WANITA DAN KECANTKAN

WANITA DAN KECANTKAN
Wanita dan kecantikan tidak dapat dipisahkan. KLIK gambar

Monday 31 December 2012

Panduan Pemberian Susu Perahan Kepada Bayi

teknik 'paced bottle feeding'
Salam...kali ini saya ingin berkongsi ilmu dengan kawan2..Kebanyakan ibu yang berkerja menjadi risau apabila bayi mereka menolak botol (susu dlm botol)..di sini saya ingin berkongsi beberapa bimbingan tentang cara utk memberikan botol kepada bayi.. Panduan ini dari majalah keluaran Pa&Ma...

Pertama sekali jangan memaksa bayi kerana ini akan menyebabkan dia menolak sama sekali dan menjadi marah setiap kali sesuatu yg baru diperkenalkan kepadanya.Ibu juga perlu banyakbersabar dan jangan mudah berputus asa kerana hal ini memerlukan banyak latihan..Sekiranya bayi menangis..berhenti dan cuba lagi dilain masa.Boleh juga gunakan kaedah lain seperti menggunakan sudu,cawan,picagari @ finger feeder (melatakkan tiub halus di jari anda)

pemberian susu dengan sudu
Berikut adalah panduan yang disarankan:

  • susu botol hanya diberi jika bayi menunjukkan tanda lapar dan tidak mengikut jadual.
  • pangku bayi dlm posisi duduk untuk memastikan pengambilan susu dari botol pada kadar yang sesuai. (paced bottle feeding) **menyusu ketika berbaring boleh meningkatkan risiko gigi rosak dan jangkitan telinga.
  • ubah posisi botol susu dari sebelah bahagian mulut ke bahagian yg lain untuk mengelakkan bayi menjadi gemar menyusu sebelah payudara sahaja.
  • sesi penyusuan hanya dalam 10 ke 20 minit sahaja..** pengasuh bayi perlu menyediakan susu dlm kuantiti yg sesuai dihabiskan dlm tempoh tersebut.
  • biar bayi memasukkan sendiri puting kedalam mulutnya. ** usap bibir bayi dari atas ke bawah untuk menggalakkan dia membuka mulut dgn luas.**
  • kerap berhenti seketika sewaktu menyusukan bayi dgn meniru rentak penyusuan susu badan.Ini bagi mengelakkan bayi menjadi keliru puting.
  • bayi tidak sepatutnya menghabis kan baki susu di dalam botol..**bayi sudah kenyang jika dia meleraikan botol dari mulutnya.
**semoga teknik ini dapat memberi panduan kepada kengkawan**

Sunday 30 December 2012

Terkenang zaman hu..ha..hu..ha

ni la geng saya  masa form 5...come2 x?
Hai ollzzz.... Mesti korang tak tau pe menda nya 'zaman hu ha hu ha' tu kan..? hehehe..Tu bahasa i le untuk zaman kegemilangan kita..zaman remaja..zaman sekolah2... Ha...dah boleh faham ka? i dulu dalam geng yang 'famous' tau kat sekolah..( wah...blagak nye...prasan!! ) U all cne ?..** blajaq cakap omputeh plak makcik sorang ni..bahasa melayu pun tak brapa betoi..** hehehe.

Bila hari2 tengok facebook,tengok kawan2 terkenang zaman muda2 dulu..(dah tua sangat ke diri ni?..) Kadang2 rasa macam nak pergi balik ke masa dulu tu..kalau lah benar di dunia ni ada mesin masa.. Dulu masa kat sekolah,saya ni garang tau,tapi dengan lelaki je..Lebih kurang macam anti lelaki la. Budak laki dalam kelas saya pun tak berani nak tegur..Tapi sebenarnya tak garang pun,diorang je fikir macam tu..Abih..dah mai dok terhegeh2 depan kita,mesti la marah..hehehe

Kawan2 saya semuanya jenis gila2,happy go lucky..takda la yang orang kata sombong tu..Yang best nya masa pergi kelas tambahan time cuti..Banyak yg bawa motor..bila cikgu cancel kelas je..pe lagi.. menilau la..ronda2.. Ala2 minah rempit  gitu...ooppss...jangan salah faham.. kita orang minah rempit versi gadis melayu terakhir tau..Hehehe.Masa tu tingkatan 5.

Teringat masa sertai kelab dan persatuan kat sekolah..Saya ni pengakap..dari sekolah rendah sampai tingkatan 6.Bila perjumpaan je ada kawad kaki..(x kan kawad tangan plak..hehehe) Sampai hitam muka punya suka berkawad..Bertampung abih.. Kalau pakai 'fair n lovely' pun belum tentu berkesan..Hitam pun hitam lah...janji best.

