WANITA DAN KECANTKAN

WANITA DAN KECANTKAN
Wanita dan kecantikan tidak dapat dipisahkan. KLIK gambar

Tuesday, 21 October 2014

Sambal tumis daging sedap...

Lama dah tak buat sambal tumis daging ni.. bila dah tak ada idea nak masak ape..jadilah sambal tumis ni..

Senang je nak buat ni ye.. Jom saya  kongsikan resepi saya..

Bahan - bahan :
♡ cili kering,bawang besar,bawang putih,halia. (Di kisar halus )
♡ gula,garam,air asam jawa.
♡ bawang besar (dipotong kasar)
♡ Halia ( diketuk )
♡ minyak utk menumis
♡ daging di potong ikut citarasa.. ( nak besar ke nipis ke tebal ke )

Cara - cara :
1. Panaskan kuali, masukkan minyak dan tumiskan bahan yg di kisar tadi.
2. Masukkan daging yg dipotong dan kacau sebati.. masukkan sedikit garam ,gula dan halia yg diketuk.
3. Biarkan sehingga pecah minyak.Setelah pecah minyak,masukkan air asam jawa dan masukkan sekali lagi garam dan gula secukup rasa.
4. Tambahkan air kosong dan biarkan mendidih dan tunggu sehingga kuah menjadi pekat seperti mana yg anda mahu.
5. Akhir sekali taburkan bawabg besar yg di potong kasar dan kacau sebati.

Siap ! Selamat mencuba !

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...