WANITA DAN KECANTKAN

WANITA DAN KECANTKAN
Wanita dan kecantikan tidak dapat dipisahkan. KLIK gambar

Wednesday 28 November 2012

Sayangi Keluarga Mertua Kita...

Salam semua..Hari ni saya rasa macam nak merapu pasal isu ibu mertua ni..bagi pandangan saya ramai yang takut dengan mak mertua terutamanya menantu pompuan.Setakat yang saya kenal,kebanyakannya tak berani nak balik kampung mertua sendirian.Kenapa diorang takut ye? Pada pendapat saya ada beberapa faktor yang boleh mengakrabkan hubungan kita dengan mertua...Korang saya taktau lah...

  • Masa balik kampung kenalah bahagikan masa antara rumah mak kita dengan rumah mertua dengan adil,sama banyak..baru lah takada yang kecil hati..(kalau kita fikir mak kita rindukan kita,begitu juga mertua kita)
  • Jangan cepat terasa hati bila kena tegur dengan mertua..Anggaplah macam mak kita yang tegur kita.. Untuk kebaikan jugak..
  • Bersyukurlah kerana masih ada mereka..boleh kita menumpang kasih..kan best ada 2 mak..2 ayah..
  • Ringan2 kan tulang untuk menolong di dapur..walaupun ramai yang menolong..sekurang-kurangnya ipar duai yang lain berasa adil.
  • Berterus terang dengan mertua kalau kita tak pandai memasak..kurang2 pun kita tolong potong sayur ke pe.. boleh le sambil2 tu minta resepi.Mesti mertua kita seronok..
  • Selalulah telefon bertanya khabar.walaupun takada benda nak cakap..Lama2 kita akan jadi mesra dengan mertua..Mertua pasti rasa disayangi dan kita pun seronok bila mertua sayang kita..
  • Anggaplah ipar duai kita macam sedara kandung kita sendiri..saya bersyukur sangat kerana adik-adik ipar saya tidak pernah membuatkan saya rasa keseorangan bila berada di sana...TERBAIKLAH..!!
  • Luangkan masa balik kekampung dengan anak2 sendirian tinggal dengan mertua selama beberapa hari.Janganlah balik rumah mak kita je...mesti mertua rasa kecil hati bila dapat tahu walaupun diorang tak nyatakan.

Pepepun anggaplah mertua seperti ibubapa kita sendiri..kerana tanpa mereka takadalah suami kita..Sayangilah mereka sebagai peringatan suatu hari nanti kita juga akan menjadi "mertua".. dan sudah tentu kita akan berkecil hati sekiranya anak menantu kita membanding-bandingkan kita dengan keluarga besan kita..TAK GITU????  Renung-renungkan...


2 comments:

  1. btl tu kak klu dah syg suami kna la syg ibu suami kan? hehehe sy xkawin lg kak tp sy akan cuba syg bakal ibu mertua sy hikhik

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebelum kahwin,tefon2 la tanya khabar bakal mertua..untuk hilangkan rasa kekok bila dah kahwin... hehe. selamat mencuba dan semoga shalee dapat menjadi seorang menantu yg baik di masa akan datang... amin..

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...