WANITA DAN KECANTKAN

WANITA DAN KECANTKAN
Wanita dan kecantikan tidak dapat dipisahkan. KLIK gambar

Tuesday, 20 November 2012

Lawak Familia (Bhg 2)


Petang  tu suami saya keluar mencuci motosikalnya kerana dah penuh dengan sarang labah-labah ,habuk dan segala macam lah bendanya…dah macam tong sampah..bila sudah siap,dah bersinar motor tu,dia pun nak hidupkan motor..motor tu pun buat hal lah..almaklumlah dah lama  tak dipanaskan.. Selepas berpuluh-puluh minit mencuba,tak hidup-hidup jugak..

Suami: dah  tak larat dah aih nak start..

Saya: motor tu merajuk kot..dah lama tak bawa dia jalan-jalan..

Jiran 1: kenapa abang ? motor rosak ka?

Suami: tak tau lah napa tak nak hidup pulak dia..

Jiran yang baik hati tu pun berhenti dan tolong suami.lepas tu sorang demi sorang datang tengok. Bergilir-gilir lah diorang menendang pedal motor tu…tapi tidak berhasil.

Jiran 2: spark plack dia rosak kot..

Jiran 3: try tukar dengan plack saya..

Suami: tak hidup pun…

Jiran 2: bawa p kedai je lah bang..kitaorang pun tak tau apa masalah dia..

Suami: hmmm… takpa lah..terima kasih la tolong saya…

Jiran 1 2 3: sama-sama..

Jiran 1: tgok minyak  dulu bang nak bawa p kedai..

Suami : ok…

Pastu suami saya pun buka lah penutup tangki minyak dia..tengok-tengok…..
Suami :hahahaha…. Patut la tak nak hidup…

Jiran 1: napa bang?

Suami: takada minyak..tangki kering…

Jiran 1 2 3: la…ingat abang dh cek minyak tadi.. hahahaha…

Tamat…

Ntah apa-apa kan?buat penat je sepetang diorang berhempas pulas.. kan senang kalau awal-awal lagi dh buka tengok minyak.. hampeh betoi la…. Hahahaha..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...