Sup untuk si Alif dan kakaknya Afiqah. Boleh makan dengan nasi, mee, bihun, kue teow.. ikut citarasa la ye..
Bahan - bahannye :
1. Bawang merah,bawang putih,halia dan sup bunjut tulang. ( untuk tumisan)
2. Daging yg telah direbus empuk..
3. Sedikit stok daging
4. Ubi kentang,keledek dan lobak merah (didadukan)
5. Daun sup dan daun bawang.
6. Bawang goreng.
Cara masak :
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan2 tumisan.
2. Masukkan sedikit stok daging dan tambahkan air.
3. Tunggu mendidih, kemudian masukkan daging dan ubi-ubi tadi.
4. Masukkan daun sup.
5. Perasakan dengan garam.(boleh tambah bahan perasa jika mahu )
6. Setelah ubi empuk,taburkan daun bawang.
7. Taburkan juga bawang goreng apabila sedia utk di makan.
No comments:
Post a Comment