Yang lagi besss...geng saya rajin tau buat BBQ.. kita orang buat kat Pantai Merdeka.. Sedap ooo.. makan sampai kenyang,pastu dok relax 'usya' orang..tapi..kitaorang tak kacau orang..budak baik la katakan..Masa ni tingkatan 6.

biru2 belaka kan..saya yg  baju ungu..2 je dlm tu yg berbaju ungu
Okey lah..takat ni je..nanti korang semua jemu nak baca..Saya bukannya artis pun...tak siapa yang nak tahu kan..? Pepepun..setiap orang ada kenangan masing2..cuma saya nak kongsikan kenangan saya ni dengan kawan2..

*** geng form 6 x da..cari kat fcbuk kawan dapat gambar kelas je***

Friday 28 December 2012

Pemakanan Dalam Pantang ( Pa&Ma)

Mari kita kongsi ilmu..Kata orang,kalau kita tak jaga diri kita dengan betul semasa tempoh berpantang, kesihatan kita di hari tua akan jadi masalah..sejauh mana kebenaran nya?!!Bagi saya tak salah kalau kita amalkan untuk kebaikan diri kita..

Berikut adalah amalan yang di sarankan..:

# Elakkan makanan berlemak..#
-boleh menggemukkan..digalakkan mengambil lebih banyak sayuran & ulaman dan masakan yg menggunakan pelbagai jenis rempah ratus.

# Melancarkan proses penghadaman..#
-halia (panas & kering).Dapat memecahkan angin,menghilangkan sejuk badan dan melancarkan penghadaman.

# Atasi masalah kemurungan.#
-daun pegaga ( tonik saraf).Membantu merehatkan dan menambahkan ingatan.

# Pembuangan angin..#
-Sayur sawi ..Dimakan bersama nasi panas.(sebaiknya di celur dahulu)

# Penambah pengeluaran susu ibu..#
-Peria,pegaga,lobak putih & cekur manis..Mengatasi sembelit,menambahkan pengeluaran susu,membersihkan dan melancarkan peredaran darah dlm tubuh.

# Kecantikan wajah..#
-Ikan haruan dan tenggiri..Melicinkan & menegangkan kulit tubuh,membantu menyembuhkan luka dalaman dan luaran tubuh.

# Lawas buang air besar..#
-Campurkan air perahan asam jawa kedalam hidangan ibu berpantang.

# Minuman penambah tenaga..#
-Minum air rebusan serai,halia,kulit kayu manis dan lada hitam..(kurangkan lada bgi yg melahirkan melalui caesarean.)

Makanan yg perlu di elakkan :
*ikan yg berbisa dan gatal..-ikan kembung,cencaru,tongkol,bawal hitam,terubuk & parang.
*sayuran sejuk,menjalar & berangin..-kangkung,timun,keladi,bayam,kacang,petai,terung & jering.
*minuman.- tebu,cincau & kelapa muda.
*buah2an.- nanas,jambu,belimbing,pisang nangka,cempedak,nangka.

**perlu dielakkan kerana menyebabkan sakit tulang,sejuk otot dan lemah sendi.

Kue teow sup kaki ayam...yummy...



Sup kaki ayam...sedapnyerrr la..i like..tak tau napa,tapi memang saya suka sangat sup kaki ayam.. Tak kisah lah makan dengan kueteow ke mee ke bihun ke nasi ke...memang licin lah kalau dapat kat saya.Saya kongsikan resepi kue teow sup kali ni dengan kengkawan.Walaupun hanya sup,tapi ini versi saya..

Bahan2 untuk sup :
# Kaki ayam (rebus sehingga kembang..bersama dengan garam,halia & serai yg di ketuk @ dititik)
# Bawang merah,bawang putih,halia dan perkakas sup @ sup bunjut tulang Adabi.(bahan tumis)
# Garam dan sedikit perasa..(ajinamoto ke pasti sedap ke cukup rasa ke..pe2 la)
# Lada hitam (sekiranya suka)

Cara2 membuat sup :
* panaskan minyak dan tumis bahan tumisan sehingga naik bau.
* masukkan rebusan sup tadi,biarkan mendidih dan perasakan dengan  garam & perasa secukup rasa.
* masukkan lada hitam yg di tumbuk bagi yg gemarkan rasanya..

