WANITA DAN KECANTKAN

WANITA DAN KECANTKAN
Wanita dan kecantikan tidak dapat dipisahkan. KLIK gambar

Tuesday 4 November 2014

Panduan Melatih Anak Berkomunikasi ( Berdoa ) Dengan Allah S.W.T.

Doa adalah ibadah.. Kebanyakan ibubapa menghadapi kesukaran untuk menerangkan pengertian berdoa kepada Yang Maha Pencipta.Saya sendiri tidak pasti apa yang anak saya faham apabila saya cakap nak minta sesuatu minta dengan Allah,berdoa..Nanti Allah dengar ,Allah makbulkan. Dapat saya katakan, kemungkinan besar anak2 akan keliru,adakah setiap permintaan akan dimakbulkan tidak kira baik ataupun jahat ? Bagaimana nak menerangkan bahawa berdoa itu penting dan tidak disalahgunakan untuk sesuatu yang negatif ?



Jadi,dalam entri kali ini,saya ingin berkongsi dengan kawan2 panduan yang boleh kita gunakan untuk mendidik anak2 tentang kepentingan untuk berdoa,berkomunikasi dengan Allah S.W.T. Bagaimana untuk kita menerapkan pemikiran positif dalam minda anak2 kita tentang pentingnya berdoa supaya tidak disalah ertikan oleh mereka yang kian membesar dan baru nak mendalami dan mengenali agama kita.Ins shaa Allah,kita sama2 praktikkan.

Cara Spontan.
# ajarkan anak2 berdoa dalm bahasa yang mudah,tak perlu bagi mereka menghafal doa-doa tertentu kerana mereka akan berasa susah untuk berdoa.
# ajarkan mereka doa yang mudah mereka fahami,sebutlah dalam bahasa yang senang mereka faham.( dialek kedah,kelantan,jawa sbg..)

Tanda Memuji Dan Berterima Kasih.
# ajar anak2 untuk memuji kebesaran Allah S.W.T kerana berdoa bukan hanya untuk meminta,tetapi juga untuk berterima kasih,bersyukur.

Tuhan Mendengar Semuanya.
# yakinkan anak2 bahawa Allah sentiasa mendengar permintaan mereka.
# kita juga sebagai ibubapa harus meluangkan masa mendengar rintihan,cerita2 anak supaya mereka percaya Tuhan juga akan mendengar sepertimana kita mendengar mereka.
# contohnya: bila anak nak cerita sesuatu,kita cakap takperlu la sebab tak penting,jadi bagaimana diorang akan yakin bahawa Tuhan akan mendengar doa mereka. Kerana didalam fahaman mereka Tuhan itu banyak kerjanya,semuanya Tuhan yang buat.Jadi adakah Tuhan nak mendengar doa mereka itu,ibubapa sendiri pon xnak dengar.. betol tak?

Mengakui Dosa dan Kesilapan
# latihlah anak2 supaya mengakui dosa dan kesilapan mereka ketika berdoa. Mungkin mereka takot untuk mengaku dengan kita.takot kita marah kan..
# latih anak tertib berdoa,cakap lah,sebutlah,mengadulah pada Allah kesilapan yang dilakukan,Allah takkan marah. Dengan itu mereka akan merasa lebih selesa dan tenteram apabila berdoa. Ia akan membantu mereka lebih insaf. Begitu juga dengan kita.

Pasrah Dan Yakin.
# ajar anak supaya pasrah dan yakin dengan ketentuan Tuhan. Mungkin mereka berpendapat semua doa akan dimakbulkan,disini juga mereka akan merasa keliru.
# Jelaskan kepada mereka tidak semuanya yang dihajatkan akan mereka dapat. mereka haruslah sabar dan berusaha.
# yakinkan bahawa Allah sentiasa mendengar dan menjawab,tetapi jawapannya mungkin tidak sama seperti yang diharapkan.Kerana Allah berhak menentukan apa yang terbaik bagi kita sebagai makhluk ciptaanNya.




Semua anak berhak untuk kesempatan berbicara dengan Allah SWT. Kitalah yang harus melatih mereka untuk Memuji Tuhan, Bersyukur kepada Tuhan,dan Memohon Hanya Kepada Tuhan Yang Maha Pencipta,Maha Mendengar,Maha Berkuasa. Terapkan rasa Yakin dan Berserah kepada ketentuan Allah, dimana ganjaran yang kita perolehi adalah setanding dengan usaha yang kita lakukan. Semoga dengan perkongsian ini,kita dapat sama2 membaiki diri kearah yang lebih baik. Amin.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...