang untuk menolong di dapur..walaupun ramai yang menolong..sekurang-kurangnya ipar duai yang lain berasa adil.
  • Berterus terang dengan mertua kalau kita tak pandai memasak..kurang2 pun kita tolong potong sayur ke pe.. boleh le sambil2 tu minta resepi.Mesti mertua kita seronok..
  • Selalulah telefon bertanya khabar.walaupun takada benda nak cakap..Lama2 kita akan jadi mesra dengan mertua..Mertua pasti rasa disayangi dan kita pun seronok bila mertua sayang kita..
  • Anggaplah ipar duai kita macam sedara kandung kita sendiri..saya bersyukur sangat kerana adik-adik ipar saya tidak pernah membuatkan saya rasa keseorangan bila berada di sana...TERBAIKLAH..!!
  • Luangkan masa balik kekampung dengan anak2 sendirian tinggal dengan mertua selama beberapa hari.Janganlah balik rumah mak kita je...mesti mertua rasa kecil hati bila dapat tahu walaupun diorang tak nyatakan.

Pepepun anggaplah mertua seperti ibubapa kita sendiri..kerana tanpa mereka takadalah suami kita..Sayangilah mereka sebagai peringatan suatu hari nanti kita juga akan menjadi "mertua".. dan sudah tentu kita akan berkecil hati sekiranya anak menantu kita membanding-bandingkan kita dengan keluarga besan kita..TAK GITU????  Renung-renungkan...


Tuesday 27 November 2012

CHE' TI datang melawat...!!!??

Jangan terkejut kawan - kawan...Che Ti datang melawat rumah saya minggu lepas...Haaa..tapi bukanlah bagus kalau dia datang..habis semua dia nak gigit..dah la tu buang air merata..Saya pun taktau pada mulanya,  tetiba je da bau hancing,selama 3 tahun kat rumah ni tak pernah pula terserempak ngan che' ti ni walaupun belakang rumah saya tu ladang kelapa sawit..Memang tempat dia la tu.

Sebelum ni pernah la jiran saya bertanya tentang che' ti ni,ada ke tak dia datang melawat dan berkubu di rumah.Dengan yakin saya jawab tak adalah..Tiba2 je minggu lepas,bila tengok plastik uncang beras berlubang baru tau ada che' ti..Apa lagi..satu rumah le kena basuh dengan encik hubby. Habis semua mainan anak saya di basuhnya..takut kuman,manalah tahu kot2 che' ti lalu kt bekas simpan mainan tu..Lepas dah basuh satu rumah,pergi cari perangkap tikus plak.

Tiap2 malam encik hubby pasang perangkap tikus tapi yang peliknya tak satu pun mengena..memang terer la che' ti ni.Saya pun hairan la..Samada che' ti dah tak datang rumah saya ataupun dia pandai mengelak dari kena jerat..Professional la katakan...Tapi..dalam hati ni berharap sangat che' ti dah tak datang rumah la.. Che' ti...pergi cari makan kat tempat lain pulak ye...(kan orang tua2 cakap tak boleh marah che' ti...)



Sedapnyerrrr...Bubur Kacang + Durian +Pulut....


Fuhhh!!!! tak tertahan rasanya nak makan bubur kacang hijau ngan durian ni... Yang lagi best tu sebab makan dengan pulut..Si kecil Afiqah pun suka ni..favourite dia la ni..Tiap2 minggu saya buat bubur kacang kat dia.Tapi dia belum pernah rasa lagi yang ada durian..Hehee.. mesti semangkuk tak cukup ni...Kena sekali nak lagi..



Barang - barang dah sedia,tinggal nak masuk periuk je ni.... sekejab lagi jadi bubur lah kau...


Dah siap bubur kacang hijau dengan durian.

MMmmmmm.....Yummmyyyy...

Senang je nak buat ni,tinggal rajin dengan malas je..dah ready untuk di makan..Kenalah chef nya rasa dulu sebelum encik hubby balik makan petang nanti...hehehehe... Tak sampai 45minit pun masak bubur kacang ni.tapi dengan syarat rendam dulu kacang hijau dalam air ais selama 2 jam..Ha..tu la petua untuk bagi kacang cepat empuk.. Selamat menjamu selera....