Bahan2 untuk cili :
# cili api @ cili padi ,1 ulas bwg putih & 1 bji bwg merah.(cincang @ tumbuk halus)
# kicap lemak manis
# jus  limau nipis.

Caranya :
* satukan semua bahan dalam mangkuk,kacau sebati..

Bahan2 lain (utk di taburkan di dalam mangkuk) :
# kue teow ( di celur ) 
# salad (potong halus)
# limau kasturi (potong 2)
# tauge (di celur)
# tauhu (goreng dan potong halus)


***Air tangan setiap orang berbeza rasanya tetapi sekiranya kita memasak dengan kasih sayang ianya pasti sedap..Amin.. = )  ***



Mengekalkan Kesihatan Jiwa..

Assalamualaikum..sempena hari jumaat,penghulu segala hari ni..saya nak kongsikan tip2 & cara2 untuk kita mengekalkan kesihatan jiwa kita.. dari majalah ilmu,majalah Gen-Q.. Selamat beramal..

* Usah tergesa *
-setiap tindakan mempunyai sebab dan akibatnya,jadi janganlah tergesa2 dlm mengambil tindakan.Kehendak agama perlu didahulukan.

* Jauhi hasad *
-perasaan hasad dapat meruntuhkan amalan dan memakan diri sendiri kerana jiwa akan menjadi tidak tenang  apabila diri sentiasa memikirkan cara untuk menjatuhkan orang lain.

* Tawaduk *
-sikap sombong memperkecil dan merendahkan diri sendiri pada pandangan Allah dan manusia yang lain.. Oleh itu,sentiasalah beringat bahawa ada yg lebih tinggi dan hebat dari kita..

* Berhenti berangan-angan yang panjang *
-Berhentilah menunda -nunda perbuatan yg baik atau tidak gerun kepada azab melakukan dosa kerana merasakan masih ada masa yg panjang,ianya merugikan diri sendiri..Segeralah beramal..!!

* Isi sebelum kosong *
-isilah dengan keperluan fitrahnya..teruskan berdoa,membaca al-Quran dan menyertai majlis2 ilmu.Semoga jiwa kita cenderung terisi dengan kebaikan,lantas dijauhkan daripada jiwa yg kosong,sakit dan melarat..

Bersama - samalah kita renungkan untuk dijadikan panduan kepada kita bagi meneguhkan keimanan kita kepadaNya..Amin..

Thursday 27 December 2012

Surprise untuk ayah..dari adib...

Salam semua...hari ni saya tak sempat nak online,tak tengok langsung pun kat laptop atas meja tu ha..(sibuk giler la tu kononnya..)hehehe.. Lepas pergi pasar pagi tadi,tetiba je terasa nak sibukkan diri hari ni..lepas masak pe lagi,mulalah sesi penyibukan diri sendiri tu.. Rasa jemu tengok susun atur perabot kat dalam rumah,dah 6 bulan tak ubah..Timbullah idea untuk buat susun atur lain.

tolak meja tu g sana ye adib..
Dah tak sempat rasanya nak tunggu sampai hari Sabtu ni..buat je lah..dah dok terbayang je kat kepala ni cane nak buat..kurang2 boleh jugak surprise kan en.hubby bila dia balik keja nanti..Dah tanya pendapat 2 pembantu kecil tu,dah dapat persetujuan diorang untuk menolong saya,saya pun memulakan sesi tersebut.. Tolak sana,tarik sini..sampai sakit belakang saya.rasa macam nak putus urat kentut.hahahaha..(sapa suruh cari penyakit..)Akhirnya siap jugak..Mujur lah perabot saya tak banyak..hehehe..

relak lepas penat tolong ibu..
***mujur ada 2 pembantu yang setia ni..10q adib dan afiqah..***
Bila en.hubby balik..Adib pun jerit..."KECUTAN AYAH.!!.".. hahahaha... patutnya  "KEJUTAN AYAH..!!"..Adib..adib..


Nasi Goreng Seafood Berlada..




Nasi goreng seafood berlada ni boleh tahan jugak rasanya... First time buat,pandai2 sendiri je..En.hubby cakap sedap,tu pasal lah berani letak kat blog saya ni...selamat mencuba..

Bahan2nya :
-3 biji bawang merah,2 ulas bawang putih,1 biji cili hidup,5 biji cili api,1 sudu kecil lada hitam..(tumbuk      lumat)
- sotong dan udang..,sayur campur (kuantiti ikut masing2)
-3 - 4 cawan nasi
-garam secukup rasa..

