WANITA DAN KECANTKAN

WANITA DAN KECANTKAN
Wanita dan kecantikan tidak dapat dipisahkan. KLIK gambar

Wednesday, 29 October 2014

Tip Kekalkan Kesihatan Gigi

Kesihatan oral sangat penting kepada kita,begitu juga kesihatan gigi. Betol tak? cuba kalau takda gigi,mesti korang malu nak senyum. hihihi. baby takpa la,comel.. Disini saya akan berkonsi dengan korang tip penjagaan bagi mengekalkan kesihatan gigi. Jom baca ni!



Teknik memberus gigi yang berkesan.
# Teknik memberus gigi dengan betul adalah dengan mencondongkan kedudukan berus gigi 45 darjah kearah leher gigi.
# Memberus dengan teknik yang salah boleh menyebabkan paras gusi mungkin surut dan permukaan akar gigi yang terdedah terhakis dengan mudah.

Pemilihan berus gigi yang betul.
# Pilih saiz berus gigi yang sesuai dengan saiz mulut,bulu berus yang tidak terlalu kasar dan bentuk kepala yang lebih kecil.
# Sekurang-kurangnya berus gigi 2 kali sehari.Itu sudah memadai..Berus pada sebelah pagi dan malam sebelum tidur.

Keperluan memflos gigi.
# Penggunaan flos sangat penting untuk membuang plak dan bakteria yang melekat di celah - celah gigi.
# Ianya untuk mengelak berlakunya karies gigi.
# ramai yang menggunakan flos dengan cara yang salah. ( saya akan kongsikan teknik guna flos dihujung entri )

Pengambilan makanan yang seimbang.
# Disarankan mengurangkan pengambilan gula kepada 10 hingga 12 sudu teh setiap hari.
# lebihkan sajian sayuran,buah dan makanan dari sumber tanaman serta jauhkan minuman berkarbonat.
# Ini bertujuan untuk mengelakkan permukaan gigi dari terhakis.

Berkumur dengan ubat kumur.
# Berkumur penting untuk mencapai kawasan yang sukar dicapai oleh flos ataupun berus gigi yang paling kecil.

TEKNIK MENGGUNAKAN FLOS DENGAN BETUL. 




1. Putuskan antara 15 ke 20cm dan lilitkan sebahagian besar flos pada jari tengah kiri dan kanan.
2. Pegang flos dengan kemas antara jari ibu dan telunjukdengan meninggalkan benang flos antara 2 jari tersebut.
3. Gerakkan flos secara perlahan - lahan antara 2 gigi.
4.Setelah flos sampai kegaris gusi,lengkungkan flos kearah gigi sebelah untuk menjadikan bentuk C. Luncurkan flos perlahan - lahan antara ruang gusi dan gigi.
5. Pegang flos dengan rapat ke gigi,gesek tepi gigi semasa menggerakkan flos keluar dari gusi dengan gerakan ke depan dan ke belakang.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...