Monday 26 November 2012

Pagi,Tengahari,Petang,Malam...duriannnnn..

Minat sungguh Afiqah dengan durian.. Bangun pagi-pagi tadi belum pun sempat mandi dia dah tanya pasal buah durian...sebabnya dia dah nampak ayah dia kopek buah durian masukkan dalam tupperware semalam. Afiqah tanya "ibu...nak makan durian boleh....?" gaya cakap ala-ala macam upin ipin.. ada patut bangun tidur cari durian,selalu bangun tidur cari ayah dia... hehehe...nampaknya ayah dah kalah dengan durian...

Lepas mandi,breakfast durian..pastu sebelum lunch pun minta durian..petang tadi lepas bangun tidur pun makan durian..tub-tub tengok dok makan durian pulak..kali ni makan dengan ayahnye.....hehehe.dah nak pukul 10 malam.. Sudah.... Jangan mengadu panas  pulak lepas ni sudah le ye...

Yang si adik ni pantang nampak benda makan..asyik nak makan je..yang si abang jenuh di suruh makan.. kadang2 bila suruh dia makan,dia boleh tanya.."buat apa makan?" tak ke haru tu... macam - macam hal.. Ni baru 2 orang anak..belum 4 5 orang lagi....

Nak Makan Apa Adib...?

Dah pening kepala fikir nak bagi anak saya yang sorang ni makan..Korang jangan salah faham,bukan saya tak memasak..tapi dia yang taknak makan..nak kata takda selera ke pe saya pun taktau lah...dah macam- macam usaha, moden dan tradisional..tapi adib tetap taknak makan.

Tiap -tiap hari makan roti je...roti bakar,roti sapu coklat,roti kentang..Tu je makanan dia.Kalau special sikit cucur lemak manis adabi,kek coklat,kek pisang,kentang goreng,nugget ayam (tu pun yg KFC punya,lain taknak)..Menu sampingan dia bijirin nestle..(koko krunch,honey star) tu je la makanan adib dari dia kecil sampai sekarang (5 tahun 6 bulan).

Kadang2 kesian saya tengok dia,bila orang lain makan sedap..dia tengok je..Bukan tak pelawa dia,tapi kalau kita ajak dia makan,dia akan jadi badmood.Kena sekarang ni musim buah plak..selalu lah ayah dia beli buah..Kita makan durian,manggis,langsat...dia makan rambutan je..Kalau bukan musim buah tempatan, dia akan minta buah anggur,epal,oren,tembikai dan jambu batu..Haaa..kiranya tiap2 kali pasar malam,buah tu je la yang ayah dia beli.ikut yang mana yang adib nak la..

Tahun ni Adib pergi sekolah dari awal tahun sampai hujung tahun,tiap - tiap hari bawa roti je..rugi betul bayar yuran makan dia tiap2 bulan,bukan dia makan pun yang cikgu dia bagi. hehehe..Ada yang cakap, nanti adib dah besar,dia ubah le selera makan dia..tapi setakat ni yang saya tengok makin teruk adalah selera dia... Hhmmmm.... apa yang patut saya buat ye? apepun saya harap suatu hari nanti,selera adib akan bertambah dan terbuka macam orang lain jugak..amin..

Friday 23 November 2012

Panggillah Nama Anak Kita Dengan Betul...

Berapa orang yang panggil nama anak dengan nama yang penuh...Pasti ada..tapi dalam peratusan yang rendah...betul tak?sebabnya trend sekarang suka bagi nama anak panjang2. kebanyakannya ada 3 nama (perkataan) dalam 1 nama.. Bila nama panjang,dah tak tau nak panggil nama  mana satu..las2 jadi pendek je.

Masa nak cari nama untuk anak,kita sibuk cari nama yang bunyinye sedap dan baik maknanya..tapi,bila nak panggil,ada setangah tu tak gunapun..saya bukannya pandai sangat,tapi benda ni betul.Apa tujuan sebenar kita bagi nama anak panjang2 kalau kita sendiri tak guna.Nama hanya untuk letak dalam My Kid je ke? ke nak orang puji nama anak kita sedap bila orang tanya?sekurang-kurangnya panggil la salah satu nama mereka dengan betul..