Cara2 membuatnya :
-Tumis bahan yang ditumbuk lumat sehingga naik bau dan garing..
-masukkan sotong dan udang,goreng separuh masak dan masukkan sayur campur,goreng sehingga masak.
-masukkan garam dan nasi..goreng dan gaul sehingga rata@ sebati.. 

dah siap...


Wednesday 26 December 2012

Rezeki Allah S.W.T sentiasa cukup...



Dah hujung2 tahun ni mesti ramai yang buka buku buat kira2 kan..nak bayar yuran sekolah anak,barang2 sekolah anak..kira lebih lah bulan ni keluar belanja.Alhamdulillah..pendaftaran Adib dan yuran dia dah selesai pagi tadi..Semua barang sekolah dia pun dah cukup..Lepas ni tinggal Adib nak pergi sekolah belajar je.

Saya terkenang masa saya sekolah dulu..Bapak saya kerja kat kilang beras di kampung,gaji dia Rm 500-600 je sebulan..tapi cukup je untuk tampung kitaorang 5 beradik belajar.Rezeki pemberian dari Allah S.W.T tak dapat kita pertikaikan..Betul tak? Sekarang gaji ribu2 pun belum tentu cukup..

Masa zaman persekolahan saya dulu,kami adik beradik tak pernah pun di janjikan hadiah atau apa2 ganjaran dari mak dan bapak untuk dapat keputusan yg baik dlm exam.Kami tak pernah dapat pergi rombongan anjuran pihak sekolah dan kami tak pernah dapat mengambil kelas tuisyen kat luar..tapi syukur sangat sebab mak dan bapak tak pernah abaikan keperluan kami untuk belajar.Bapak saya cakap..."kalau dengar betul2 cikgu ajar tak payah p tuisyen pun takpa..balik rumah buat keja sekolah pun boleh jadi pandai". Tu je kata bapak saya kalau kami minta nak pergi kelas tuisyen. Dia tak pernah cakap ngan kitaorang dia takda duit..Tapi kitaorang faham..itu je yg mampu dia bagi..Terima kasih mak,pak... sebab berikan kami adik beradik pendidikan yang cukup untuk menjadi insan yang baik dan berjaya..

Walaupun saya tak bekerja,bukan bermakna saya tak berjaya ye.. hehehe. Keputusan SPM ngan STP saya OK sangat..cuma tak ada rezeki nak sambung blajar.Tapi saya takda lah berkecil hati..Saya faham keadaan bapak masa tu..Kerja pun dah takada.. Semuanya ketentuan dariNya.. Yang tak tahan tu dia carikan jodoh pulak...hahaha..Jodoh yang baik mesti lah kita terima...jodoh tu..En.hubby saya la...

***Letak gambar duit tu...kalau yang lain tak menarik  sangat.hehehe.***

Tuesday 25 December 2012

Tasik Beris..Ladang Anggur..

Kengkawan penah dengar tak nama tasik ni? Tasik Beris dekat Sik,kedah.. dekat la jugak dengan kampung suami saya.. Balik kampung hari tu sempat la jugak pergi jalan2 sana..tengok ladang anggur.. boleh tahan tempat dia..tapi masih lagi dalam proses penambahbaikan.... Sempat la snap beberapa keping gambar Adib kat sana... Kat ladang tu kalau nak petik buah sendiri pun boleh..Sekilo Rm 50.. hahaha.(mahal giler.. baik bali kat pasar malam...hahaha..).Tapi kalau nak merasa petik sendiri boleh la kan... Masa saya pergi hari tu buah tak banyak sangat..dah dipetik..tinggal satu kawasan je yang diorang tak petik lagi..tu pun untuk pengunjung bergambar dan tengok buah anggur yang tergantung secara dekat.. hehehe.

manis tau buah ni..Adib rasa..

Adib taknak kuar dari sini..

Adib nak yg ni...

Adib kat tepi tasik

Rebung Goreng Udang..

Salam semua.. Hari ni saya terfikir untuk letak resepi rebung goreng udang ni..jangan gelak pulak..ni resepi untuk orang malas je tau..sebab saya buat ni time saya malas tapi perut dah tak sabar nak makan..hehehe. Malu kat geng2 di alam maya ni..semua rajin2 belaka..tapi..saya nak letak jugak resepi ni...Resepi jugakkan..?

