Susu ibu adalah kurnian
AllahS.W.T yang sangat besar dan tidak ternilai kepada seorang wanita yang
bergelar ibu.. melalui penyusuan ibu juga kita dapat merapatkan si ibu dengan
anak dan sekaligus membantu pembentukan peribadi anak-anak.
Setiap bayi mempunyai
hak utk mendapatkan susu ibunya.tetapi agak mengecewakan kerana ada juga ibu yang
tidak menghiraukannya…alangkah ruginya ibu itu.. Wahai ibu –ibu…. Kasihanilah
bayi –bayi anda..berikan lah hak mereka… besar pahalanya kita menyusui
mereka..dalam Islam juga sgt menekankan pentingnya penyusuan susu ibu…
Ini kerana ,terdapat perintah dalam
al-Quran,dimana ,firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
“Para ibu hendaklah menyusu anaknya selama
dua tahun penuh,iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuannya. Apabila
kedua-duanya ingin memberhentikan (sebelum cukup tempoh dua tahun) dengan
kerelaan kedua-duanya dan melalui perbincangan,maka tidak ada dosa bagi keduanya.”
(Surah al-Baqarah,233)
Golongan bapa juga perlu
bertanggungjawab untuk memastikan si ibu berada dalam keadaan selesa bagi
meneruskan penyusuan anaknya..dan apabila bapa kepada anak tersebut meninggal
dunia,maka tugas tersebut hendaklah diambil alih oleh keluarganya utk
menyediakan keperluan ibu supaya penyusuan dapat diteruskan… InsyaAllah… begitu
juga bagi pasangan yang bercerai..suami patut memberi keperluan kepada bekas
isteri dalam tempoh penyusuan anak.
Alhamdulillah..kedua –dua anak
saya mendapat penyusuan yang lengkap sehingga mereka berumur 2 tahun… Bagi
ibu-ibu di luar sana yang telah berjaya menyusukan anak mereka,TAHNIAH saya
ucapkn dan teruskan ia selagi diri anda termampu..semoga kita memperoleh
anak-anak yg cemerlang sahsiah peribadinya biarpun didunia dan di akhirat
kelak..Amin…
No comments:
Post a Comment