Kadang2 tu saya tengok,nama penuh anak 3 perkataan,diorang panggil guna 1 je,dah la tu yang satu tu pun di pendekkan..Contoh.QISTINA -Qis..tina..','SOFIA- Fia...' .. kan ke dah lari makna tu.Sesetengah lagi guna nama manja je..(Yayang ,Anje,Cinta,Intan).Tak kisahlah kite nak guna nama apepun kat anak2,yang penting yang membawa maksud yang elok.Pepepun.. sama- sama la kita fikir.. Renung -renungkan... Selamat beramal..

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud "Sesungguhnya kamu akan di panggil di hari kiamat dengan nama kamu.Jesteru berilah nama yang baik untuk kamu". Memanggil nama anak sama seperti kita mendoakan mereka. jika kita menggunakan nama yg baik,maka baiklah jadinya.Percaya atau tidak, nama boleh mencerminkan keperibadiaan  anak dan memberi ransangan moral kepadanya..Oleh itu kita digalakkan memberi nama yang elok maksudnya kepada mereka.


Thursday 22 November 2012

Kampung "Kite" Dalam Lirik Lagu...Korang ada..?

Sebenarnya tajuk lagu CINTA PANTAI MERDEKA ni berdasarkan nama kampung yang terletak di daerah Kota Kuala Muda,Kedah... kira-kira 4 ke 5 km dari rumah parent saya..lagu ni dah lama..ingat2 saya masa tu saya masih di sekolah rendah.hehehe... Ada yang tak pernah dengar pun lagu tu..sapa yang tak pernah dengar,angkat tangan!? hehehe..
Selalu kalau kitaorang balik kampung mesti pergi pantai tu...pekena ABC Gunung Jerai.. memang tak boleh lepas..semangkuk boleh makan 2 3 orang..sedap..isi pun banyak..memang ummpphh....

Kalau nak pergi ke Tanjung Dawai,ble naik bot..baru -baru ni PM kita ada ke sana.. naik bot dari Tg.Dawai ke Pantai Merdeka.. selalu orang pergi beriadah je kat situ..ye lah,nama pun pantai kan.Takkan nak daki gunung pulak...hehehe.Dari tepi pantai tu boleh nampak terus Gunung Jerai.. Suasana memang best.. kena angin yg sepoi2..sambil makan rojak buah ke laksa ke aiskrim ke....fuhhh!!! besttt sangat... giler coolll...hehehe.. 

Hhmmm... tak sabarnye nak balik kampung hujung bulan ni.... PANTAI MERDEKA AKU DATANG...!!!!

Cinta Pantai Merdeka

CINTA PANTAI MERDEKA



Telah bertahun lama
Tenggelam arus masa
Didalam ingatanku
Masih segar terasa


Terkadang aku sama
Mengancur bunga cinta
Keadaan aku memaksa
Kita terpisah jua..


Andainya aku berdaya..
Kan kucoretkan untukmu
Sebagai kenangan kita
Kan ku buktikan untukmu
Akan aku buktikan


( korus)
Kuukir namamu
Diawan gunung jerai
Disaksikan laut daun nyiur melambai
Jauh pandangan permai
Disitu tanjung dawai terkenang peristiwa


Cinta kita teruraiOh! indahnya... peristiwa...
Cinta kita di Pantai Merdeka...
Oh... oh...

( 1 )
Masih ingatkah oh kekasih
Biarpun kini kau di mana
Namun dengarlah lagu ini
Cinta kita di Pantai Merdeka

( solo )

( ulang 1 & korus )

Wednesday 21 November 2012

Pusing - pusing..ibu pun pening..

Aduhai anak...pening kepala ibu tengok korang lari pusing -pusing dalam rumah.. Satu hari dah..tak penat ke? hebat betul tenaga kanak - kanak kan... Dari pagi tadi diorang main kejar - kejar dalam rumah..dah pening saya tengok..diorang cover berapa hari punya energy, tak main sebab si adib(abang) demam panas.. Seminggu dia demam..3 kali tukar antibiotik baru baik.Alhamdulillah..