 Nak buat ni kena ada 7 bahan je...Rebung(yg telah direbus & ditoskan),udang,cili hidup,bawang merah & putih,halia dan garam. Cara nak masak pun senang tak sampai 5 minit siap..dah boleh makan.. Macam ni ye...mula2..goreng rebung yg di gaul dengan garam & kunyit (dalam 2 minit), masukkan udang, goreng smpai masak..(ketepikan),tumis bawang,halia dan cili hidup..masukkan kembali rebung & udang tadi, goreng dan gaul sebati.. siap... senang kan... boleh tahan jugak rasa dia..kena lah dengan malas tu..hehehe..

udang tu yang buat nampak sedap sebenarnye...hehehe

Sunday 23 December 2012

Terung Salai Masak Sambal Tumis..

Hari ni tetiba terbit idea nak try buat terung salai masak sambal tumis..Saya tak pernah buat pun sebelum ni..Terung pun tak pernah beli..Tak percaya ke? betul..saya tak pernah masak terung.. Saya pun hentam je lah..jadi la masakan ni..

Bahannya dan caranya..:
-terung panjang (salai dulu @ goreng tanpa minyak)
-cili kering,bawang besar,bawang putih,halia sikit (blender & tumis sampai pecah minyak)
-air asam jawa,garam dan gula. (masukkan selepas pes cili tadi dah pecah minyak..kuantitinya secukup rasa dan kacau sehingga garing)
-selepas itu...masukkan terung yang di salai tadi..siap..


***Seperti biasa...sori sebab  persembahan hidangan tak bapa menarik..***

Cucur Cempedak...sedapnya..

Pagi tadi bila bangun terus terfikir nak buat cucur cempedak..sebab bau buah cempedak dah menusuk kat hidung ni ha..jiran bagi semalam..Alhamdulillah..Ulas dia kecik2 je tapi rasa tetap menyengat.. Bancuhan tepung senang je.. Tepung beras + tepung jagung + garam + air.. siap.bancuhan jangan terlalu cair nanti tak lekat kat buah tu..Kalau ikut resepi mak saya pulak...Tepung beras + sedikit air kapur(kapur sireh tu) + garam..dah siap..Tapi saya tak suka guna kapur sebab bila goreng minyak jadi berbuih.jadi,pandai2 lah sendiri ganti kapur dengan tepung jagung..hehehe..Panas kuali,masukkan minyak masak dan goreng isi buah cempedak yg di saluti bancuhan tepung tadi...dah siap..makan le...tunggu apa lagi..

Dapat satu penapis...


Makan panas2 bersama white coffee suam..sedap der...


Saturday 22 December 2012

Laksa Kedah...

Salam semua..Hari ni saya rasa boring sangat..sampai dah taktau nak masak ape..sebabnya..en.hubby tido je kat sofa tu ha..bukan jeles ye..jangan salah faham pulak.. tak ada mood nak masak sebab selalunya en.hubby sibuk je cakap nak makan itu,nak makan ini..Malam semalam en.hubby kena pergi kilang nengokkan owang wat keja..sian dia ..first time kena keja 24 jam..tu pasal lah dia tido memanjang hari ni..esok nak kena pergi lagi..sekarang dah mula la episod kerja hari cuti dia macam taun lepas.sampai cuti raya pun kena keja.raya 1 hari je dah kena masuk kilang..(kalau dapat gaji OT xpe jgak..heheh)..Tapi xpe lah,nak buat macamana...dah keja dia kan..terima je lah dengan hati yang terbuka..(eh...dah melalut pulak..ni nak cerita pasal makan ke nak cerita pasal en.hubby ni...)hehehe..sori..

Mula2 pelan nak buat mee kuah,tapi tak ada daging pulak kat pasar tadi..last2 saya buat laksa je lah...Hari2 cuti selalunya kitaorang makan lain dari nasi...ye lah..hari2 nasi tak best la kan...Sedap betul laksa hari ni (puji diri...hehe) Pada sesiapa yang nak order boleh...semangkuk Rm2.50.. hehee. senang je nak buat laksa ni..bahan2 pun tak banyak..

Bahan kuah:
ikan kembung,(rebus,asingkan isi,blender)cili kering,belacan,bawang besar..(agak2 je kuantiti bahan..blender),daun kesum,asam keping,bunga kantan..garam.

Cara2:
masak bahan blender cili tadi sampai mendidih,masukkan ikan yg di blender dan masuk kan semua bahan yang lain..tunggu mendidih..perasakan dengan garam secukup rasa..

Ha...senangkan..sapa tak faham angkat tangan!!! boleh tanya cikgu lepas ni ye... hehehe.. yang lain macam biasa la.. rebus laksa,toskan.. taburkan hirisan bawang besar,timun,salad @ daun selom,telur rebus,limau nipis,cili padi dan nenas(kalau suka)....habis... sekian... selamat mencuba..



