WANITA DAN KECANTKAN

WANITA DAN KECANTKAN
Wanita dan kecantikan tidak dapat dipisahkan. KLIK gambar

Monday, 20 October 2014

Solat Jemaah Lambang Maufakat

Assalamualaikum..

Setuju tak jika saya katakan solat jemaah adalah lambang muafakat ? Kali ini saya ingin berkongsi ilmu yg saya baca dari sebuah buku. Solat jemaah melambangkan penyatuan dan persepakatan ummah. Malah di rumah juga kita digalakkan berjemaah.

Disamping beribadat,solat berjemaah dirumah dapat mendidik anak2 secara langsung ke arah kebaikan menunaikan solat dan sekaligus mengeratkan silaturahim sesama kita.. Betol tak? Solat jemaah adalah simbolik ringkas yg di jelaskan oleh Allah S.W.T .

Malahan juga diceritakan oleh Anas bin Malik,Rasulullah juga menjadikan solat berjemaah sebagai amalan baginda. Katanya " Aku dan seorang anak yatim solat bersama - sama di rumah kami, di belakang Rasulullah,sedangkan ibuku, Ummu Sulaim belakang kami."
( Riwayat Bukhari )

Selain itu, solat berjemaah di gambarkan oleh sebuah hadis masyhur sebagai amalan yg dijanjikan banyak ganjaran. " Solat berjemaah adalah 27 kali lebih tinggi kedudukannya daripada solat yang didirikan bersendirian" ( Riwayat Bukhari dan Muslim )

Malah Rasulullah pernah memberikan amaran, bahawa .. " Tidaklah tiga orang di suatu desa atau perkampungan yang tidak mendirikan solat sesama mereka melainkan syaitan akan menguasai mereka. Maka kamu semua harus berjemaah kerana serigala hanya menjadikan kambing liar mangsanya ketika ia bersendirian. Sesungguhnya serigala bagi manusia adalah syaitan, apabila hanya berdua lantas akan dimakannya ( iaitu syaitan akan memangsakan manusia seperti seriagala menjadikan kambing mangsanya )" (Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud, Ibnu Khuzaimah dan lain-lain, dengan tambahan baris terakhir oleh Imam ar-Ruzain )

Rasulullah juga mengajar mengenai susunan makmum.
Baginda berpesan adalah:
1. lebih afdal dan beroleh pahala lebih besar jika berada di saf pertama.
2. Jika saf pertama penuh masuklah ke saf kedua.
3. Bagi saf kedua,ia hendaklah bermula di bahagian tengah saf pada kedudukan belakang imam. Apabila datang makmum seterusnya, ia hendaklah diselang - seli antara kanan dan kiri dengan dimulai di sebelah kanan dan seterusnya kiri supaya saf tersusun rapi dan seimbang.

Begitulah serba sedikit yg dapat saya kongsikan.. Selamat Beramal.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...