Bila Afiqah(adik) berenti sebab penat kejar abang,abang akan cakap..."yea...abang menang,adik kalah". pastu adik nangis,bangun and then sambung balik kejar abang dia..Bila abang pulak yang berenti rehat si adik pulak cakap benda yang sama kat abang...abang pun bangun dan kejar adik...habis tu macamana nak berhenti.. Kalau marah pun diaorang berenti sekejab je,lepas tu jadi balik.. hehehe.. agaknya memang semua budak-budak macam tu kan..sabo jo lah...kita dulu ntah-ntah lagi teruk mak kita nak jaga kan.. Pepepun... TERIMA KASIH MAK...PAK... sebab  bersabar dalam membesarkan kami adik beradik...hanya Allah S.W.T yg dapat membalas jasa kalian..Amin..

Hari ni taknak pulak tengok kartun diorang,tv on tapi biar je..tv yang tengok diorang...hehehe..suruh tidur pun taknak jugak..nak tukar channel pun diorang tak bagi,habis tu ibu nak buat apa..Nak lelapkan mata pun diorang tak kasi cannn..baru nak pejam,si kecik Afiqah datang..tarik tangan la,tepuk muka la,panggil ibu la... sungguh sadis...nak rest pun time diorang tido la..

Ini baru 2 orang anak..macamana la agaknya yang ada anak 6 7 orang kan..memang letih,tapi seronok tengok  gelagat diorang..Dah nama pun budak-budak..Sebab tu la orang pompuan yang baru lepas bersalin bila di tanya nak bersalin lagi tak..jawabnya taknak.Tapi bila anak dah besar sikit,dah fikir bila nak tambah anak lagi...hehehe. Rasa terhibur tengok telatah anak-anak nak membesar..walaupun kadangkala rasa stress sangat...Asalkan anak-anak ibu sihat dan bahagia sudah... Amin.

ishk...ishk...ishk...memang sedap....

Memang sedap durian crepe ni..Patut  la sana -sini cerita pasal durian crepe..sebut sahaja dah buat saya pecah liur...terbaik lah...boleh bawa ke mimpi ni...dashyat betul penangan durian crepe ni..kan..? First time saya rasa,terus order lagi..tapi minggu depan baru boleh dapat..tokeh dia tak menang tangan..laku sungguh... Bila difikirkan,rugi betul siapa yang tak makan durian kan... hehe.

Diorang jual 4 ketul RM5...boleh la..berbaloi dengan rasanya..4 ketul,dapat la rasa sorang 1...mana cukup...hehehe.anak saya yang kecik tu pun pulun..dia memang suka durian..takkan nak berebut dengan anak..nanti dia nangis..takpa...nanti ibu buat... hehehe.

Semalam dah cari resepi durian crepe...boleh la try...Tapi nak kena tunggu hujung minggu bru boleh buat..Ye lah..nak kena tunggu en.hubby cuti..nak keluar cari durian..Jangan jeles....(sapa la yang nak jeles kan...) hehehe...

durian crepe.... durian crepe....durian crepe..


Tuesday 20 November 2012

Teknik Penyusuan Ibu…


Assalamualaikum..salam sejahtera kepada semua..hari ini saya ingin berkongsi dengan korang semua tentang teknik penyusuan ibu yang saya perolehi dalam koleksi buku saya. Saya yakin ramai ibu mengambil mudah ketika menyusukan anak.. Sebenarnya cara kita menyusukan bayi akan memberikan kesan terhadap perkembangan bayi kita.Oleh itu,saya sarankan supaya golongan ibu melakukan beberapa tindakan semasa proses penyusuan..Tidak ada salahnya kita berkongsi ilmu.. Semoga kita mendapat keberkatan dariNya dan memperolehi  anak-anak yang cantik dan cemerlang jiwa dan rohaninya..Amin…
Berikut adalah teknik yang di sarankan:

Lawak Familia (Bhg 2)


Petang  tu suami saya keluar mencuci motosikalnya kerana dah penuh dengan sarang labah-labah ,habuk dan segala macam lah bendanya…dah macam tong sampah..bila sudah siap,dah bersinar motor tu,dia pun nak hidupkan motor..motor tu pun buat hal lah..almaklumlah dah lama  tak dipanaskan.. Selepas berpuluh-puluh minit mencuba,tak hidup-hidup jugak..

