teknik 'paced bottle feeding' |
Pertama sekali jangan memaksa bayi kerana ini akan menyebabkan dia menolak sama sekali dan menjadi marah setiap kali sesuatu yg baru diperkenalkan kepadanya.Ibu juga perlu banyakbersabar dan jangan mudah berputus asa kerana hal ini memerlukan banyak latihan..Sekiranya bayi menangis..berhenti dan cuba lagi dilain masa.Boleh juga gunakan kaedah lain seperti menggunakan sudu,cawan,picagari @ finger feeder (melatakkan tiub halus di jari anda)
pemberian susu dengan sudu |
- susu botol hanya diberi jika bayi menunjukkan tanda lapar dan tidak mengikut jadual.
- pangku bayi dlm posisi duduk untuk memastikan pengambilan susu dari botol pada kadar yang sesuai. (paced bottle feeding) **menyusu ketika berbaring boleh meningkatkan risiko gigi rosak dan jangkitan telinga.
- ubah posisi botol susu dari sebelah bahagian mulut ke bahagian yg lain untuk mengelakkan bayi menjadi gemar menyusu sebelah payudara sahaja.
- sesi penyusuan hanya dalam 10 ke 20 minit sahaja..** pengasuh bayi perlu menyediakan susu dlm kuantiti yg sesuai dihabiskan dlm tempoh tersebut.
- biar bayi memasukkan sendiri puting kedalam mulutnya. ** usap bibir bayi dari atas ke bawah untuk menggalakkan dia membuka mulut dgn luas.**
- kerap berhenti seketika sewaktu menyusukan bayi dgn meniru rentak penyusuan susu badan.Ini bagi mengelakkan bayi menjadi keliru puting.
- bayi tidak sepatutnya menghabis kan baki susu di dalam botol..**bayi sudah kenyang jika dia meleraikan botol dari mulutnya.
**semoga teknik ini dapat memberi panduan kepada kengkawan**
No comments:
Post a Comment