***macam x puas hati je en.hubby kena pergi keja time cuti***
***sori ye...plating hancur..kalau kt masterchef...kantoi  la..***


Bloglist Setahun Dari ciklaili.com

Salam semua...saya terbaca entry bloglist setahun dari ciklaili.com ni dari laman blog yang lain.. Macam menarik je untuk disertai oleh "pelajar baru" macam saya ni..so saya pun join lah...jom join sama2..

Assalamualaikum..kepada cik laili dan kengkawan.. Nama saya Shamila..saya sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang cahayamata,seorang putera dan seorang puteri..Seorang suri rumah sepenuh masa dan saya seorang yang ceria..gila2,suka bercakap(kalau bercakap susah nak benti..)dan tak suka sedih2..Pendek kata  seorang yang Happy Go Lucky..Penulisan dalam blog saya hanyalah berkisarkan tentang persekitaran saya sebagai seorang wanita,isteri,ibu dan anak kepada ibubapa saya..hanya sekadar mengisi masa lapang,berkongsi cerita,ilmu dan pendapat juga untuk mencari kenalan baru di alam maya ni...jadi,harap2 ada lah diantara kalian yang sudi menjadi kawan saya..terima kasih..

Semasa saya "jalan-jalan" kat blog ciklaili.com saya tertarik dengan entri beliau tentang percutian di hot spring sg. klah..Jeles pun ada sebenarnya..hehehe.. sebabnya sebelum ini saya pernah kesana sebanyak 2 kali tetapi tidak berpuasa hati kerana takdapat mandi dengan sepuas2nya..hehe.. hari hujan..sejuk maa... walaupun ada air panas..Lain kali kena pergi lagi..bila la en.hubby nak free kan..? kengkawan yang teringin nak tengok suasana di Felda Residence Hot Spring  Sg.Klah..boleh tgok kat sini..
http://www.ciklaili.com/2012/12/percutian-di-felda-residence-hot-spring.html#axzz2Fm4jI4iY

Akhir sekali terima kasih kepada cikgu laili kita kerana mewujudkan laman ni.. TERBAIK lah...



Friday 21 December 2012

Rasa macam kat "Cameron Highland" je...

Salam... Hmmm..pagi ni bila tunggu en.hubby nak keluar pergi keja..buka je pintu........ banyaknya kabus.. Heheee. (macam la hari lain takda kabus) ..Tanjung Malim ni kan kawasan bukit,gunung,hutan dan pepe gi lah yang hijau jadi pagi2 ada je kabus..Belakang rumah saya pun bukit jugak..ladang kelapa sawit..Sejukkk je..Kalau malam hujan lagi la banyak kabus..dah jadi kabut..

Bila dah banyak kabus terasa lah macam berada di Cameron highland...tapi takada strawberi lah..hehehe. Tapi kat Cameron pun dah tak bapa sejuk dah sekarang ni kan..?Macamana nak sejuk..semua pokok dah kena tebang,bukit pun  kena gondol..  last2 dah takda pe yang tinggal.. betul tak? Hehehe...dah melalut plak makcik sorang ni...sori..^ -^



**nampak tak perbezaan suasana pagi dan tengahari...jangan tengok kereta plak..hehehe**

Thursday 20 December 2012

Afiqah Nak Pakai Baju Kawen...?!

Hai  u ollz... Petang ni saya nak cerita pasal my sweet little girl,Nor Afiqah Syaza pulak..asyik cerita pasal abang dia je..Hehehe.. Sejak 2 bulan yang lepas.Afiqah ni asyik nak melaram je..semua ni bermula lepas dia tengok pengantin perempuan cina kat sebelah rumah saya.Masa kitaorang pergi makan,aunty sebelah rumah tu panggil la menantu dia untuk dikenalkan dengan kitaorang(jiran2 lain pun ada)...Memang cantik habis menantu dia..cun giler..Sampai tak buang mata la Afiqah tengok..(psst...sama la ngan ibu dia pun..) hehehe..