Suami: dah  tak larat dah aih nak start..

Saya: motor tu merajuk kot..dah lama tak bawa dia jalan-jalan..

UPIN DAN IPIN VS BOBOIBOY


Siapa yang tidak kenal upin ipin & boboiboy? Mustahil kalau masih ada yang tidak kenal kan.. kartun animasi malaysia yang berjaya memikat hati bukan sahaja kanak-kanak bahkan orang dewasa. Watak kartun yang comel lote kata orang kedah..petah bercakap dan mencuit hati.


PENYUSUAN IBU..


Susu ibu adalah kurnian AllahS.W.T yang sangat besar dan tidak ternilai kepada seorang wanita yang bergelar ibu.. melalui penyusuan ibu juga kita dapat merapatkan si ibu dengan anak dan sekaligus membantu pembentukan peribadi anak-anak. 

Setiap bayi mempunyai hak utk mendapatkan susu ibunya.tetapi agak mengecewakan kerana ada juga ibu yang tidak menghiraukannya…alangkah ruginya ibu itu.. Wahai ibu –ibu…. Kasihanilah bayi –bayi anda..berikan lah hak mereka… besar pahalanya kita menyusui mereka..dalam Islam juga sgt menekankan pentingnya penyusuan susu ibu…

Monday 19 November 2012

Lawak familia….hiburkan hati ketika sunyi


Salam sejahtera semua…kali ni saya nk share crita lawak familia dgn korang.. peristiwa ni berlaku dlm family saya secara tak sengaja..tetapi apabila difikirkan kembali memag lawak.. bagi korang saya tak tau la.tapi..kalau saya sunyi ke rindu kat family ke sedih ke memang saya akan ingat kembali peristiwa ni dan otomatik saya akan menjadi ceria kembali..tak kisah lah kalau ada orang tegok saya gelak sorang- sorang pun..yang penting saya happy..

Peristiwa pertama ni berlaku di kampung halaman saya bertempat di rumah mak saya…

Sunday 18 November 2012

Panduan Keselamatan Anak-Anak Di Rumah

Keselamatan di rumah merupakan satu isu yang sering diabaikan. Menjadikan rumah anda sebagai sebuah rumah yang selamat untuk kanak-kanak adalah satu proses yang rumit dan terperinci. Proses ini bermula daripada kesedaran serta kemahuan ibu bapa untuk menjadikan rumah sebagai sebuah tempat perlindungan yang selamat.Sebahagian besar kecederaan yang berlaku berpunca daripada kemalangan yang berlaku di rumah. Kemalangan-kemalangan ini sebenarnya boleh dicegah. Kemalangan-kemalangan pada kebiasaanya berlaku pada waktu lewat petang atau pada waktu malam apabila kanak-kanak keletihan dan mengantuk. Jenis kemalangan yang sering berlaku ialah: 


  • Terjatuh
  • Terkena api
  • Terambil racun
  • Sesak nafas atau tercekik
  • Lemas
Berikut adalah senarai perkara-perkara yang anda boleh lakukan untuk menjadikan rumah anda serta persekitarannya selamat untuk kanak-kanak. Walau bagaimanapun anda harus ingat bahawa walau apa pun yang anda lakukan untuk menjadikan persekitaran kanak-kanak anda selamat, perkara yang terbaik untuk diamalkan ialah untuk mendidik anak anda untuk menjaga keselamatan diri sendiri. Pelan anda untuk menjadikan rumah anda selamat boleh dijadikan proses pengajaran yang mengambil kira penglibatan anak-anak anda ini adalah kerana ia dapat diperbaiki dari masa ke semasa melalui bantuan dan pandangan anak-anak anda. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...