WANITA DAN KECANTKAN

WANITA DAN KECANTKAN
Wanita dan kecantikan tidak dapat dipisahkan. KLIK gambar

Saturday 15 November 2014

Cara Sihat Nikmati Coklat

Coklat ! sebut saja coklat mesti ramai yang dah menelan air liur,betol tak? hihi.Coklat boleh membawa penyakit jika diambil dengan kadar yang berlebihan. Ye betul tu ! bukan mitos ye.. Tetapi coklat juga mempunyai kebaikannya dimana membantu mengurangkan tekanan darah,melindungi jantung dan otak serta mengawal keinginan kita untuk mengambil makanan manis dan masin. Korang yang suka makan coklat mesti suka bila dengar kebaikan coklat tadi kan ?


aneka coklat...

Dalam entri kali ni saya nak berkongsi dengan korang cara untuk menikmati coklat dengan sihat.

emmmm...yummyyy

# Kisar ke dalam SMOOTHIE

  • tambahkan cip coklat atau beberapa ketul coklat gelap kedalam smoothie.
  • boleh juga tambahkan serbuk koko tanpa gula untuk manfaat kesihatan kita.
  • jadikan smoothie sebagai hidangan sampingan.
# Tambah kedalam BIJIRIN
  • cincang 2 ketul kecil coklat hitam dan campurkan bersama kedalam oat panas.
  • taburkan parutan coklat dengan strawberi atau pisang yang dipotong halus kedalam bijirin sejuk.
  • kaedah ini membantu mengurangkan tahap darah 'ghrelin' yang dipanggil hormon kelaparan. maknanya boleh bantu kurangkan berat badan la kan.. hihihi
sedapnyaaa

# CAMPURKANNYA
  • cairkan  sedikit coklat gelap dengan ai panas(bukan didihkan) dan campurkan sedikit rempah seperti kayu manis serta gaulkannya dengan buah-buahan segar yang dipotong kecil.
  • buah pilihan.. buah zaiton,strawberi,pisang,asparagus,tomato,bawang putih hitam.
# Gaul dalam MENTEGA KACANG
  • gaulkan mentega kacang bersama coklat gelap yang dicincang halus atau diparut,gula tanpa pengawet,buah-buahan kering dan rempah ratus seperti halia yang diparut.
  • lumurkan gabungan bahan tadi keatas buah-buahan segar.
#  Tambah DALAM HIDANGAN
  • gabungkan coklat kedalam makanan tengahari atau makan malam.
  • contohnya,tambah kedalam sambal tumis.. jadinya.. sambal tumis coklat.. hihihi.
Okey..itu lah beberapa cara yang dapat kita praktikkan untuk menikmati coklat. Sesiapa ada cadangan lain boleh kongsi di ruang komen. Selamat mencuba !

P/s : gunakan serbuk koko mentah atau tulen kerana koko proses telah melalui proses kimia yang mengurangkan kandungan antioksidan koko.



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...