Masa kat situ Afiqah 'ok' je..Tapi...bila balik rumah je....dia terus buka baju dia..pastu dia nangis cakap "Ayah...Fiqah nak baju kawen.." .Ha!!! terkejut en.hubby..anak dara dia minta baju kawen. Pastu saya bagi la baju raya dia..Tak nak...nak yang kembang macam pengantin jugak..En.hubby pun bawa la Afiqah pergi tengok baju kat Hari -Hari depan rumah tu..

bergaya dgn baju 'kawen' siap ngn  belon lagi..
Mula2 Afiqah pilih gaun princess,tapi en.hubby tak bagi nanti panas.so..pilih lah gaun lain..pilih punya pilih dapat la 1 kaler pink..Balik rumah terus pakai..Hehehe.. Lepas tu taknak tanggal dah gaun tu..jenuh pujuk.. Sampai sekarang kalau saya basuh baju tu,dia nampak je kat ampaian dia minta nak pakai..Last2 bila dah kering,saya sorok je baju tu..Ye la,takkan lah nak pakai baju tu je...hehehe....

**Sekarang nak pakai baju pundah nak pilih sendiri...**


Kesian Adib...

Salam semua...  Hari ni terasa sunyi pulak..tak dengar suara Adib mengusik Afiqah.. Gusi Adib bengkak.. nangis je dia..sampai dah tertidur..Ibu bagi susu pun minum tak habis..Cakap nak bawa pergi klinik,lagi la nangis..jadi ibu sapu minyak ubat dulu kat pipi dia.Hhmmm..kenapa gusi dia bengkak ye? panas kot... tapi badan dia tak panas pun..kan dia makan buah rambutan banyak 2-3 hari ni... Takpe lah..kejab lagi dia bangun bawa pergi klinik..

**Doakan Adib cepat sembuh..Amin..**

Wednesday 19 December 2012

Rahsia dan Petua Penjagaan Ibu Lepas Bersalin..(berpantang)

Assalamualaikum semua... Asyik berceloteh cerita anak2 je,sesekali kita cerita pasal ilmiah pulak.. Bukan semua orang tahu pasal amalan berpantang ni..jadi,saya nak kongsikan info yang saya dapat dari buku keluaran Pa&Ma ni dengan kawan2..

Antara amalan yang dilakukan semasa tempoh berpantang adalah..

* BERURUT * 
-melancarkan peredaran darah,menaikkan peranakan,membetulkan urat.
-mencergaskan badan yg lesu,melegakan rasa lenguh,sengal & keletihan pada badan.
-mengeluarkan angin dlm badan,memecahkan lemak & melawaskan nifas.

*  BERTUNGKU *
-mengecutkan rahim,buang angin,memperbaiki peredaran darah,menghangatkan badan.
-melembutkan urat saraf & mengelakkan dari bentan urat dan demam.
-menolak peranakan naik ke atas,mengeluarkan darah kotor dan beku dlm badan.

* MANDI REMPAH,LULUR DAN MANDI BUNGA*
-menyegarkan dan mewangikan badan,menghaluskan kulit dan menghilangkan kepenatan.
-mempercepatkan penyembuhan luka akibat bersalin &menghindari kemasukan angin sejuk.
-menghilangkan bau badan & mengeluarkan sel2 kulit matipada badan.
-menaikan seri wajah,membuka pori2 badan & memulihkan semangat dan kesihatan.

* BERTANGAS *
-menyihatkan peranakan,mengetatkan otot vagina,merawat keputihan dan darah beku.
-mengecutkan rahim,menghilangkan bau hanyir,mencegah kebas badan & menyahkan toksin dlm badan.

* PARAM,PILIS & TAPEL *
-Param-  menghaluskan kulit,menghindarkan angin,memanaskan tubuh,mengurangkan kesan pecah2 pada     badan.
-Pilis  - mengelakkan sakit kepala,pening,menyegarkan mata & kurangkan pitam dan darah rendah.
-Tapel(ubat barut)- mengurangkan rasa sakit2 lepas bersalin,cepatkan keluarnya darah kotor,kempiskan perut & menegangkan kulit perut..

***last sekali makan jamu la...terpulang kepada individu dlm pengambilan ubat2an***

Roti Bakar lagi....Adib..Adib...

Adib...Adib... Macam2 ibu masak..last2 roti bakar jugak yang dia minta..Roti bakar sapu mentega dan gula,lain taknak...tu la menu yang adib order tiap2 hari..Bila la ibu nak dengar Adib minta something yang lain untuk adib makan.. Seperti yang kawan2 maklum lah kan..Si encem sorang ni tak makan nasi..bukan takat nasi,semua la dia tak makan..Pagi petang,siang malam...roti,roti,roti... kaya toke roti..hehehe.Nak buat macamana kan...dah itu je yang dia suka dan "benarkan" lalu kat tekak dia.. Terima je lah.. Walaupun kadang2 saya rasa jemu untuk buat benda yang dia makan..(1 hari 4-5 kali buat benda yang sama..mesti la jemu)..

