WANITA DAN KECANTKAN

WANITA DAN KECANTKAN
Wanita dan kecantikan tidak dapat dipisahkan. KLIK gambar

Tuesday, 20 November 2012

Teknik Penyusuan Ibu…


Assalamualaikum..salam sejahtera kepada semua..hari ini saya ingin berkongsi dengan korang semua tentang teknik penyusuan ibu yang saya perolehi dalam koleksi buku saya. Saya yakin ramai ibu mengambil mudah ketika menyusukan anak.. Sebenarnya cara kita menyusukan bayi akan memberikan kesan terhadap perkembangan bayi kita.Oleh itu,saya sarankan supaya golongan ibu melakukan beberapa tindakan semasa proses penyusuan..Tidak ada salahnya kita berkongsi ilmu.. Semoga kita mendapat keberkatan dariNya dan memperolehi  anak-anak yang cantik dan cemerlang jiwa dan rohaninya..Amin…
Berikut adalah teknik yang di sarankan:

·         Peluk bayi anda dengan erat dan penuh kasih saying.
·         Kemudian usap – usap kepala bayi anda dan belailah tubuh badannya.
·         Jagalah emosi ketika menyusu.. Elakkan daripada menyusu bayi apabila sedang marah kerana anak itu akan menjadi berang..
·         Riba anak ketika menyusu kerana ia akan mempengaruhi mentalnya dan membantu untuk bayi berinteraksi secara harmoni pada keadaan sekelilingnya.
·         Ibu hendaklah menjaga kebersihan pemakanannya kerana apa yang dimakan si ibu turut dirasa oleh anak. Kerana Rasulullah mengingatkan dengan sabdanya yang bermaksud;  “ Hati itu ditempa dengan apa yang dimakannya.”

               Disini saya selitkan juga kelebihan anak yang disusui dengan susu ibu…

·         Watak anak lebih lembut.
·         Emosi bayi lebih stabil.
·         Anak lebih mengasihi ibunya serta adik beradiknya yang lain.
·         Anak berasa lebih terjamin,yakin dan lebih berani.
·         Anak tidak mudah di timpa tekanan jiwa.
·         Minda anak lebih cemerlang.
·         Fizikal anak lebih kebal dari penyakit..

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...