WANITA DAN KECANTKAN

WANITA DAN KECANTKAN
Wanita dan kecantikan tidak dapat dipisahkan. KLIK gambar

Friday, 28 December 2012

Mengekalkan Kesihatan Jiwa..

Assalamualaikum..sempena hari jumaat,penghulu segala hari ni..saya nak kongsikan tip2 & cara2 untuk kita mengekalkan kesihatan jiwa kita.. dari majalah ilmu,majalah Gen-Q.. Selamat beramal..

* Usah tergesa *
-setiap tindakan mempunyai sebab dan akibatnya,jadi janganlah tergesa2 dlm mengambil tindakan.Kehendak agama perlu didahulukan.

* Jauhi hasad *
-perasaan hasad dapat meruntuhkan amalan dan memakan diri sendiri kerana jiwa akan menjadi tidak tenang  apabila diri sentiasa memikirkan cara untuk menjatuhkan orang lain.

* Tawaduk *
-sikap sombong memperkecil dan merendahkan diri sendiri pada pandangan Allah dan manusia yang lain.. Oleh itu,sentiasalah beringat bahawa ada yg lebih tinggi dan hebat dari kita..

* Berhenti berangan-angan yang panjang *
-Berhentilah menunda -nunda perbuatan yg baik atau tidak gerun kepada azab melakukan dosa kerana merasakan masih ada masa yg panjang,ianya merugikan diri sendiri..Segeralah beramal..!!

* Isi sebelum kosong *
-isilah dengan keperluan fitrahnya..teruskan berdoa,membaca al-Quran dan menyertai majlis2 ilmu.Semoga jiwa kita cenderung terisi dengan kebaikan,lantas dijauhkan daripada jiwa yg kosong,sakit dan melarat..

Bersama - samalah kita renungkan untuk dijadikan panduan kepada kita bagi meneguhkan keimanan kita kepadaNya..Amin..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...