WANITA DAN KECANTKAN

WANITA DAN KECANTKAN
Wanita dan kecantikan tidak dapat dipisahkan. KLIK gambar

Wednesday, 19 December 2012

Rahsia dan Petua Penjagaan Ibu Lepas Bersalin..(berpantang)

Assalamualaikum semua... Asyik berceloteh cerita anak2 je,sesekali kita cerita pasal ilmiah pulak.. Bukan semua orang tahu pasal amalan berpantang ni..jadi,saya nak kongsikan info yang saya dapat dari buku keluaran Pa&Ma ni dengan kawan2..

Antara amalan yang dilakukan semasa tempoh berpantang adalah..

* BERURUT * 
-melancarkan peredaran darah,menaikkan peranakan,membetulkan urat.
-mencergaskan badan yg lesu,melegakan rasa lenguh,sengal & keletihan pada badan.
-mengeluarkan angin dlm badan,memecahkan lemak & melawaskan nifas.

*  BERTUNGKU *
-mengecutkan rahim,buang angin,memperbaiki peredaran darah,menghangatkan badan.
-melembutkan urat saraf & mengelakkan dari bentan urat dan demam.
-menolak peranakan naik ke atas,mengeluarkan darah kotor dan beku dlm badan.

* MANDI REMPAH,LULUR DAN MANDI BUNGA*
-menyegarkan dan mewangikan badan,menghaluskan kulit dan menghilangkan kepenatan.
-mempercepatkan penyembuhan luka akibat bersalin &menghindari kemasukan angin sejuk.
-menghilangkan bau badan & mengeluarkan sel2 kulit matipada badan.
-menaikan seri wajah,membuka pori2 badan & memulihkan semangat dan kesihatan.

* BERTANGAS *
-menyihatkan peranakan,mengetatkan otot vagina,merawat keputihan dan darah beku.
-mengecutkan rahim,menghilangkan bau hanyir,mencegah kebas badan & menyahkan toksin dlm badan.

* PARAM,PILIS & TAPEL *
-Param-  menghaluskan kulit,menghindarkan angin,memanaskan tubuh,mengurangkan kesan pecah2 pada     badan.
-Pilis  - mengelakkan sakit kepala,pening,menyegarkan mata & kurangkan pitam dan darah rendah.
-Tapel(ubat barut)- mengurangkan rasa sakit2 lepas bersalin,cepatkan keluarnya darah kotor,kempiskan perut & menegangkan kulit perut..

***last sekali makan jamu la...terpulang kepada individu dlm pengambilan ubat2an***

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...