Pernah saya paksa adib makan selain roti,dia lebih rela simpan makanan dalam mulut dia dari terus telan.. sampai termuntah2..Haaaiiih...sabooo... jolah...Bila sebut pasal makan je dia terus masam muka.. Habis tu nak buat macam mana lagi..dah mati akal dah...Tapi,Alhamdulillah...Adib takada masalah kesihatan dan tumbesaran...Orang kata nanti lama2 Adib "ok" la..dia dah besar pandai la fikir sendiri.. Ye ke macam tu? Harap2 betul lah kan...

**ibu selalu doakan agar selera Adib akan bertambah seiring dengan usia Adib.Amin...**

Dragon Ball...suka tak?

Kartun Dragon Ball... Ada sesiapa yang tak pernah tengok kartun ni? mustahil lah... sekarang ni dah di tayangkan semula kat Astro Ceria.. Anak2 saya tunggu je,pukul berapa saya pun tak pasti..dalam pukul 6 camtu la..

Seingat saya,cerita kartun ni dulu mula ditayangkan masa zaman saya budak2..dari saya sekolah rendah sampai sekolah menengah..kalau hari cuti je,bangun tidur mandi ,makan pagi mengadap tv tunggu dragon ball..banyak siri dia..dari si Goku budak2 sampai dia jadi Tokwan...hahaha.. tapi saya tak ingat pulak nama cucu dia..anak dia ingat la..Gohan...Adik saya lagi dashyat dia...tak sempat bangun tidur,kawan2 dia dah tunggu kat depan rumah..panggil dia nak tengok dragon ball ni la..(macam la rumah diorang tak ada tv)..  saja seronok tengok ramai2...meriah... Tapi semua tu dah jadi kenangan..


Sekarang anak2 saya pulak yang tengok cerita ni...saya pun kadang2 layan jugak...

Tuesday 18 December 2012

Intai -intai Album Lama...

Masa kat kampung suami minggu lepas..dah takda keja nak buat..terasa gatal pulak tangan nak menyelak album2 lama kat dalam almari mertua..tengok2 gambar lama keluarga en.hubby.. bestnyer diorang ada gambar masa kecik...Keluarga saya takada sekeping pun gambar masa kecik2..


Jadi saya pun pilih lah beberapa keping gambar en.hubby untuk tatapan kengkawan... boleh tengok perbezaannya... Dari umur 7 hari sampai dah besar panjang...dah jadi bapa orang pun..hehehe... Jelesnya tengok.

Bila Afiqah tengok..dia cakap tu semua gambar dia bukan ayah sebab ayah besar... hehehe...Alasan budak umur 2 tahun 9 bulan....Dulu Adib pun sama jugak..
***sori...gambar en.hubby masa remaja tak letak kt sini...malu,kurang macho katanya..****


Balik ke Tanjung Malim...Letihnya...

Salam...hai kawan-kawan... akhirnya selepas 2 minggu dapat jugak saya membaca celoteh kawan2.. sebenarnya..diri ni rasa malas nak on laptop ni..tapi dek kerana boring..on jugak lah.Dah 2 hari sampai Tg,Malim..tapi letih tak habis2 lagi...rasa macam nak relak je hari ni..taknak buat ape2..hehe..( melampau la tuu)

On the way balik sini hari ahad haritu..tak sangka pulak banyak kereta kat highway.. pukul 4pm dari Sik..11.30pm sampai Tg.Malim... lenguh satu badan..manataknya..riba Afiqah sepanjang jalan.,dia taknak duduk kat belakang dengan abang dia..kalau kat belakang pun.10 minit dia datang balik kat depan.. "nak duduk ibu .."katanya.. pelat lagi dia..hehehe. Kalau tak bagi dia nangis..bagi jugak lahh... Cayang anak ibu...

Dah sampai rumah,solat terus tidor..besnyer dapat tidor walaupun dah terlelap masa dalam keta.. Semalam saya dan en.hubby buat kerja pembersihan rumah (berhabuk rumah ni..)..itu pasal la letih..sampai malas nak masak..Tengahari tapau je.petang buat cucur cempedak...habis licin...Ni pun dok tengah fikir nak masak apa untuk tengahari ni...buat yang simple je lah...

Jumpa lagi nanti ye...nak masuk opis dah..(dapur)...hehehe. cukup lah merepek untuk panaskan jari yang dah lama rehat ni..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...