WANITA DAN KECANTKAN

WANITA DAN KECANTKAN
Wanita dan kecantikan tidak dapat dipisahkan. KLIK gambar

Tuesday, 20 November 2012

UPIN DAN IPIN VS BOBOIBOY


Siapa yang tidak kenal upin ipin & boboiboy? Mustahil kalau masih ada yang tidak kenal kan.. kartun animasi malaysia yang berjaya memikat hati bukan sahaja kanak-kanak bahkan orang dewasa. Watak kartun yang comel lote kata orang kedah..petah bercakap dan mencuit hati.



Kartun mana lebih popular?kartun adik beradik kembar ke superhero?tapi..bukan isu popular yang nak saya kongsikan kerana bagi saya kedua-duanya sama popular.tak gitu???



Saya mempunyai 2 orang anak dan kedua-duanya sangat suka dengan kartun tersebut.. sehinggakan saya naik jemu..tengok tv je..upin ipin..boboiboy..tak cukup kat rancangan tv,tgok vcd lg,kadang2 dalam komputer..pendek kata kalau tak tengok kartun2 tu tak sah.. komik lagi.

Kadang-kadang saya pun hairan..tak jemu ke diorang ni?benda yang sama je di ulang-ulang sehari 4 5 kali..hehe.bahkan sampai dah boleh hafal semua dialog,bunyi musik dan adegan..belum sampai babak yang lucu diaorang dah gelak siap..tapi…layan je lah…mujurlah dalam animasi tu takda ajar benda yang bukan-bukan dan kurang sopan.




Bukan setakat upin ipin dan boboiboy je..channel cartoon astro pun sama. Ultraman,ninja nantaro,tayo macam-macam la..dulu pocoyo..suami saya pernah menulis dalam laman blognya yang bertajuk..’anak aku suka pocoyo’.. sampai dia merajuk pun muncung macam pocoyo..siap dengan tangan berpeluk di  dada lagi tu..hehehe..dah lama tak ada pocoyo,tapi sekarang dah di siarkan kembali..saya pun sangkut tengok kartun dengan diorang…hehe.dah nasib…hehehe

1 comment:

  1. mama tengok jugak katun..tiap2 hr ahad tgk voltron force..hiii.. =p

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...