WANITA DAN KECANTKAN

WANITA DAN KECANTKAN
Wanita dan kecantikan tidak dapat dipisahkan. KLIK gambar

Wednesday 29 October 2014

Bihun Goreng Ala Ibu Mertuaku

Mesti korang hairan kenapa bihun goreng ala ibu mertuaku?kenapa tak bihun goreng tersedap ke ape? Ha..sebabnya.. resepi ni saya amik mak mertua saya punya la. Tapi di ubah sedikit resepinya..sebab ada si bam2 Alif nak makan jugak.hihihi

Ape yang spesialnye? Takda la spesial sangat pon..cuma ditambahkan dengan kacang tanah goreng. Jadi bila kita makan tu..dalam lembut2 ada la kerangupannya.. cruncy..omputeh kata.

Bahan - bahan :

1. Bihun yg di rendam lembut.
2. Kacang tanah yg digoreng dan ditumbuk kasar.
3. Bahan untuk menumis ( bawang merah,bawang putih )
4.Bahan kisar ( cili kering,bawang besar dan halia )
5. Gula dan garam secukup rasa
6. Kicap lemak manis dan sos tiram
7. Boleh tambah sos cili dan tomato jika mahu. (Sesudu besar setiap satunya) # saya tak letak sebab taknak pedas.
8. Lobak merah( dihiris halus )
9. Kucai dan tauge.
10. Daging (boleh guna ayam juga)
11. Telur ayam (utk di taburkan )

Cara - cara memasaknye :

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumisan sehingga naik bau.
2. Masukkan bahan kisar(ikut lah tahap kepedasan masing2) , kemudian masukkan daging.
3. Tunggu sehingga pecah minyak, masukkan sos tiram,kicap,garam dan gula. Perasakan ikut citarasa masing2 nak lebih masin atau manis. (Mertua saya suka lebihkan manis,saya suka sekata manis masin)
4. Tambahkan lobak merah , tunggu lembut dan masukkan bihun.
5. Apabila sudah sebati,taburkan kucai dan tauge ..selepas itu gaulkan sebati.
6. Dalam kuali lain.goreng telur dan hancurkan. Taburkan di atas bihun yg sudah siap di goreng.

## utk yang saya buat tak pedas,saya makan dengan cili jeruk.
Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...