WANITA DAN KECANTKAN

WANITA DAN KECANTKAN
Wanita dan kecantikan tidak dapat dipisahkan. KLIK gambar

Thursday 6 November 2014

Panduan Mendidik Anak Perempuan.

Assalamualaikum sahabat2..
Entri kali ini saya ingin berkongsikan panduan mendidik anak perempuan. Pada pendapat saya anak perempuan lebih susah untuk dilatih tatasusilanya berbanding dari anak lelaki. Terima kasih kepada majalah al-Ustaz dimana saya banyak belajar darinya. Diharap dapat memberi manfaat kepada kawan-kawan juga.

# Dalam melatih anak2 tidak kira lelaki atau perempuan sudah tentulah ibubapa yang pertamanya perlu menjadi contoh teladan yang baik kepada anak2.

# Bagi anak perempuan perlu di tekankan lebih dari segi akhlak. Terapkan lah sifat malu dan bersopan yang sesuai dengan tempatnya.

# Biasakan anak perempuan untuk berada di rumah. Bukankah lebih manis dari dibiarkan berkeliaran diluar tanpa pengawasan,terutamanya yang kian meningkat remaja. Untuk kebaikan mereka juga bukan?

# Latihlah anak2 perempuan supaya biasakan diri dengan keadaan didapur. Sekali sekala minta tolong untuk melakukan kerja2 yang mudah. Bancuh air ,potong sayur contohnya. Berpadanan dengan taraf umur mereka lah.

# Di dalam Islam.kita juga diajar untuk memisahkan tempat tidur anak perempuan daripada anak lelaki ketika usia mereka mencecah 10 tahun.

#  Ajarkan anak perempuan untuk menutup aurat. Biasakan mereka dengan pakaian yang menutup aurat. Seeloknya dilatih dari awal,jelaskan hukum dan kepentingan menutup aurat kepada mereka secara berperingkat. Perlahan dan lembut.

#  Biasakan mereka dengan disiplin dan tanggungjawab. Sesekali biarkan mereka menolong untuk menjaga adik,beri kepercayaan kepada mereka. Pasti mereka akan rasa diri mereka lebih diperlukan.

# Sentiasa ingatkan mereka tentang solat fardhu dan jelaskan kepentingan dan kelebihan kepada mereka. Solat tiang agama. Ini penting bagi anak lelaki dan perempuan. Selalunya saya akan cakap dengan anak, kita kena solat supaya Allah sayang,bila Allah sayang kita doa,Allah akan tunaikan samada cepat ataupun lambat.

# Biasakan anak bercakap dengan sopan dan bahasa yang baik. Cakaplah dengan lemah lembut,tak perlu menengking, meninggi suara dan terjerit- jerit.

#  Ajarkan juga anak2 supaya tidak membazir dan tidak kedekut. Sesekali ajarlah mereka untuk menderma. Contohnya,tolong masukkan duit kedalan tabung masjid dan sebagainya.

Diharap dengan perkongsian diatas dapat membantu kita sedikit sebanyak dalam mendidik anak perempuan kita. Amin.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...